Saturday, August 18, 2012

Iftar di SK Kg Selamat

Hari Selasa lepas, SK Kg Selamat adakan majlis berbuka puasa dengan murid-murid miskin, anak-anak yatim dan murid-murid yang menyertai tadarus al-Quran. Alhamdulillah, kami, bekas guru praktikum juga dijemput untuk join majlis ni. Aku pi dengan Norin, then tolu Nana dengan tolu Kila pun join jugak.



Memang rindu sangat nak jumpa anak-anak Kg Selamat nih. Sangat-sangat rindu. Di kesempatan ni, aku buat mini kad raya untuk anak-anak 5 Maju dan 5 Ilmu. Masa internship lepas aku tak sempat nak bagi hadiah, so aku claim kad raya ni as hadiah la. Hehe. Melayang juga rm 12 tapi tak pa demi anak-anak tersayang. 

Masa sampai dalam 6.15 petang tu, dah ramai murid yang mai. Depa nampak ja Kancil Norin masuk gate sekolah terus depa mai serbu. Tak sempat nak buka pintu semua berkerumun kat kami. Ya Allah, rindunyaaa. 

Sekarang ni ada tiga orang junior aku yang tengah praktikum kat sekolah ni jugak. Anak-anak ni tak sempat aku nak tanya, depa dah cerita awal-awal lagi, "cikgu awat cikgu tak mai ajar kami ja. cikgu yang ganti cikgu cikgu tu tak best, tak buat lawak macam cikgu, kedekut tak bagi hadiah bla bla bla..." LOL. Nak tergelak aku dibuatnya.

Sempat juga bagi duit raya kat Rasdanel & Rassyamirul (adik beradik anak yatim). Mudahan depa happy time raya nanti. 

Sambil bersembang dengan depa, sambil buat kerja tolong cikgu-cikgu lain susun makanan semua. Cikgu-cikgu lain pun bukan main ni, puasa-puasa pun sempat juga nak gosip dengan aku. Hewhew. Suka! Rindu suasana meriah-meriah dalam bilik guru. :)

Bercerita mengenai makanan berbuka, ya ampun banyaknyaaaaa!! Ada nasi daging, nasi kerabu, laksa, pasembor, cendol, dadih, segala macam kuih muih, buah anggur. Sedap, kenyang tak termakan. Aku nak makan dengan anak-anak tapi cikgu-cikgu lain asyik panggil makan kat atas meja. Huhuhu. Aku makan sikit ja atas meja then aku pi sambung makan sambil bersembang dengan anak-anak. :)

p/s: terubat rindu walaupun bukan semua yang hadir.

Friday, August 17, 2012

Iftar Tolu 20 Ramadhan 1433

Hari ni ramai tolu balik ke rumah masing masing. Sepatutnya kami mula cuti hari Jumaat ni tapi nasib baik lecturer baik hati taknak buat kelas/ganti kelas siap-siap. Hari Rabu lepas dah bersalaman dan bermaaf maafan.

Hari Khamis minggu lepas jadi juga iftar kami sekelas. Kami sepakat pilih Route 69 Bandar Perda sebagai lokasi untuk iftar kali terakhir ni. Kali terakhir dengan tolu tolu ni, tahun depan taktau masing masing ditempatkan di mana. Mesti dah susah nak jumpa ramai ramai macam ni. Tetiba touching lak toluuuuu. :(



Makanan di Route 69 ni bagi aku biasa biasa ja. Tomyam pun rasa lite lite ja, siakap pun sama. Untung restoren ni, kami sekelas ja RM 310. Ada juga student yang mai berbuka sekelas, rasanya budak Poli or Uitm. Tu pun mesti harga lebih kurang kami juga. Untunglahhhh. Nak buka kedai makan lah nanti *tibah*

Esok cerita pasal iftar dengan anak-anak Kg Selamat lak. :-)

Thursday, August 9, 2012

Pelita Raya di Rumah Sewa


Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat.

Rindu? Oh me too dear.

Kann. Rasa lama sangat tak menulis kat sini. Maaf la, busy beribadah di bulan Ramadhan ni, takkan nak melangut kat blog ni ja kan. Ops! Padahal takda cerita yang boleh dikongsi. Yes dear, just same like yours. Bersahur, berpuasa, mencari juadah di bazar, berbuka, bertarawih dan menikmati moreh. Sama ja kan?

Hari ni ja baru ada cerita lain sikit yang boleh dikongsi. Ahaa rumah sewa ittew adew pelita, rumah hang adeww? Non ado kan! Kalau ada pun lampu lip lap lip lap ja. Hewhew. Tetiba kan bulan Ramadhan tahun ni bersemangat nak pasang pelita bagai. Tahun ni tahun terakhir menjalani bulan Ramadhan dengan housemate tercinta. Apa salahnya kalau kita raikan dengan lebih istimewa sebagai kenang kenangan di hari tua.


10 biji pelita = RM 6.00
1 liter minyak tanah = RM 6.50 (mahal laha)

Seronok ja tengok suasana rumah diterangi dengan cahaya pelita. Tak sabar nak raya. Hik. Tapi bencilah ada assignment kena submit 15hb ni. Rosak mood raya kitew selagi tak siap. Benci benci! Whatever la kan, 14hb malam baru terhegeh-hegeh nak mula buat. *matilaaa* 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI semuaaaaaaaaaaa!!!!!!
(mood ting tong sambil dengar lagu Dendang Perantau)