Wednesday, December 14, 2011

Suasana Kerja Part Time

Dah hampir sebulan aku kerja part time kat Parkson nih. Totally rasa lain dari aku buat part time kat Polo tahun lepas tu. Sebabnya kerja kali ni aku boleh duduk even curi-curi duduk, Kak Diana, promoter aku tu pun ok dan semestinya kerja kali ni ada geng! Ada Dikwan dengan Ngah juga Mat Fakh, Abg Piah n Abg Ali.

Dok kerja dengan geng-geng memang best, kekadang tu tak rasa bosan langsung. Bercerita dari mula kerja sampai habis kerja. Cerita cerita then gelak mengilai macam pontianak. Kami buat macam Parkson tu kami yang punya. Dan bila ada geng pun jadi senang nak mengumpat customer, puji customer terutamanya yang elok paras rupa la kan, yang paling penting boleh luah emosi tatkala melayan customer yang berperangai macam celaks! *matilaa mukadimah nak carut*

tengah mengulat dengan Ngah dalam tandas. Hehehe
*matilaaa kalau KP tengok gambar nih. dot dot dot Parkson katanya. LAHA! Haha

Kat Parkson ni juga aku dapat ramai kawan walaupun dah macam kakak-kakak or makcik-makcik. Tapi memang best kan berkawan dengan mereka yang berusia macam ni. Rasa lain. Mungkin depa matang, tak terhegeh-hegeh macam adik-adik baru up dan juga depa sporting. Antaranya Kak Zah, Kak Pah (mak kepada student aku di SK Sg Dua), Awie, Kak Umi, Mama Sherry, Tan, Kak Yan, Kak Ina, Kas As, Amy. Selalunya aku akan rehat dengan depa ni kalau dikwan or ngah tak boleh rehat sekali. And of course kalau bosan ja, mesti pi kat kaunter depa, pi menyembang la. 

PASTU KAN, ADA JUGA PROMOTER LAIN YANG KEKWAT LANGSUNG TAK BERTEGUR SAPA, KONONNYA DEPA LAH PROMOTER TERHEBAT! BAK KATA NGAH, KESAH KE AKU DENGAN DEGREE IN PROMOTER KAU TU?! *larikkkkkk*

Kerja juga agak senang sebab hanya serve customer yang nak beli kasut sekolah cuma kekadang rasa lenguh berdiri lama sangat especially hari Sabtu Ahad. Hujung minggu ja memang hazab ok, tak terlayan. Kelam kabut jadinya, tapi segalanya menjadi mudah jika PROFESIONALISME menjadi prinsip. Gituuuuhhhh! Tapi kan, kerja yang mudah menjadi susah kalau melayan customer yang berangan cerewet, konon dia sorang ja boleh fussy?! **nanti aku buat entry lain, carutan khas untuk customer yang cerewet katanya**

Kadang-kadang kerja part time ni macam tak berdunia dengan orang. Kalau nak berdunia, berdunia dengan kawan-kawan Parkson tu la. Contoh? Kalau kenduri kat kampung Sabtu or Ahad, confirm tak boleh pi sebab kerja kat shopping mall kan, hujung minggu la baru ramai customer. Then kerja pula 10 pagi - 10 malam. Sampai rumah letih terus tidur. Bilanya nak bermasyarakat? Dengan family pun kekadang tak sempat. Huhuhu. Hari cuti je la baru rasa aku ni masih lagi di bumi. 

Apa pun aku tetap salute kat depa yang boleh bekerja di sini. Mungkin aku rasa macam tu sebab ni bukan bidang kerja aku or aku masih tak biasa. Tapi bagi depa yang dah biasa dan disebabkan tuntutan mencari rezeki, depa mungkin tak rasa dengan apa yang aku rasa. Itulah pekerjaan kan, tak kira lah sesukar mana pun asalkan dengan pekerjaan itu, kita dapat meneruskan kelangsungan hidup dan paling penting, dapat rezeki yang halal. :)

p/s: satu pengalaman yang awesome.

p/s: gaji bulan 11 dah masukkkkkkkkkk!

1 comment:

K.P said...

kann! dot dot dot parkson katanya! x ferlu la mention di sini...charut okay!