Monday, April 30, 2012

Selesai Praktikum Fasa III


Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah

Segala puji bagi Allah S.W.T



Yeayyyyyy dah selesai praktikum fasa III.

**will continue later**

Layan lagu ni dulu naaaa. :)

Monday, April 23, 2012

Touching




Aku: Cantik lukisan Hussien.

Hussien: Cikgu nak tau pasai pa lukisan saya cantik? Ni sebab saya guna pensel tekan yang cikgu bagi hari tu.

Speechless and so touched. :(



p/s: pensel warna hitam sebelah lukisan dia tu. anak-anak sekarang pandai ambil hati cikgu. :)

Friday, April 20, 2012

Dah selesai penyeliaan!

Sory lama tak kemas kini kat sini. Minggu ni memang sangat sibuk sibuk sibuk. Kan tiga kali pengulangan sibuk tu maknanya memang sibuk. Tapi saat ini rasa bebas, rasa seronok sangat. Dah selesai semua penyeliaan praktikum untuk major dan juga minor. 


Hari Isnin lepas, ada penyeliaan guru pembimbing untuk minor, Bahasa Melayu. Aku ajar cara-cara membuat jem nanas untuk tema Kepenggunaan. Resipi memang google ok. Hahaha. Kalau anak-anak balik cuba mesti menjadi lah jem nanas tuh. Keseluruhannya, murid-murid baik, seronok dengan p&p. Mestila seronok, set induksi (permulaan mengajar) aku bawa buah nanas tapi aku balut dengan kain dan letak dalam kotak. Minta depa teka walaupun depa masuk ja kelas dah tanya aku, "Cikgu, kenapa bau buah nanas?". Choyyyyy!! Rosak set induksi aku. Heheheehehehehe. Then masa penutup lak, aku buatkan sandwich dengan jem nanas. Bagi depa makan n rasa jem apa yang aku guna. Hinggakan cikgu pembimbing yang observe pun minta roti tu juga. Mampu? :)

Petang Isnin tu, Tuan Haji Mansor call, inform dia nak mai esok. Last observation untuk major, KT/PSK. Huhuhu. So prepare la segala semuanya. Aku observe kali ni aku ajar P. Sivik topik Peranan dan Tanggungjawab Anggota Keluarga Asas. Set induksi aku nyanyi lagu dengan anak-anak dan pecahkan belon untuk dapatkan kad jawapan. Meriah time tu, seronok anak-anak nak pecahkan belon. Ada yang pijak, ada yang duduk atas belon, ada yang cucuk dengan pensel. keseluruhannya, baik. :)


Habis ja Tn Hj Mansor observe, En Othman pula call. Tak sempat nak tarik nafas lagi. Gituuu! En Othman inform dia nak mai observe esok. Kannnnnnnnnnnnnnn. Juga last observe untuk minor, BM. Penyeliaan bersama iaitu pensyarah dan guru pembimbing masuk sekali observe aku. Rancang dan prepare everything. Kali ni aku ajar pasal cerpen Helang Si Raja Burung. Set induksi, aku bawa sangkar burung dan burung Merbok. Aku lindung dengan kain dan minta anak-anak teka. Depa teka sangkar burung ja tapi bila dibuka kain tu "eh eh eh ada burung laaaaaaa". Haaa kan teruja masing-masing! Penutup pula, aku minta anak-anak beratur kat luar kelas sebab nak lepaskan burung merbok tu. Rifqi tolong tangkap burung dalam sangkar dan lepaskan. Saat burung dilepaskan, aku minta depa cakap "selamat tinggal burung". Hahaha ada unsur drama di situ! Keseluruhannya, baik. :)

p/s: Alhamdulillah. selesai semuanya. Tapi rasanya tak dapat macam sem kot, takda rezeki. :(

Tuesday, April 10, 2012

2 minggu terakhir

Hmmmm sekejap ja rasanya masa berlalu. Rasanya seperti semalam baru mendaftar diri untuk menjalani praktikum (menipu sangat) dan sekarang pejam celik pejam celik tinggal lagi dua minggu ja di sekolah. Dalam masa dua minggu ni, nak luangkan masa dengan murid-murid. Makin nak habis praktikum, makin dekat dengan murid. Its normal la kan. Tak pa, tak perlu nak drama sangat sebab bulan 7 nanti datang semula ke sekolah ni. Fun!

Dua minggu terakhir ni semestinya sangat busy! Minggu ni kena observe dengan guru pembimbing minor, minggu depan observe bersama (pensyarah dan guru pembimbing) untuk major dan juga minor. Nervous wei! Untuk observe bersama major dah rancang isi pelajaran dan aktiviti, observe bersama minor lak tak terfikir lagi. InsyaAllah hujung minggu ni baru nak merancang. Mudahan dipermudahkan segalanya.


Paling menakutkan praktikum kali ni, cikgu-cikgu sekolah dah bagi expectation yang tinggi kat aku. Ramai cikgu asyik ulang cakap, "Nizar confirm A+ dah." Aku balas, "Tak tau lagi cikgu, semua bergantung pada lecturer, kalau dia suka cara pengajaran saya, dia bagi la,". Depa balas balik "hmmm kalau lecturer tak bagi A+, kak tak tau nak cakap apa dah. ABM angkut sampai 2 beg, selalu stay kat sekolah, rapat dengan murid." Huhuhu. Pastu ada yang tanya, "Nizar, bila orang nak mai rakam?" Ya ampunnnnn, apa perasaan hang kalau di tempat aku? Tekanan oi! Tak dapat kang malu setahun. Huhuhu. Tapi hopefully semua kata-kata cikgu-cikgu tu satu doa. InsyaAllah amin. Kalau tertulis rezeki A tu untuk aku, ada la. Kalau tak, tak da la. Di sebalik redha pasti ada usaha. :)



So selain observe, aku tolong sikit-sikit Faiz latih nasyid dan ada tugas baru, kena tengok-tengokkan murid bersketsa dan kena buat props untuk Sketsa Sains tu. Tadi dah mula buat back drop untuk sketsa tu, penat melukis. Esok kena mewarna pula. Esok lusa baru nak tengok murid-murid tu berlakon. Satu ja pesanan kat murid-murid tu, kalau nak berlakon mesti ada roh dan jiwa! *haa tudiahh kelas lakonan*

Cukup la setakat ni dulu. RPH esok tak buat lagi ni. :(

p/s: dalam penat, masih mampu rasa gembira dengan murid. :) 

Sunday, April 1, 2012

Celebrate birthday tolu Fadhil

Hari Khamis lepas celebrate birthday Padil kat depan rumah sewa aku ni. Semuanya hasil pakatan Farin nak kenakan bf dia sendiri. Katanya dia tak pernah celebrate baling tepung kat Padil, asyik wish je kan, bosan. So tahun ni pun tahun terakhir as a student, jom bagi kenangan kaw-kaw kat Padil. Keh keh keh.

Dari minggu lepas lagi dah rancang. Mulanya nak set tempat di R&R Bagan Ajam tapi rasanya jauh sangat, dah la busy dengan RPH. Nak buat depan rumah farin lak takut kang ustaz-ustaz cakap apa pulak. So rumah sewa aku ni pula dikatakan sangat strategik. Dah la paling hujung so tak ganggu orang kampung, jiran sebelah pun tengah renovate rumah, so tolu-tolu boleh menyorok kat rumah tu dulu sebelum nak baling tepung.





Malas nak cerita panjang, party ni memang best!!! Happening gila. Lepas mandi tepung, terus pi kedai makan. Tetap pakai baju yang penuh dengan tepung tu. Hik.

p/s: tengok video kat bawah ni, Azhari paling jahat. Sebesen tepung dia baling kat padil. Hahahaha.