Friday, April 20, 2012

Dah selesai penyeliaan!

Sory lama tak kemas kini kat sini. Minggu ni memang sangat sibuk sibuk sibuk. Kan tiga kali pengulangan sibuk tu maknanya memang sibuk. Tapi saat ini rasa bebas, rasa seronok sangat. Dah selesai semua penyeliaan praktikum untuk major dan juga minor. 


Hari Isnin lepas, ada penyeliaan guru pembimbing untuk minor, Bahasa Melayu. Aku ajar cara-cara membuat jem nanas untuk tema Kepenggunaan. Resipi memang google ok. Hahaha. Kalau anak-anak balik cuba mesti menjadi lah jem nanas tuh. Keseluruhannya, murid-murid baik, seronok dengan p&p. Mestila seronok, set induksi (permulaan mengajar) aku bawa buah nanas tapi aku balut dengan kain dan letak dalam kotak. Minta depa teka walaupun depa masuk ja kelas dah tanya aku, "Cikgu, kenapa bau buah nanas?". Choyyyyy!! Rosak set induksi aku. Heheheehehehehe. Then masa penutup lak, aku buatkan sandwich dengan jem nanas. Bagi depa makan n rasa jem apa yang aku guna. Hinggakan cikgu pembimbing yang observe pun minta roti tu juga. Mampu? :)

Petang Isnin tu, Tuan Haji Mansor call, inform dia nak mai esok. Last observation untuk major, KT/PSK. Huhuhu. So prepare la segala semuanya. Aku observe kali ni aku ajar P. Sivik topik Peranan dan Tanggungjawab Anggota Keluarga Asas. Set induksi aku nyanyi lagu dengan anak-anak dan pecahkan belon untuk dapatkan kad jawapan. Meriah time tu, seronok anak-anak nak pecahkan belon. Ada yang pijak, ada yang duduk atas belon, ada yang cucuk dengan pensel. keseluruhannya, baik. :)


Habis ja Tn Hj Mansor observe, En Othman pula call. Tak sempat nak tarik nafas lagi. Gituuu! En Othman inform dia nak mai observe esok. Kannnnnnnnnnnnnnn. Juga last observe untuk minor, BM. Penyeliaan bersama iaitu pensyarah dan guru pembimbing masuk sekali observe aku. Rancang dan prepare everything. Kali ni aku ajar pasal cerpen Helang Si Raja Burung. Set induksi, aku bawa sangkar burung dan burung Merbok. Aku lindung dengan kain dan minta anak-anak teka. Depa teka sangkar burung ja tapi bila dibuka kain tu "eh eh eh ada burung laaaaaaa". Haaa kan teruja masing-masing! Penutup pula, aku minta anak-anak beratur kat luar kelas sebab nak lepaskan burung merbok tu. Rifqi tolong tangkap burung dalam sangkar dan lepaskan. Saat burung dilepaskan, aku minta depa cakap "selamat tinggal burung". Hahaha ada unsur drama di situ! Keseluruhannya, baik. :)

p/s: Alhamdulillah. selesai semuanya. Tapi rasanya tak dapat macam sem kot, takda rezeki. :(

1 comment:

sal sabila ramlan said...

tolongg. tolong.. nak tahu ttg rph bm kepenggunaan. tgk menarik.. heee.. =) -salsabilaramlan-