Tuesday, April 10, 2012

2 minggu terakhir

Hmmmm sekejap ja rasanya masa berlalu. Rasanya seperti semalam baru mendaftar diri untuk menjalani praktikum (menipu sangat) dan sekarang pejam celik pejam celik tinggal lagi dua minggu ja di sekolah. Dalam masa dua minggu ni, nak luangkan masa dengan murid-murid. Makin nak habis praktikum, makin dekat dengan murid. Its normal la kan. Tak pa, tak perlu nak drama sangat sebab bulan 7 nanti datang semula ke sekolah ni. Fun!

Dua minggu terakhir ni semestinya sangat busy! Minggu ni kena observe dengan guru pembimbing minor, minggu depan observe bersama (pensyarah dan guru pembimbing) untuk major dan juga minor. Nervous wei! Untuk observe bersama major dah rancang isi pelajaran dan aktiviti, observe bersama minor lak tak terfikir lagi. InsyaAllah hujung minggu ni baru nak merancang. Mudahan dipermudahkan segalanya.


Paling menakutkan praktikum kali ni, cikgu-cikgu sekolah dah bagi expectation yang tinggi kat aku. Ramai cikgu asyik ulang cakap, "Nizar confirm A+ dah." Aku balas, "Tak tau lagi cikgu, semua bergantung pada lecturer, kalau dia suka cara pengajaran saya, dia bagi la,". Depa balas balik "hmmm kalau lecturer tak bagi A+, kak tak tau nak cakap apa dah. ABM angkut sampai 2 beg, selalu stay kat sekolah, rapat dengan murid." Huhuhu. Pastu ada yang tanya, "Nizar, bila orang nak mai rakam?" Ya ampunnnnn, apa perasaan hang kalau di tempat aku? Tekanan oi! Tak dapat kang malu setahun. Huhuhu. Tapi hopefully semua kata-kata cikgu-cikgu tu satu doa. InsyaAllah amin. Kalau tertulis rezeki A tu untuk aku, ada la. Kalau tak, tak da la. Di sebalik redha pasti ada usaha. :)



So selain observe, aku tolong sikit-sikit Faiz latih nasyid dan ada tugas baru, kena tengok-tengokkan murid bersketsa dan kena buat props untuk Sketsa Sains tu. Tadi dah mula buat back drop untuk sketsa tu, penat melukis. Esok kena mewarna pula. Esok lusa baru nak tengok murid-murid tu berlakon. Satu ja pesanan kat murid-murid tu, kalau nak berlakon mesti ada roh dan jiwa! *haa tudiahh kelas lakonan*

Cukup la setakat ni dulu. RPH esok tak buat lagi ni. :(

p/s: dalam penat, masih mampu rasa gembira dengan murid. :) 

1 comment:

[z@ck] said...

aku praktikum bulan 7 ni.debor gila.huhuhu.