Friday, August 17, 2012

Iftar Tolu 20 Ramadhan 1433

Hari ni ramai tolu balik ke rumah masing masing. Sepatutnya kami mula cuti hari Jumaat ni tapi nasib baik lecturer baik hati taknak buat kelas/ganti kelas siap-siap. Hari Rabu lepas dah bersalaman dan bermaaf maafan.

Hari Khamis minggu lepas jadi juga iftar kami sekelas. Kami sepakat pilih Route 69 Bandar Perda sebagai lokasi untuk iftar kali terakhir ni. Kali terakhir dengan tolu tolu ni, tahun depan taktau masing masing ditempatkan di mana. Mesti dah susah nak jumpa ramai ramai macam ni. Tetiba touching lak toluuuuu. :(



Makanan di Route 69 ni bagi aku biasa biasa ja. Tomyam pun rasa lite lite ja, siakap pun sama. Untung restoren ni, kami sekelas ja RM 310. Ada juga student yang mai berbuka sekelas, rasanya budak Poli or Uitm. Tu pun mesti harga lebih kurang kami juga. Untunglahhhh. Nak buka kedai makan lah nanti *tibah*

Esok cerita pasal iftar dengan anak-anak Kg Selamat lak. :-)

No comments: