Saturday, December 31, 2011

Imbasan 2011

Hampir ke penutup 2011. Say bye-bye to 2011 and hye hye 2012 and please be good to me. Setahun masa sudah berlalu, setahun juga meningkat usia. 

JANUARI

Rasanya bulan ni tak sesibuk mana. Baru je naik sem 5 dan tatkala ini masih nervous untuk menjalani praktikum for the first time. Rasanya dalam bulan ni juga kelam kabut cari rakan praktikum dan sekolah mana untuk menjalani praktikum tu. Time nih still tinggal kat hostel bersama-sama Lastik 5. Dan aku rasa, bulan ni dah mula perbincangan mengenai OLAHRAGA, yakni kena anjurkan sukan peringkat maktab. Hazab.

FEBRUARI

Kelas masih berjalan seperti biasa. Petang pula kena turun buat trek balapan, lontar peluru segala. Time ni memang busy dan penat. Kus semangattt! Hampir tiap-tiap hari kena turun buat padang ni, kadang-kadang mesti la ponteng jugak kan. Bulan ni juga ke JPN Perak dan MSN Perak dengan tolu-tolu untuk assignment Olahraga. Pastu bulan ni (26/2/2011) juga aku beli MY BABY, Blackberry Curve 9300. Kann pertama kali guna smartphones. Tak pernah menyesal beli BB walaupun rabak poket aku. Biar poket rabak, asalkan.... Kau sambung la sendiri noh!

MAC

Bulan ni pun still busy dengan KOT. Turun padang, turun padang, turun padang tapi still tak kurus-kurus. *tetap* Then sebelum cuti pertengahan semester, batch aku anjurkan KOT ni. Alhamdulillah selesai juga. Sambil berKOT tu, kena submit assignment juga. Kena submit awal, sebelum praktikum fasa 1 bermula. Habis saja cuti pertengahan semester, terus mula praktikum di SK Convent Bukit Mertajam dengan Farin dan Naz. Time praktikum ni best sangatttt even banyak kerja kena buat. Masa minggu first praktikum memang still cuak lagi nak mengajar, masuk minggu ketiga dan keempat confident tak ingat nihh.

APRIL

Dua minggu masih di SK Convent Bukit Mertajam. Minggu ketiga busy lite-lite ja tapi minggu keempat busy ya amat. Hampir menangis, sebak depan Farin dan Naz sebab tekanan yang melampau sebabnya minggu ni 4 kali aku diobserve. Kannn. Sampai last day praktikum pun still kena observe, rasanya memang perit. Namun syukur dengan markah yang dapat! :) Selesai praktikum, masuk kelas macam biasa dan time ni busy untuk habiskan silibus.

MEI

Dua minggu awal, kena study la. Study week katanya tapi time study week la khatam movie. Dah nak dekat sangat dengan exam, baru kelam kabut nak baca, buat review bab by bab. Ye la tu kan. Dalam bulan ni juga aku, Arif dan Rahman sibuk mencari rumah sewa sekitar Mengkuang. Alhamdulillah jumpa juga. Selesai jawab exam, yeayyyy cuti semmmmmmmmm!!! Time cuti sem ni pi jalan-jalan Bukit Bendera then pi hiking.

JUN

Awal bulan duduk rumah goyang kaki makan tak ingat dan join program MPMPP, hiking Gunung Jerai. Bestttttt!! Awesome. Then dalam bulan ni juga pi bercuti kat Teluk Bayu dengan Geng Par. Meriahhhhhhh!!! Hujung bulan baru masuk sem 6. Dan paling ketara sekali, terpaksa meninggalkan hostel dan memulakan hidup di rumah sewa bersama Arif dan Rahman. Kadang-kadang rasa sunyi juga sebab hostel kan meriah tapi nasib baik Abang Bob, Naim selalu datang melawat.

JULAI

Awal bulan, my birthday. Tak celebrate pun cuma Abang Bob belanja makan kek Secret Recipe. Thanksss!! Then 4 Julai, mulalah praktikum fasa 2 di Sk Sungai Dua dengan Norin. Takuttttt sebab dapat lecturer pembimbing yang suka bambo orang. Kalau tak kena ja, lecturer ni akan terus hentam. Huhuhu. Sangat takut menyebabkan tiap-tiap hari aku kena prepare. Dah la kalau dia nak mai observe, dia takkan bagitau tup tup dah ada dalam kelas. pstttttt: lecturer nih suami kepada teacher norazah, teacher aku di Sk Penaga dulu. Praktikum kali ni pun ok, takda nak menangis macam praktikum fasa 1 dulu tu.

OGOS

Sebulan ni juga still praktikum di SK Sungai Dua. Dan mula berpuasa. Mula-mula memang rasa letih sebab mengajar dalam bulan puasa, lama-lama ok ja. Murid-murid pun ok sangat, still buat aktiviti walaupun letih berpuasa. Alhamdulillah, lecturer pembimbing tu berpuas hati dengan p&p dan promote untuk praktikum cemerlang. Ada juga berbuka puasa bersama-sama cikgu-cikgu SK Sg Dua pastu sempat juga berbuka puasa dengan Norin, Nurul n Jijah (rakan sepraktikum). Dua minggu sebelum raya dah siap shopping raya dan berhabis hampir RM 500. *pengsan*

SEPTEMBER

Beraya sakan terutama dengan keluarga dan keluarga PAR. Sekembalinya ke kampus, assignment assignment assignment! Gilaaaaa. Rasa ting tong ja time nih. Berturut-turut, hampir tiap-tiap minggu kena buat dan hantar assignment. Selesai assigment semua, busyyyyyyyyyyy pula dengan pre viva action research. Memang hazab dan kelam kabut. Alhamdulillah berjaya mengharunginya juga.

OKTOBER

Dah ok sikit, ada la kena edit sikit-sikit pasal AR tu. Then busy untuk cari sekolah, buat LAST Bina Insan Guru. Lantik jawatankuasa dan akhirnya SK Minden Height dipilih. Selesai sudah BIG yang selama enam sem berturut-turut. Hujung bulan dah mula study week dan juga exam paper dalaman. Studyyyyyyy!!!

NOVEMBER

Studyyyyyyyyyyyyyyyy dan exam. 3 paper ja sem 6 nih. Ok sangat, tak perlu baca banyak-banyak. Habis exam, cuti sem. Sebelum cuti, buat drama dulu. Drama apa? Harus la drama air mata sebab Abang Bob meninggalkan kami di sini. Dia dah selesai, tunggu posting ja. Tak tau laaa sem depan macam mana tanpa dia. Sesungguhnya aku pasti akan merindui dia. Sangat! Mula ja cuti sem maka bermulalah kerjaya aku sebagai promoter Kikilala, jual kasut sekolah di Parkson Sunway Carnival. Gigih nak buat part time kan.

DISEMBER

Bercuti bersama keluarga sambil bekerja dannnnnnn shopping timeeeeeeee!!! Sambil bekerja, sambil shopping. Tak cukup kat shopping mall tu, sanggup shopping online. Aha fisrt time shopping online dan first time beli HRC shirt. Hmmm membuatkan penutup 2011 aku dengan ceria, gembira dan penuh kesyukuran sebab aku dapat apa yang aku nak. Syukur syukur syukur. Alhamdulillah Ya Allah.


*******************************

Aku bersyukur kerana aku berjaya mengharungi tahun 2011. Aku bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang bahagia, keluarga PAR yang sentiasa ada di kala susah dan senang, Lastik 5 yang sentiasa menyokong geng TOLU yang sentiasa menceriakan dan kawan-kawan lain yang memahami. Alhamdulillah, dengan segala rezeki yang dikurniakan. 

Selamat datang 2012. Cabaran tahun terakhir sebagai guru pelatih. InsyaAllah.


p/s: esok last day jadi promoter Kikilala. esok kita dah resign. :)

No comments: