Saturday, August 18, 2012

Iftar di SK Kg Selamat

Hari Selasa lepas, SK Kg Selamat adakan majlis berbuka puasa dengan murid-murid miskin, anak-anak yatim dan murid-murid yang menyertai tadarus al-Quran. Alhamdulillah, kami, bekas guru praktikum juga dijemput untuk join majlis ni. Aku pi dengan Norin, then tolu Nana dengan tolu Kila pun join jugak.



Memang rindu sangat nak jumpa anak-anak Kg Selamat nih. Sangat-sangat rindu. Di kesempatan ni, aku buat mini kad raya untuk anak-anak 5 Maju dan 5 Ilmu. Masa internship lepas aku tak sempat nak bagi hadiah, so aku claim kad raya ni as hadiah la. Hehe. Melayang juga rm 12 tapi tak pa demi anak-anak tersayang. 

Masa sampai dalam 6.15 petang tu, dah ramai murid yang mai. Depa nampak ja Kancil Norin masuk gate sekolah terus depa mai serbu. Tak sempat nak buka pintu semua berkerumun kat kami. Ya Allah, rindunyaaa. 

Sekarang ni ada tiga orang junior aku yang tengah praktikum kat sekolah ni jugak. Anak-anak ni tak sempat aku nak tanya, depa dah cerita awal-awal lagi, "cikgu awat cikgu tak mai ajar kami ja. cikgu yang ganti cikgu cikgu tu tak best, tak buat lawak macam cikgu, kedekut tak bagi hadiah bla bla bla..." LOL. Nak tergelak aku dibuatnya.

Sempat juga bagi duit raya kat Rasdanel & Rassyamirul (adik beradik anak yatim). Mudahan depa happy time raya nanti. 

Sambil bersembang dengan depa, sambil buat kerja tolong cikgu-cikgu lain susun makanan semua. Cikgu-cikgu lain pun bukan main ni, puasa-puasa pun sempat juga nak gosip dengan aku. Hewhew. Suka! Rindu suasana meriah-meriah dalam bilik guru. :)

Bercerita mengenai makanan berbuka, ya ampun banyaknyaaaaa!! Ada nasi daging, nasi kerabu, laksa, pasembor, cendol, dadih, segala macam kuih muih, buah anggur. Sedap, kenyang tak termakan. Aku nak makan dengan anak-anak tapi cikgu-cikgu lain asyik panggil makan kat atas meja. Huhuhu. Aku makan sikit ja atas meja then aku pi sambung makan sambil bersembang dengan anak-anak. :)

p/s: terubat rindu walaupun bukan semua yang hadir.

No comments: