Friday, September 30, 2011

Pantai Merdeka to Tanjung Dawai


Mengkuang-Bagan Ajam-Mengkuang-Tikam Batu-Pantai Merdeka-Tanjung Dawai-Pantai Merdeka-Kepala Batas-Mengkuang-Bagan Ajam-Penaga


Haaa tudiahhh. Berjalan tak ingat nih dengan tolu-tolu: Nana, Farin dan Kila. Mulanya nak pi open house rumah jiran lama Kila kat Tikam Batu. So aku ke rumah kak aku, pinjam kereta dia. Tak payah nak sewa kereta kan, jimat belanja. Lepas dah pi open house dan alang-alang dah sampai Tikam Batu, aku bercadang nak bawa tolu-tolu ni ke Pantai Merdeka. Saja jalan-jalan.

Dah alang-alang sampai Pantai Merdeka, baik terus ke Tanjung Dawai kan walaupun tak tau apa yang menariknya di Tanjung Dawai tuh. Ada perkhidmatan bot disediakan di Pantai Merdeka untuk ke Tanjung Dawai. Tapiii kannn... kami pi tanya dulu harga bot tu, kalau mahal kami tak mau pi sebab duit pun dah yangggg adoooooo!

Murah ja tambang bot ke Tg Dawai tu. RM 4 pergi balik.


Masa pi tu, laju betoi abang tu bawa bot. Terjerit-jerit tolu-tolu tu. Aku? Aku biasa la. COOL ja! :)

Setibanya di Tanjung Dawai, masing-masing blur nak pi mana tak tau. Hahaha tudia la jalan-jalan tanpa arah tujuan kan. So kami ikut je lah mak cik-mak cik tu, rupa-rupanya ada kompleks 2 tingkat yang jual ikan bilis, ikan kering, keropok ikan segala. Baru aku teringat, memang betul la Tanjung Dawai ni famous dengan ikan bilis, ikan kering nih, murah katanya. So apa lagi, borong tak ingat la terutamanya kami kan dah dok rumah sewa, boleh masak. ;)



Nak dijadikan cerita, masa tunggu bot untuk balik semula ke Pantai Merdeka, aku terjumpa dengan student aku di SK Sg Dua, Amin Kelas 5 Bestari. Dia dengan family dia pula tu. Haiyoo malu malu terus cover jadi baik-baik, tak boleh merapu sangat. Hehehe. Kebetulan pula, aku naik satu bot dengan family dia. Lagi laaaaaaaaaaaa cover, bukan apa dengan dia aku tak segan sangat tapi segan dengan parent dia lah!



p/s: Sampai di Pantai Merdeka jangan lupa try ABC Gunung Jerai. Memang Gunung Jerai sungguh! Harga RM 5. **pitam!

No comments: