Sunday, March 18, 2012

Kenduri Muna Izzah & Mahzan.

Dah nak habis bercuti baru nak bercerita. Kita bercerita dengan pantas dan laju sekali k. Nak packing barang, sat lagi nak balik rumah sewa dan banyak kerja kerja kerja menanti. Huhuhu. 

Aku ke sana naik train, setibanya di KL Sentral jam 6.45 pagi, aku ke KFC. KFC pun hado nak buka lagi. Aku tengok ramai je orang tido depan tu, so aku pun tido sekali. Tup tup terjaga jam 8.30 pagi kot. Kan tak hengat! Terus cari bilik mandi untuk mandi manda dan bersiap. Sekali kena bayar RM 5 kauuuu. Wajib mandi sejam eh bukan mandi wajib LOL. Baru berbaloi RM 5 tu. Hehehe.


Dalam 9.45 ke 10 pagi camtu, tunggu komuter untuk ke Kajang. Sampai Kajang, mesej Arif untuk ambil dan bawa ke rumah dia untuk iron baju. Baju kedut seribu kot dalam beg tu. Dah siap-siap semua, tunggu Nana dan Kimah sampai di Stesen Kajang. Diorang dah sampai terus bergerak ke Melaka!


Dalam kereta tok sah dok habaq la, riuh rendah. Laha orang tu, laha orang eh dah sampai Melaka. Boleh macam tu? Kami pun tak biasa sangat jalan Melaka tu. Nak ke rumah Muna memang kami ikut peta kat kad kenduri tu je la. Silap peta tu, silap la kami. Tapi sebelum tu, kami singgah Mydin MITC untuk beli hadiah kat Muna dan Mahzan. :)


Bergerak bergerak bergerak ikut peta dan finally sampaiiiii. Alhamdulillah, tak sesat langsung cuma ada la confuse jalan sikit-sikit. Dah sampai, tak da sorang pun budak maktab. Diorang semua datang awal dan dah balik, tinggal kami ja. Bersalaman dengan parent Muna, Muna dan Mahzan pula takda. Diorang masuk bilik, solat Zohor sesama. Sweet kan? :) So kami makannnnnn dulu. Buat macam kenduri sendiri ja. Hehe.


Makanan sedappppp. Memang kecur air liur masing-masing. Dah la memang kami lapar. Nasi memang penuh pinggan la. Air pun banyak, macam-macam warna dan perisa. Yang paling sedap, air keladi cincau. Letop ever! Dah habis makan, baru Muna dan Mahzan keluar. Hehehe. 

Selamat pengantin baru Muna & Mahzan.
Moga bunga-bunga cinta hingga ke taman syurga.

p/s: Muna ni coursemate aku, dia kelas KS 1. Mahzan pula cohortmate, kelas Pengajian Islam.

p/s: bersambung Jalan-jalan Melaka.

 

No comments: