Thursday, November 10, 2011

Sambutan Hari Raya Aidiladha

Hari Raya Pertama


tak cukup nih, anak-anak abang sulung aku tak balik.  abang aku kena kerja.





Bangun seawal pagi, mandi manda, bersiap segak terus ke masjid untuk solat sunat raya. Balik dari masjid, tak tau nak buat apa. Makan ketupat rendang kuih dan layan anak-anak buah aku. Nak pi tengok orang korban lembu rasa malas dan buat kotor baju ja. **matilaa kekwat!** Bukannya apa, esok baru turn family aku korban lembu. Hari ni tak sempat. So pagi tu aku just jadi photographer untuk anak-anak buah tersayang ja. 

Petang pula, nasib baik geng-geng mai beraya. Nasib depa sangat baik, langkah kanan orang tua cakap. Depa sampai rumah aku sebaik saja aku baru balik beraya dari rumah mak ngah aku. Kalau depa mai awal sikit, memang aku takda kat rumah. Depa stay sampai maghrib, then lepas solat, kami bergerak ke rumah Dikwan Begau lak. Makan-makan, menyembang pukul 11 malam jugak la baru balik. Haaa tak ingat kau!


Hari Raya Kedua

terdampar kekenyangan sambil tengok bola Msia vs Spore

BBQ!

Haaa hari ni meriah la. Baru rasa suasana raya. Bangun pun seawal pagi sebab korban untuk family aku hari nih. Tapiiiii..... Aku tetap tak pi tengok orang sembelih lembu. *ya ampun* Hehehe. Busy aku ikut kak aku beli barang-barang nak buat nasi daging. Beli itu ini balik rumah ja orang dah siap agihkan daging-daging untuk disedekahkan. Lebihan daging yang ada kami buat nasi daging. Buat kenduri lite-lite ja. Lite-lite pun tetap penat lelah jugak la nak melayan tetamu. 

ramai lagi yang join BBQ ni, lupa nak snap.

Karoake!!!!!!

Jemput Abang Bob dengan Naim dan semestinya Geng Par. Depa semua makan kat tingkat atas rumah aku ni. Bawah penuh dengan orang, tak muat. Nak makan kat luar rumah lak rasa tak selesa sebab baru lepas hujan.Geng Par stay sampai maghrib juga. Lepas maghrib kami bertolak ke SMK Dato' Onn, geng-geng hostel batch aku buat BBQ. Melerts ok! Makan-makan sembang-sembang sampai pukul 10.45, kami gerak ke Seberang Jaya. Buat apa? Karoakeeeee!!!! Lepas geram sebab lama tak karok dengan geng-geng.

1 comment:

azraftarmizi's blog said...

gegeh sgt kan susun anak2 buah lagu tuu sblm snap2...hahaha