Monday, May 21, 2012

Monkey Beach with Tolus!

Pada mulanya, ada cadangan nak pi rumah Puan Nagamah opss Dr. Nagamah tapi tak jadi sebab ramai tolu yang nak balik kampung. Terpaksa tunda next sem. Disebabkan kebosanan yang melampau-lampau sebab next paper Khamis depan then nak study pun malas lagi, aku pun ajak la Nana, Farin dengan Naz hiking di Taman Negara Teluk Bahang, Monkey Beach to be exact.

Kesian lak kat depa, study penang dah hampir 4 tahun tapi tak pernah jejak ke sini lagi. Sem depan boleh jejalan Kedah, Perlis pula. At least belah utara ni semua dah jalan. Posting nanti kan belah selatan *benci*. Aku bergerak dari rumah Permatang Rambai ni dalam 6.40 pagi, then sampai rumah sewa depa dalam 7.20 kot. Dalam 7.45 baru bergerak menuju destinasi cinta. *tiba lagu siti*

Sebelum sampai, sarapan dulu. Pekena nasi lemak, roti canai baru senang hati nak hiking. Tak cukup dengan tu, kami bungkus nasi lauk pauk untuk berkelah tatkala sampai di Monkey Beach tu! 

Jom layan gambar dulu nooo.

Ketika baru sampai dan mula hiking. Muka masih segar.

Di hentian R&R. Muka dah lain dah. Senyum pun paksa ja tu! :)


Masa hiking tu, jalan sikit tangkap gambar. Jalan sikit tangkap gambar. Pantang jumpa view yang cantik nak tangkap gambar. Aku dah bosan bergambar sebab dah banyak kali hiking kat sini. Cuma kesian kat depa la terutama Nana dengan Farin sebab ni kali pertama depa sampai kat sini. Haruslah teruja kan. Naz pun dah banyak kali dah. Dah tinggal lagi suku perjalanan nak sampai kat Monkey Beach, semua dah penat!! Asyik tanya bila nak sampai ja. Kehkehkeh. 

Bila dah sampai, terus tak hengattttt!!!! Hehehe

Main doi, chit chat, gossip, berkelah. Fun time! :)


Bila dah sampai Monkey Beach semua teruja. Main itu, main ini sampai bergaduh dengan monyet la. Hahaha. Then kononnya nak balik nanti nak hiking jugak sebab masing-masing bajet dah kurang. Tapi semuanya berubah bila nampak abang bot! Terus semua penat nak hiking. End up, balik naik bot jah!! Merasa sorang RM 10. 


p/s: totally hilang segala stress. tak rasa macam minggu exam pun. hahaha

p/s: bersambung. tudiaaa part 2 katanya!! nak tunjuk gambar yang kalau Fasha n Jejai tengok pun makan hati!! Apakah???

Wednesday, May 16, 2012

Maafkan Cikgu Bahagian 2

Sedutan Bahagian 1.


Selepas rehat, aku dari pusat sumber melalui kantin. Murid-murid 5 Maju berada di kantin. Murid-murid lelaki sedang bermain lawan pemadam, aku lihat Nazri hanya memerhati kawan-kawannya tapi dia tidak turut bermain bersama-sama.

Di meja berasingan, aku duduk. Aku memanggil Nazri.

'Nazri, datang sini kejap.'

..................................................................................................................................

MAAFKAN CIKGU


Bahagian 2



Nazri berjalan ke arah meja aku dan terus duduk di kerusi bertentangan dengan aku. Mukanya bersahaja, matanya masih kuyu seperti di dalam kelas tadi. Lidahku kelu untuk menutur bicara namun apa yang pasti aku perlu meminta maaf daripadanya atas keterlanjuran soalan aku tadi.

Tetiba aku pula yang berdebar.

'Cikgu... errr.. cikgu... hmmmm'


'Kenapa cikgu?' Dia mula bersuara.


'Cikgu nak minta maaf. Tadi cikgu tak sengaja tanya soalan macam tu. Cikgu pun tak tahu ibu kamu....' 


Tergantung bicaraku.

Dia tersenyum. Manis. Seperti selalu.


'Cikgu tak perlu minta maaf. Saya sikitpun tak marah kat cikgu. Saya tau cikgu tak tahu pasal kisah saya. Saya tak ambil hati pun cikgu. Sudah nasib saya cikgu.'


Kata-katanya penuh ikhlas. Di hujung bicaranya, kedengaran lain di telinga aku. Melihatkan dirinya yang baru berusia 11 tahun, tidak dapat merasai kasih sayang seorang ibu menyebabkan air mata aku mula bertakung. Aku perlu kawal. Takkan air mata ini mengalir di hadapannya. Aku mesti kuat!


'Kalau kamu tak kisah, boleh ceritakan kat cikgu? Cikgu nak tahu kisah kamu.'


Dia mula menceritakan satu persatu (terlalu privasi untuk dikongsikan di sini). Dalam kisahnya, aku tahu betapa dia mahukan belaian kasih seorang ibu. Dalam ceritanya, aku tahu dia sangat merindui sayang seorang ibu. Katanya, dia tak punya kehidupan macam kawan-kawannya yang lain. Bila sakit, ibu yang akan menjaganya. Bila dia lapar, ibu yang memasakkan untuknya. Bila menghadapi peperiksaan, ibu yang akan mendoakan kejayaannya. Dia tak ada doa seorang ibu. Katanya...


'Ustazah selalu cakap kat kami sekelas, kalau nak pandai, minta ibu doakan tiap-tiap hari lepas solat. Sebabnya doa seorang ibu mudah dimakbulkan oleh Allah S.W.T. Tapi cikgu, ibu saya tinggalkan saya. Saya tak ada ibu, macam mana saya nak minta ibu doakan untuk saya cikgu?'


Sebak aku mendengarnya. Ternyata aku tidak sekuat yang disangka. Dihadapannya aku menitiskan air mata. Luahan isi hati anak muridku ini sangat tulus dan ikhlas.


'Nazri, percayalah cakap cikgu. Walau di mana saja ibu kamu sekarang berada, dia mesti ingatkan anak-anak dia. Dia pasti akan ingatkan kamu. Kamu jangan risau, mesti ibu kamu mendoakan kamu berjaya dunia dan akhirat. InsyaAllah.'


'Betul ka cikgu? Kalau betul, saya mesti jadi pandai kan?'


Aku mengangguk-angguk tanda setuju. Harapan yang aku berikan padanya membuatkan dia ceria seperti selalu. Dia tersenyum sambil memandangkan ke arah lain. Nampak sarat dengan harapan.


'Memang boleh jadi pandai. Tapi tak bermakna aku tak perlu baca buku, buat latihan semua. Kamu masih perlu berusaha untuk menjadi pandai. Nazri, kamu pun jangan lupa untuk mendoakan untuk ibu kamu ya'


Ya Allah, Kau jadikanlah dia anak yang bertakwa, berguna, berjaya di dunia dan di akhirat. Doaku dalam hati.


'Hai cikgu. Cikgu nak buat macam Dr. Fadzillah Kamsah ka? Selamiiiii jiwaaaaaaaa'


Fakhrul menyampuk dengan gayanya yang meniru gaya pakar motivasi Dr Fadzillah Kamsah. Jenakanya mengundang ketawa di bibir aku dan Nazri. Kami sama-sama ketawa. Perlahan-lahan aku mengelap air mata aku yang mengalir tadi. Ada-ada saja karenah anak murid aku nih. Aku bangun untuk bergerak ke bilik guru.


'Terima kasih cikgu.' Kata Nazri sambil memeluk aku dengan erat.


'Laaa kenapa ni?' Soalku penuh tanda tanya.


Dia hanya senyum. Senyuman lebarnya memberi ketenangan pada hati aku. Maafkan cikgu, Nazri.


Aku gembira memilih profesion ini dan aku berbangga dengannya. Tetapi aku menggalas satu tanggungjawab yang amat berat, mendidik manusia menjadi insan. 


...............................................................................................................................

SELAMAT HARI IBU

DAN

SELAMAT HARI GURU, Cikgu!


Monday, May 14, 2012

EDU 3107 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak



EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

2.30 - 5 PETANG

DEWAN AMINUDDIN BAKI, IPG KAMPUS TUANKU BAINUN


**mohon kawan-kawan doakan agar semuanya dipermudahkan dan cemerlang. amin**



Thursday, May 10, 2012

Maafkan Cikgu Bahagian 1

MAAFKAN CIKGU

Bahagian 1


'Bangun semua. Assalamualaikum cikgu.'

Izzul selaku ketua kelas memberi salam diikuti dengan murid-murid 5 Terbilang setelah aku memasuki kelas. Suasana terkawal.

'Waalaikummussalam. Duduk semua. Baiklah, cikgu akan edarkan lirik lagu Keluarga Saya. Siapa yang dapat, baca lirik tu terlebih dahulu.'

Dalam keluarga saya
Ada ibu ayah
Ada kakak abang
Dan juga adik

Kami semua keluarga bahagia
Saling menolong dan bekerjasama

Sayang ibu oi oi
Sayang ayah oi oi
Saya sayang keluarga saya

Aku mula menyanyikan lagu Keluarga Saya yang berentak Can Mali Can seterusnya diikuti dengan murid-murid tahun 5 Terbilang ini. Kelihatan semuanya dapat menyanyikan dengan baik, kuat, ceria dan penuh semangat, mungkin kerana lagu ini familiar dengan mereka. Selesai nyanyian, aku mula bersoal jawab.

'Apakah anggota keluarga yang terdapat dalam lirik lagu ini?'

'Apakah yang kamu faham melalui lirik lagu ini?'

Beberapa orang murid dipilih untuk menjawab soalan ini. Memandangkan 5 Terbilang ini kelas pertama, murid-murid sangat aktif dan tidak malu untuk cuba menjawab soalan. Dalam hati aku terdetik, ini kalau ada pensyarah confirm pujian meletup, ye la ingat senang nak tarik perhatian murid-murid ni, respons mereka pun baik. Sempat pula berangan yer!

Kemudian aku bertanya lagi,

'Nazri, kamu sayang tak ibu kamu?'

Dalam tergaru-garu, dia bangun. Namun dia diam seribu bahasa. Pandangannya ke papan putih di hadapan. Kosong. Oh ni mesti berangan tak dengar soalan aku. Detik hati aku. Aku ulang soalan yang sama.

'Nazri, kamu sayang tak ibu kamu?'

'Hmmm... hmmmm.. hmmmmm .' 

Dia masih teragak-agak nak menjawab. Suasana kelas sepi. Aku berasa sedikit hairan. Susah sangat ke soalan aku tu? Murid-murid lain pun diam, selalunya murid-murid lain pasti menyampuk atau sibuk untuk menjawab. Pelik. Aku ubah soalan. 

'Takkan kamu tak sayang ibu kamu Nazlie?'

Kemudian, Firdaus memanggil aku dan dia berbisik 'Cikgu, Nazri tak da mak. Mak dia tinggalkan dia masa dia umur 2 tahun.' Aku hampir terduduk tatkala itu. Apa yang aku dah buat ni? Pasti Nazri berkecil hati dengan soalan aku tadi. Air mata aku mula bergenang tapi aku harus teruskan kelas seperti biasa. Guru mesti profesional! Nazri, maafkan cikgu...

'Ok, tak pa. Duduk Nazri.'

Aku mengajar seperti biasa. Topik pada hari ini mengenai Peranan dan Tanggungjawab Anggota Keluarga Asas. Semasa aku memberi penerangan mengenai peranan ibu, Nazri hanya menunduk merenung bawah meja. Aku masih ingat antara peranan ibu yang aku ajar pada hari itu ialah memberi kasih sayang, memasak untuk keluarga dan memastikan rumah sentiasa bersih dan kemas. Aku terpaksa mempercepatkan penerangan ketika memasuki peranan ibu ini. 

Setelah selesai penerangan, aku jalankan aktiviti kuiz dan mencari harta karun. Kelas berjalan dengan aktif. Farhana, Aishah, Izara, Izzul, Najmi, Anwar, Fazura dan semua kelihatan sangat gembira dan sangat aktif. Hampir kesemua soalan kuiz dapat dijawab dengan betul. Nazri turut menyertai namun aku tahu dia hanya buat-buat gembira dengan ahli kumpulannya.

Matanya kuyu, senyumannya hambar dan dia tidak seceria seperti selalu. Dalam kelas aku yang lalu, dialah antara murid yang gemar berjenaka dengan aku, dialah yang kerap memberi respons. Hari ini segalanya hambar. Salah aku. Aku bersalah atas desakan soalan-soalan aku tadi. 

Kelas tamat setelah loceng berbunyi namun penyesalan aku masih berterusan...

Selepas rehat, aku dari pusat sumber melalui kantin. Murid-murid 5 Maju berada di kantin. Murid-murid lelaki sedang bermain lawan pemadam, aku lihat Nazri hanya memerhati kawan-kawannya tapi dia tidak turut bermain bersama-sama.

Di meja berasingan, aku duduk. Aku memanggil Nazri.

'Nazri, datang sini kejap.'


Bersambung...

Tuesday, May 8, 2012

Pembelajaran Luar Bilik Darjah

Actually kan, banyak lagi story pasal praktikum lepas yang belum lagi dipublishkan di sini.  Selalu tertunda hinggakan dah habis praktikum masih lagi bercerita pasal anak-anak Kampong Selamat. Sebenarnya cikgu tu yang rindukan anak-anak. Hehehe. Kekadang bila duduk seorang diri, mula teringat/imbas kembali kenangan-kenangan kat sekolah. Kadang-kadang teringat kenakalan, kebuasan juga kata-kata anak-anak nih hinggakan boleh senyum or gelak sorang-sorang. Haiyo cikgu gila! Hehehe

Ni aku buat pembelajaran luar bilik darjah, aktiviti stesen untuk subjek Kajian Tempatan. Saja bagi depa merasai pengalaman belajar luar bilik darjah. Kita keluar dari bilik darjah. Mulanya nak buat kat padang sekolah sebab teduh sikit tapi ada kelas lain tengah PJ, so cancel buat dekat dataran dan kantin ja. Aku dah pesan awal-awal kat anak-anak, turun ke kantin waktu KT nanti. Diorang just terpinga-pinga, ingatkan aku tak nak mengajar la tu!

'Cikgu, kita nak buat apa hari ni?' 

'Haaa cikgu nak kamu berlari hari ni.'

'Laaa. La ni bukan waktu PJ. Waktu KT'

'Heyyyy dengar arahan cikgu dulu. Bla bla bla (arahan)' *tudiaa cikgu ting tong*

Oh macam tu. Best best, cepat cikgu jom kita mula.

Stesen 1

Stesen 2

Stesen 4.  Stesen 3 lupa nak snap.

Dah selesai aktiviti stesen, penerangan, now jawab soalan!

Tudiiaaa Apollo sorang satu untuk pemenang aktiviti stesen.

At last, ada juga gambar cikgu. Yeayersss!! LOL