Sunday, January 1, 2012

2012



Selamat tahun baru buat rakan-rakan yang sudi melawat Cieut Nizar Blogspot. Mudahan azam tahun lepas sudah pun tercapai, kalau tak tercapai pun buat-buat tercapai je la. Untuk tahun ni, azam aku hanya khusus untuk habiskan pengajian. InsyaAllah, 2012 sebagai tahun terakhir untuk mengakhiri kehidupan aku sebagai pelajar sepenuh masa. InsyaAllah, amin. 

Kalau pun nanti-nanti ada rezeki untuk sambung Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran, rasanya takkan sama dengan suasana sekarang ni. Tentu sekali berbeza. Untuk itu, aku nak habiskan pengajian tahun ini dengan gembira bersama-sama tolu-tolu tercinta yang sudah masuk tahun kelima sebagai rakan sekelas. 

Nak jadi lebih positif
Nak jadi lebih baik
Nak jadi lebih memahami
Nak jadi lebih KURUS *tetiba*
Nak jadi lebih lebih lebih RAJIN
Nak jadi lebih JIMAT dan SUKA MENABUNG!

p/s: Azam 2012 yang sebenar-benarnya mahu memiliki saiz pinggang 28 cm. Tudiahhh!!!

2 comments:

Ezraa said...

moga sejuta impian menjadi kenyataan..
gituhh

Cieut Nizar said...

@haniff: thanks sayang! :)