Thursday, September 27, 2012

Doakan Pengakhiran Kami Indah


Tahun ni, tahun terakhir bergelar sebagai guru pelatih. InsyaAllah, kalau dikira lebih kurang sebulan lebih saja lagi nak gelarkan diri sebagai guru pelatih. Ujian untuk kami semua. Makin dekat penghujung, makin sibuk dibuatnya. Makin dekat kegembiraan untuk pengakhiran, makin tertekan emosi dan perasaan. 

Banyak dugaan dan ujian yang melanda di penghujung semester akhir nih. Kadang kala rasa tak tertanggung, cuma ingatkan sikit lagi ja perjuangan ni nak berakhir, digagahkan juga diri yang lemah ni. Untung nasib badan ada kawan-kawan yang sangat menyokong. You know who you are. Ya, hangpa semua yang dekat dengan aku.

Nampak memang selalu happy, ceria, seronok sepanjang masa. Dah aku memang tak pandai nak tunjuk emosi-tak-tentu-hala kat orang. Biar diri sendiri yang tanggung. Kalau tak terdaya sangat, baru aku meluahkan. Tu pun hanya kat sahabat yang paling paling rapat. PAR terutamanya.

TOLONG. Tolong doakan kami dipermudahkan segala. Doakan kejayaan kami especially Tolu KS 2 ni dapat menyelesaikan perjuangan kami. Biar kami noktahkan penat jerih payah kami selama 5 1/2 tahun ni bersama-sama. Ya. 21 orang. Tak tertinggal sorang pun. Tolong ya. 

Kepada tolu, aku sayang hangpa semua. Tak terluah rasanya. Mana ada classmates yang sama sepanjang 5 1/2 tahun. Aku tak pernah ada classmates bagi tempoh yang panjang nih. Baik buruk tiap sorang, kita semua dah tau. Masing-masing dah tau benar perangai masing-masing. Di mana pun kita, tolu tetap tolu. Doakan kejayaan kita bersama, doakan kita sihat, kuat sampai tamatnya perjuangan kita nih. 


p/s: dua kejadian yang dialami oleh tolu N** dan tolu S** menyebabkan terpalit juga rasa kesedihan di hati kecil nih. Hangpa kuat dan tolong jadi kuat! InsyaAllah, semuanya akan baik-baik belaka dan semoga pengakhiran kita semua indah

No comments: