Friday, February 3, 2012

Minggu Pertama Praktikum Fasa III

Alhamdulillah, sudah seminggu di sekolah ni, setakat ni semuanya berjalan dengan lancar. Guru besar, pihak pentadbir dan cikgu-cikgu juga sangat ok. Baik sangat jika dibandingkan dengan praktikum-praktikum sebelum ni. Syukur. ;)

Jadual waktu. Dapat 10 waktu, tiap-tiap hari ada kelas. 

Minggu ni tak mengajar lagi, masuk kelas pun belum. Hari Rabu lepas ja baru masuk kelas 4 Usaha, ganti ja. Kebetulan aku akan ajar kelas 4 U ni. Kelas ni kelas terakhir. 8 orang anak murid kelas ni tak boleh baca dan hampir separuh kelas kalau baca pun still tak lancar sangat. Kena cari jalan untuk diorg rasa ok dengan pengajaran aku dan aktiviti pun kena sesuai dengan tahap diorang. Cabaran baru untuk aku sebab praktikum sebelum ni aku tak dapat kelas yang tak boleh membaca. Kelas lain rasanya ok je kot. 5 Maju kelas first dan 5 Ilmu kelas second. Rasanya takda masalah untuk kedua-dua kelas ni.

Boleh dok baca blog sendiri? Pathetic kan. Keh keh keh.

Insfrastruktur sekolah ni pun baik. Ada iBoard. Kannn ala-ala iPhone kan. iBoard ni siap boleh touch screen bagai, kalau guna iBoard ni mesti lecturer puji melambung tak ingat. Kau hado iBoard? Hehehe. Kalau nak guna LCD pun anytime boleh minta. Sekolah ni ada wifi, kannn letoppppppp! Tiap-tiap hari online tengok youtube kat bilik guru. Hehehe. Kalau cikgu lalu belakang, cover buat-buat macam taip kat word. Penipu sangat!

Cukup setakat ni, story later.

p/s: Rabu depan Tn Haji Mansor nak mai dah. :)

1 comment:

Cik Diana said...

10 waktu. huh! Ouke ler. kite dpt 11 waktu. mane nk buat ar lg. jelez ngan membe yg dpt kurang. :p