Thursday, March 29, 2012

Aktiviti Lakonan 5 Ilmu SKKS

Selasa lepas, aku buat aktiviti lakonan untuk topik Manfaatkan Masa bagi subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan kelas 5 Ilmu. Aku bagi situasi bagi setiap kumpulan. Aku sengaja buat aktiviti lakonan untuk cungkil bakat diorang ni juga bagi diorang berani dan yakin dengan diri sendiri. **walaupun niat sebenarnya nak cungkil bakat lakonan diorang sebagai pelapis Fazura dan Bront Palare and so on. Hahaha. **matilaa

Membuat perbincangan dengan rakan

Beriadah di waktu petang

Melepak di kompleks membeli belah

Tergelak besar cikgu depa ni. Ya ampun macam-macam depa nih. Skrip lawak, cara berlakon lagi laaaaa. Aku yang tengah rakam video tahan gelak ja. Haish. So kumpulan yang menang dapat hadiah. Kat bawah ni video depa yang menang.




Sunday, March 18, 2012

Kenduri Muna Izzah & Mahzan.

Dah nak habis bercuti baru nak bercerita. Kita bercerita dengan pantas dan laju sekali k. Nak packing barang, sat lagi nak balik rumah sewa dan banyak kerja kerja kerja menanti. Huhuhu. 

Aku ke sana naik train, setibanya di KL Sentral jam 6.45 pagi, aku ke KFC. KFC pun hado nak buka lagi. Aku tengok ramai je orang tido depan tu, so aku pun tido sekali. Tup tup terjaga jam 8.30 pagi kot. Kan tak hengat! Terus cari bilik mandi untuk mandi manda dan bersiap. Sekali kena bayar RM 5 kauuuu. Wajib mandi sejam eh bukan mandi wajib LOL. Baru berbaloi RM 5 tu. Hehehe.


Dalam 9.45 ke 10 pagi camtu, tunggu komuter untuk ke Kajang. Sampai Kajang, mesej Arif untuk ambil dan bawa ke rumah dia untuk iron baju. Baju kedut seribu kot dalam beg tu. Dah siap-siap semua, tunggu Nana dan Kimah sampai di Stesen Kajang. Diorang dah sampai terus bergerak ke Melaka!


Dalam kereta tok sah dok habaq la, riuh rendah. Laha orang tu, laha orang eh dah sampai Melaka. Boleh macam tu? Kami pun tak biasa sangat jalan Melaka tu. Nak ke rumah Muna memang kami ikut peta kat kad kenduri tu je la. Silap peta tu, silap la kami. Tapi sebelum tu, kami singgah Mydin MITC untuk beli hadiah kat Muna dan Mahzan. :)


Bergerak bergerak bergerak ikut peta dan finally sampaiiiii. Alhamdulillah, tak sesat langsung cuma ada la confuse jalan sikit-sikit. Dah sampai, tak da sorang pun budak maktab. Diorang semua datang awal dan dah balik, tinggal kami ja. Bersalaman dengan parent Muna, Muna dan Mahzan pula takda. Diorang masuk bilik, solat Zohor sesama. Sweet kan? :) So kami makannnnnn dulu. Buat macam kenduri sendiri ja. Hehe.


Makanan sedappppp. Memang kecur air liur masing-masing. Dah la memang kami lapar. Nasi memang penuh pinggan la. Air pun banyak, macam-macam warna dan perisa. Yang paling sedap, air keladi cincau. Letop ever! Dah habis makan, baru Muna dan Mahzan keluar. Hehehe. 

Selamat pengantin baru Muna & Mahzan.
Moga bunga-bunga cinta hingga ke taman syurga.

p/s: Muna ni coursemate aku, dia kelas KS 1. Mahzan pula cohortmate, kelas Pengajian Islam.

p/s: bersambung Jalan-jalan Melaka.

 

Thursday, March 8, 2012

Makan malam dengan TOLUs

Hilang segala stress praktikum, AR dan segala masalah bila dapat berjumpa dengan tolus. Memang rindu sangat dah, hampir dua bulan tak jumpa each other. Tadi boleh makan malam kejap dengan tolu, rasa hilang semua tekanan. Boleh ketawa besar, lama rasanya tak ketawa besar, gelak ramai-ramai macam tadi.





Tadi juga sempat aku beli kek yang ado ja untuk Farin sempena birthday dia 5 Mac lepas. Cadangnya nak beli coklat Cadbury ja, singgah kedai tepi jalan tup tup kedai tu tak jual cadbury. Sedih sungguh kedai tu. Hehehe. Nasib baik berdekatan dengan kedai tu ada kedai kek. :)

Sambil makan-makan, sambil bincang pasal TOLU's BIG DAY! Dah last year kan, masing-masing nak eratkan lagi ukhuwah, nak cipta memori terindah sebagai kenang-kenangan zaman study. Huhuhu. Dah set everything nanti, baru aku cerita apakah tolu's big day tu. Sukaaaaaa!!! :)

p/s: tolu, aku sayang hangpa. hangpa tau dak? hehehe