Sunday, August 7, 2011

Buka Puasa with Tolu!

Farin dengan Nana ada mesej beberapa hari sebelum kami berbuka nih untuk ajak berbuka ramai-ramai. Aku cakap aku always ON, just inform bila, masanya dan di mana. Tapi dalam hati takut juga kalau depa nak berbuka hari weekend, macam mana nak balik rumah berbuka dengan family. Hehe.

Then petang Khamis tu, Farin call cakap nak berbuka bersama-sama hari nih dan minta aku cadangkan tempat. Dalam ke-blur-an baru bangun tido petang tu, aku terfikir berbuka di Kapitan Bandar Perda, boleh makan Beriyani Ayam Claypot. Inform kat tolu-tolu tu then semua setuju! ;)

Sesampai di Kapitan dalam pukul 7 petang kot then kami order dan reserve tempat. Lepas tu sempat nih nak pi jalan-jalan kat Bazar Ramadhan Bandar Perda. Pi la pusing-pusing habiskan duit lagi. So alang-alang ada di Masjid Perda tu, kami bercadang untuk solat maghrib dulu sebab nanti senang nak cerita panjang dekat Kapitan. Tak payah nak makan kalut-kalut.

Sedap sangat. Wajib makan ni ok. RM 8.60 sahaja.

Meja yang penuh dengan makanan. Nafsu nafsu. Hehehe.

Terubat rindu setelah jumpa tolu-tolu nih. Sebulan tak jumpa, macam-macam cerita yang keluar (ye la dalam kelas kerja gosip ja) dan masing-masing bercerita pasal sekolah + kerenah murid. Sambil makan tu juga, sempat juga bincang pasal aktiviti untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Kebetulan keesokan harinya aku, Norin, Fini dengan Farin akan diobserve. Gigih kan?. :)

p/s: tolu-tolu, cheq sayang hangpa naa. touching dak? :)

2 comments:

zakiranSiraj said...

tolu tu apa pulak? beh gila nasi tu.

Cieut Nizar said...

zakiran:

tolu tu nama kelas. Tolu KS 2. hahaha