Tuesday, September 11, 2012

Raya dengan TOLUs

Sekarang masih bulan Syawal kan? Dah cukup puasa 6? Hehehe. Nak cerita pasal raya juga walaupunnnn dah di penghujung Syawal. Cerita raya dengan PARs pun lite-lite ja kan, sama juga dengan cerita raya dengan tolu ni. Lite-lite juga. :)

Cerita ni berlaku pada 31 Ogos, 1 Sep dan 2 Sep lepas. Cuti 3 hari kan, ramai yang ambil kesempatan ni untuk buat open house. Tolu ni pula pantang dapat invitation makan-makan, tolu memang suka sangat! Hewhew. 

31 Ogos

Hari ni kami pi open house rumah Encik Salis, pensyarah subjek Wacana dan Masyarakat sem ni. Berkumpul dulu depan rumah Nana, then gerak sama-sama. Ramai orang kat rumah encik dan makanan pun sedap! Ada nasi beriani, laksa, spagethi, ketupat, nasi impit, satay segala. Banyak lah, memang awesome!

Lepas balik dari rumah encik, kami singgah di Mengkuang Dam. Buat photoshoot raya. :)

Encik Salis dan isteri. :)




1 September

Hari ni dapat lagi jemputan ke rumah Fadhil di Kulim dan rumah Naz di Pokok Tampang. Hari ni aku drive sendiri so terus jumpa kat rumah Fadhil ja sebab aku dari Penaga, tolu-tolu ni dari rumah sewa masing-masing. Rumah Fadhil buat laksa dan rumah Naz buat Keow Tiau Sup, ketupat, nasi impit. Dua-dua rumah yummylicious!

Yang sebelah aku tu bakal mak mentua Farin. Hewhew.

Kat rumah Naz.



2 September

Hari ni kami beraya di rumah tutor kesayangan, Puan Rohaida. Dah lima tahun dah dia jaga kami. Lepas Zohor baru bergerak ke rumah puan. Puan jamu soto sup, satay dan segala jenis kuih raya. Sedap! 

Lepas beraya di rumah puan, kami gigih pi beli Cool Blog kat area Permatang Pauh tu then ke Jusco then ke Pacific. Ala yang beli handbag mak aku tu. :)

Tolu jantan katanya.

Semua tolu yang mai bergambar dengan puan. 


p/s: Aku nak grad bulan 3 tahun depan tapi aku tak buat tesis lagi. How? Dah! Nak mula buat sekarang!!!

No comments: