Friday, January 13, 2012

Jumbo Combo Hard Rock Hotel Penang



Best sangat package ni, sangat worth it dan sangat sesuai untuk konsep MERASA. At least sampai juga Hard Rock Hotel dan Hard Rock Cafe kan. Hehe Now tengah mencari date yang sesuai tapi tersangatlah susah. Huhu. Tapi tak pa, package ni valid until 9 November 2012. So banyak masa lagi kan. No need to rush.


Tuesday, January 3, 2012

Macam mana boleh beli Hard Rock Cafe shirt?

Aloha. Kalau nak jawab macam mana boleh beli baju HRC tu, aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Benda ni jadi dengan begitu cepat. Actually, tahu kan yang aku kerja part time kat Parkson tu kan. So, kadang-kadang tengok customer yang pakai baju Hard Rock. Macam-macam, ada HRC SINGAPORE, HRC BANGKOK, HRC iSTANBUL. Then cakap ja kat Dikwan, eh macam cool je kan pakai baju HRC ni. Meletop lah katanya.


Balik keja, takda keja so saja google image baju-baju HRC ni. Dah puas tengok, try google pula harga baju tu. Tapi still tak jumpa pun. Then aku try google google google lagi, biasa la tahu kan kegigihan aku. Hehehe. Terjumpa satu blog ni, ala-ala blogshop. Entry yang aku tengok kat blog tu, baju HRC tu dah dijual pun. Baju HRC London dan HRC Edinburgh. Meletop kan? *tetiba*

Baju HRC Dublin aku dari sini la kannnn??? Hehehe :)

Gigih lagi, email si pemilik blog, tanya kalau-kalau ada stok HRC shirt. Time tu takda mengharap sangat. Keesokannya, si pemilik blog reply email aku siap cakap ada stok dari HRC Dublin. Terus rasa nak melompat!! Berterusan email dan terus setuju nak beli. Selesai bank-in duit RM 120 (terlebih RM 7) dan tup tup baju tu pun dah sampai. Hehehe.

Kalau ada yang berminat, boleh kunjungi blog BUSYBEEROOM untuk tengok pelbagai koleksi baju, handbag, kasut dari UK. Kelazzz kannnn pakai baju dari UK, macam takda baju dah kat M'sia ni. Hehehehe. Sekali sekala berubah angin kan.

p/s: Servis dari Busybeeroom pantas, efisien dan tip top! Tak caya cuba try. :)

p/s: teringin nak pi Rock Shop kat Hard Rock Hotel Penang. Nak pi beli sendiri. Letss!!

Sunday, January 1, 2012

2012



Selamat tahun baru buat rakan-rakan yang sudi melawat Cieut Nizar Blogspot. Mudahan azam tahun lepas sudah pun tercapai, kalau tak tercapai pun buat-buat tercapai je la. Untuk tahun ni, azam aku hanya khusus untuk habiskan pengajian. InsyaAllah, 2012 sebagai tahun terakhir untuk mengakhiri kehidupan aku sebagai pelajar sepenuh masa. InsyaAllah, amin. 

Kalau pun nanti-nanti ada rezeki untuk sambung Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran, rasanya takkan sama dengan suasana sekarang ni. Tentu sekali berbeza. Untuk itu, aku nak habiskan pengajian tahun ini dengan gembira bersama-sama tolu-tolu tercinta yang sudah masuk tahun kelima sebagai rakan sekelas. 

Nak jadi lebih positif
Nak jadi lebih baik
Nak jadi lebih memahami
Nak jadi lebih KURUS *tetiba*
Nak jadi lebih lebih lebih RAJIN
Nak jadi lebih JIMAT dan SUKA MENABUNG!

p/s: Azam 2012 yang sebenar-benarnya mahu memiliki saiz pinggang 28 cm. Tudiahhh!!!