Thursday, November 3, 2011

Penulisan RPH di Buku Rekod Mengajar

Hari ni aku nak share pasal penulisan RPH. Penulisan RPH atau Buku Rekod Mengajar adalah benda yang paling penting untuk kita (guru pelatih) masa menjalani praktikum. Perkara pertama yang pensyarah pembimbing akan check masa datang observe mestilah buku rekod mengajar nih. Diorang nak check sama ada kita buat rancangan mengajar atau tidak. Dan semestinya, kalau nak dapat Praktikum Cemerlang, penulisan RPH dan buku rekod mengajar mestilah kemas, cantik dan paling penting sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah yang berkualiti.

Aku just share apa yang aku buat, tak semestinya benda yang aku buat adalah yang terbaik/tercantik/terhebat. Actually, aku tengok sendiri buku rekod mengajar kawan-kawan aku, ramai lagi yang cantik semua diorang tak da blog, so diorang tak boleh share. Keh keh keh. Kesian kan? LOL. TAPI kan, ada jugak yang aku tengok dan kadang-kadang aku tak puas hati dengan apa yang diorang buat. Biasa la kan, LAIN ORANG LAIN CARANYA.

So adik-adik junior yang nanti akan jalani praktikum selama sebulan, dua bulan atau tiga bulan, boleh la tengok sebagai panduan. Mana-mana yang rasa baik, boleh ikut dan mana-mana yang rasa buruk, boleh komen dan insyaAllah aku akan perbaiki. Sama-sama kita belajar kan.

OK, actually masa aku jalani Praktikum Fasa 1 di SK Convent BM, aku banyak minta tunjuk ajar dari Abang Bob, senior aku terutamanya dari segi susunan dalam buku rekod mengajar tuh. Tak da idea langsung nak buat macam mana, alhamdulillah dia banyak bagi tips dan panduan. :)

PANDUAN SUSUNAN DAN JUGA PENULISAN RPH DI DALAM BUKU REKOD MENGAJAR:


1. MESTI BALUT BUKU REKOD MENGAJAR DENGAN PLASTIK. Balut la sikit baru nampak rajin sikit kan or at least kalau kena air ke hujan ke, selamat la buku kita tu. Dah la buku tu yang amat penting.




2. LENGKAPKAN SEGALA DATA YANG PERLU DIISI. Dalam buku rpm tu, ada benda-benda yang kita kena isi misalnya nama pensyarah pembimbing, nama guru pembimbing, nama sekolah dan so on. Kalau malas boleh terus tulis ja, kalau rajin boleh buat kat word, print atas kertas berwarna, gunting dan lekat. **banyak kerja kan tapi tak pa baru nampak rajin** Hehe.


3. LEKATKAN NAMA SEKOLAH, MUNGKIN LENCANA, MISI ATAU VISI SEKOLAH DI HELAIAN PERTAMA BUKU RPM. Ye la kan, takkan terus nak buat RPH. Hehe. Letak la dulu nama sekolah yang kita jalani praktikum tu dan mungkin juga boleh letak praktikum fasa berapa. Tak gitu?


4. HELAIAN SETERUSNYA PULA, LETAK JADUAL WAKTU MENGAJAR DAN POKET UNTUK SLIP GANTI. Waktu mengajar tu penting kan, sebab boleh la kita rujuk bila masanya dan kelas-kelas yang kita mengajar. Poket slip ganti pula digunakan untuk letak slip ganti yang diberikan oleh pihak sekolah untuk ganti waktu guru-guru yang mungkin cuti, meeting or sebagainya. Tapi, itu kena ikut pensyarah pembimbing juga. Macam pensyarah pembimbing aku, dia tak nak letak dalam poket, katanya boleh jatuh or hilang. So dia suruh lekat di rph mengikut hari yang kita ganti tu.


5. SETERUSNYA, BUAT POKET UNTUK LETAK RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN MENGIKUT SUBJEK YANG KITA AJAR. Rancangan mengajar tahunan nih wajib ada ok. At least sebagai bukti yang kita mengajar mengikut rancangan ni, bukan main ikut sedap hati kita ja. Even nanti dah jadi cikgu pun, kena ada rancangan mengajar nih. Nak ambil kat mana? Boleh cari kat internet or kalau susah sangat minta dari guru pembimbing, photostat dan letak. Simple!



6. SETERUSNYA LAGI, BUAT DAN LEKATKAN RANCANGAN MENGAJAR SELAMA KITA MENGAJAR DI SEKOLAH TU. Contoh macam aku tunjuk ni adalah rancangan mengajar 8 minggu iaitu selama 2 bulan (Praktikum fasa 2). Mula-mula sekali, first day kita daftar diri untuk praktikum tu, pihak sekolah akan bagi jadual waktu mengajar dan juga guru pembimbing. Untuk setiap kelas yang kita ajar, kita kena jumpa cikgu subjek tersebut dan tanya cikgu tu kita kena mula mengajar dari topik mana (sambung pengajaran cikgu tu). Dan dari situ, kita kena merancang rancangan mengajar kita mengikut berapa lama kita kat sana.


7. SETERUSNYA LAGI, BUAT DAN LEKATKAN RANCANGAN MENGAJAR MINGGUAN IAITU BERMULA DARI MINGGU 1. Sebelum nak tulis RPH, buat dulu rancangan minggu tersebut dan lekat sebelum kita buat rph untuk hari pertama: Isnin. Contohnya, buat dan lekat MINGGU 1 then RANCANGAN MENGAJAR MINGGUAN then lekatkan RANCANGAN PENGAJARAN MINGGU 1. Berdasarkan gambar kat atas, aku bagi contoh untuk MINGGU 7 kan? Haa buat macam tu la. Buat rancangan mengajar bagi setiap kelas/subjek bagi setiap hari (Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat)


8. LABELKAN DULU HARI DAN TARIKH SEBELUM KITA MULA TULIS RPH. Contoh, kita nak buat rph untuk hari isnin kan, lekat dulu hari n tarikh then baru kita tulis rph. Untuk hari Selasa pula, buat benda yang sama. At least senang kita nak rujuk nanti dan senang nak bezakan rph utk setiap hari dan juga nampak lagi kemas.




9. TULIS RPH. Yang ni tulis macam biasa la kan. Selalunya aku akan buat rancang aktiviti or short notes kat buku lain dulu then baru tulis kat buku rekod mengajar nih. Aku tak suka nak liquid segala, rasa macam rosak dan tak cantik kalau guna liquid nih. Tapi kalau buat salah juga, terpaksa guna juga la. Paling penting, tulisan mestilah kena kemas, dapat menyenangkan hati pensyarah pembimbing yang observe kita nanti. Harus ambil hati dia ok! Hehe.


10. LEKAT SEGALA ALAT BANTU MENGAJAR DAN LEMBARAN KERJA YANG DIGUNAKAN. Lepas tulis rph tu, lekatkan semua abm yang digunakan dan lembaran kerja yang bagi kat murid-murid. So pensyarah pembimbing dapat tengok apa yang kita aktiviti yang kita buat/ajar. Ada kawan aku diorang buat poket dan selitkan lembaran kerja dalam poket tu. Itu kena ikut lecturer. As i said before, lecturer pembimbing aku tak suka selit-selit nih, takut hilang or jatuh.


11. LEKAT BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM (kalau diobserve), TINGGALKAN RUANGAN UNTUK ULASAN DARI GURU PEMBIMBING/PENSYARAH PEMBIMBING DAN BUAT REFLEKSI. Kalau hari tu kita diobserve, tinggalkan ruangan untuk guru/pensyarah nak komen. Aku suka untuk lekatkan borang bimbingan praktikum ni sebab nanti aku boleh compare dengan minggu-minggu seterusnya, nak tengok ada peningkatan tak pengajaran aku. Dari segi penulisan refleksi pengajaran tu, macam biasa la kena buat dari segi kekuatan, kelemahan dan cadangan penambahbaikan.



12. LEKAT JURNAL MINGGUAN DI RUANGAN PENULISAN JURNAL DAN JANGAN LUPA ISI UNTUK REKOD MURID. Jurnal tu nanti korang biasa-biasakan la eh. Agak letih jugak la nak buat jurnal tu tapi macam biasa, semua tu wajib ada tiap kali lecturer datang observe. Kalau takda, merasa lah!! Rekod murid tu pun penting, terutamanya nak dapat praktikum cemerlang. Diorang check every single thing.


13. JANGAN LUPA MINTA PENSYARAH OR GURU PEMBIMBING TANDATANGAN DI RUANGAN YANG DISEDIAKAN SETIAP KALI DIORANG OBSERVE.

**** ini option untuk lagi sistematik dan kemas***



13. UNTUK MEMUDAHKAN PENCARIAN, BUAT PENGLABELAN UNTUK SETIAP MINGGU DAN SUBJEK MENGIKUT RPH. Yang ni tengok gambar je lah. Faham kan? Tak faham tanya ok.


Inilah sedikit sebanyak yang boleh aku kongsikan. Tak semestinya korang kena ikut sebijik macam ni, apa yang penting tanya pensyarah pembimbing korang dulu. Banyakkan berbincang dengan pensyarah pembimbing sebab apa pun markah praktikum terletak kat tangan dia. Lagi satu, jangan buat buku rekod mengajar ni cantik dan kemas ja sampai lupa nak hasilkan pengajaran yang berkualiti. 

Sebab perkara yang paling penting sekali untuk praktikum, mestilah cara kita mengajar dan kawalan kelas. Bagi aku, mengajarlah dengan ikhlas, insyaAllah kenikmatan lepas sesi p&p akan dapat dirasai terutamanya murid-murid happy, seronok dengan sesi p&p kita. 

THANKS FOR READING. :)


9 comments:

Cikgu Fikri said...

just one word!
MANTAP!
tahniah...
boleh jdkn blog ni sbg pnduan..
thanks :)

CiK CaBiLLa said...

sgt membantu utk kitorg yg 1st time praktikum ni.. terima kasih :)

Anonymous said...

Salam thank you very much for the guidance cikgu. at the moment akak sedang tutoring pra school student age 5-6yrs at home.( student yang phobia untuk ke sekolah tadika) definately i will use this method...so helpful

Anonymous said...

Buku Rekod Pengajaran Guru seharusnya tidak lagi ditulis dengan tangan dalam buku tersebut. Kerajaan bermati-matian memahirkan para guru dan seluruh lapisan rakyat dalam penggunaan ICT, tetapi kakitangan Pendidikan bermati-matian tidak membenarkan guru-guru menggunakan ICT sepenuhnya dalam PDP. Penyediaan Rekod Pengajaran menggunakan ICT jauh lebih baik. Konon guru-guru hanya Cut dan Paste kata Pegawai-pegawai yang berfikiran JUMUD...!!!

Lia Baeek said...

terima kasih cikgu.. Amat membantu :) semoga berjaya..

aiNfiEr said...

sangat baik.boleh dijadikan contoh.tkasih:)

Menongkah Arus said...

Menarik. boleh buat rujukan. Thanks.

ZIKHRI JALIUS said...

Terbaik

linkamariah said...

realiti..ada yg sebegitu.dah jumpa bukti2 smpai lupa ubah tarikh