Saturday, September 24, 2011

Jamuan Aidilfitri Tolu

Selamat siang semua. Sihatkah kalian? Mesti sihat gamaknya kan, boleh buka laptop, online segala. Syukur. Dah lama tak menulis panjang di sini barangkali ramai yang tertanya-tanya adakah Cieut Nizar, blogger propah nak tutup blog dia? Ya ampun, biarlah update walaupun entry hado asalkan jangan tutup blog!

Semalam (Jumaat) ada sambutan Hari Raya kat kampus aku nih. Sebelum tu pada hari Khamis wakil JPP datang ke kelas untuk kutip duit sekepala 3 ringgit. Tudiaa masing-masing berkira nak bagi 3 ringgit setelah duit pun di hujung tanduk ja nih. Then, ada tolu mana entah tetiba cadangkan tolu-tolu tak payah pi jamuan tu, kita buat jamuan kita sendiri. Kannn memang idea tolu sangat kan?



Setelah capai kata sepakat, kami semua buat jamuan sendiri ja. Kutip sorang 4 ringgit dan masing-masing ada tugas untuk masak juadah. Kimah masak bihun goreng, Eichan masak mee goreng, Mell dan geng rumah dia goreng sosej SAHAJA, Afif buat dadih, Khai n Fadhil beli air botol dan aku pula kena buat SANDWICH AIR TANGAN BONDA! *tudiaaa temanya kalau makan sandwich aku, mesti teringat masakan mak kat rumah** kau mampuuuu??? Hehehe.


So kelmarin orang lain berpusu-pusu berebut-rebut makan kat dataran, kami makan kat kelas ja dan makanan kami lagi meriah. Berbaloi bayar 4 ringgit. Itulah alkisahnya, tolu-tolu nih kalau tak buat idea-idea yang tolu memang tak sah! Nasib baik tak kantoi, kalau tidak semua tolu mengadap kat HEP. Keh keh keh. Eh tetiba ada orang HEP baca blog ni pulak. Haiyooo tetiba feeling retis!!! Sapa nak baca blog hado ni kan?


Masa jamuan ni, kami jemput Pensyarah Kesayangan Tolu, Mama Nagamah. Puan pun mai makan, join menyembang dengan kami semua. Lama tak makan-makan n sembang-sembang dengan puan. Dan tengah makan tu, tetiba puan tanya SOALAN EMAS! 'NIZAR DAH ADA AWEK KE BELOM?' Ya ampunnnn tersedak aku jadinya, nasib baik tak pengsan!!! 'TAK DAK LAGI PUAN, TAK DAK AWEK MAU KAT SAYA' Keh keh keh. Puannnnn, biar masa yang menentukan gitu.

Dan bila adanya jamuan, ada juga gambarnya! Penat nak posing, nak makan pun orang nak snap jugak.



p/s: lagi setahun ja toluuuuuuuuuu. ;(

1 comment:

intan _toluks2 said...

ayat last sekali..."lagi setahun je tolu buat aku bergenang air mata..:("will miss u cheif tolu.sgt.