Thursday, July 5, 2012

Internship

Tak cerita pun kat sini mengenai internship. Actually aku sekarang tengah internship selama sebulan di Sek Keb Kampong Selamat. Internship kali ni buat program atau projek, mengajar 2-4 waktu ja. Takda lagi penyeliaan dari pensyarah cuma permarkahan dilakukan oleh guru pembimbing.

Masa first day mai semula ke sekolah ni, seronok tengok murid-murid. Depa pun seronok tengok aku. Perasan kan! Entah-entah dalam hati depa, tudiaa cikgu ting tong mai dah. Taklah, murid-murid aku baik macam cikgu dia juga la. Kan?

Tudiaa dok snap dalam bilik guru.

Hari Khamis minggu pertama aku mengajar KT semula bagi kelas 5 Maju. Ya Allah, kali ni depa teruja bukan main lagi! Aku faham, depa rindu aku. *tibah lagi* Aku edarkan lembaran kerja, tup tup ada yang tak dapat. Mustahil sebab aku print cukup-cukup. Rupanya si Rifqy sorok bawah meja dia. Now u see, saja nak mengusik aku. 

Kelas 5 Ilmu dan 4 Usaha pun sama. Internship ni aku tak mengajar kelas 4 Usaha. Kesian juga kat depa, dok mai jumpa dan bertanya, cikgu tak mengajar ka. Kecewa ja muka masing-masing. Minggu lepas aku masuk kelas depa, ganti cikgu mana entah. Seronok bukan kepalang lagi, minta untuk aku mengajar. Boleh pula macam tu?

Intern ni aku tak emo, relaks dan santai ja mengajar. Dah abeh penerangan dan buat lembaran kerja, aku play video lawak kat depa. Cikgu-cikgu dok cakap, rajinnya Nizar, lecturer tak mai pun bawa LCD masuk kelas walaupunnnnnnnnnnn!!! untuk play video lawak ja. **matilahhhh**

Eh lupa nak cakap, aku buat 3 projek iaitu Majalah Sekolah Wacana SKKS, Pertandingan Bulan Bahasa dan Senamrobik Serentak 1 Malaysia. :)




No comments: