Saturday, August 27, 2011

Pemantauan Praktikum Cemerlang

Alhamdulillah untuk praktikum kali ni, aku dapat cemerlang yakni markah yang diperolehi 90 ke atas. Lepas En Zahari observe aku, dia cakap dia nak promote aku dengan Norin untuk praktikum cemerlang.

Masa dengar tu terkejut juga sebab layak ka nak dapat praktikum cemerlang ni. Tapi tak pa juga sebab baru rasa berbaloi dengan segala penat lelah, kerah keringat dan masa untuk praktikum ni. So, last week ni Encik Zahari suruh prepare sebab bila-bila masa saja Pensyarah Unit Praktikum or Ketua Jabatan akan datang buat pemantauan. (padahal memang tiap-tiap hari aku kena prepare sebab encik mai observe pun bukan nak bagitau awal-awal tup tup muncul kat kelas)

Encik Adnan tengah check buku RPH aku dan soal siasat Nor.


yang ni check Portfolio Praktikum lak. 

Tunggu punya tunggu akhirnya kelmarin (Khamis) Encik Adnan, Ketua Jabatan Sains Sosial datang laksana pemantauan. Time tu aku dok kalut gunting penanda buku tu. Terkejut juga la. Encik Adnan tengok buku RPH, Portfolio Praktikum, Jurnal Mingguan dan macam-macam soalan yang ditanya dan syukur Alhamdulillah, dia puas hati dengan semua yang kami buat. :)

p/s: sebab tu aku sayang sangat kat murid-murid SKSD ni. (3G, 4B, 4T, 5B, 5T)

p/s: hopefully boleh kekalkan untuk sem depan. insyaAllah. Amin.

1 comment:

DaHLia said...

samalah dengan sis dulu..
memang unsangkerable..
penyelia sis memang dia sokmo bgtau bila dia nak dtg..

last day dia dtg tu, dia cakap, sy calonkan awak utk pensyarah lain observe...then the next 2 days, datanglah KJ dgn Timb KJ. Dedua pun sis kenal.

Banyak jugak laa kena jawab.. Last2 dia boleh cakap, sy terlupa bawak Video Cam je, kalau tidak memang saya dah rakam awak. Mujur!! Malu ah rasanya kalo ada video..mcm mn lah muka sendiri ms ngaja..tp memang masa observe tu, dah kawtim baik2 dengan student fizik masa tu..nasib kelas tu, kalo kelas satu lagi, pasifff...

anyway tahniahh!!! semoga terus cemerlang dlm pendidikan :D