Saturday, August 27, 2011

Pemantauan Praktikum Cemerlang

Alhamdulillah untuk praktikum kali ni, aku dapat cemerlang yakni markah yang diperolehi 90 ke atas. Lepas En Zahari observe aku, dia cakap dia nak promote aku dengan Norin untuk praktikum cemerlang.

Masa dengar tu terkejut juga sebab layak ka nak dapat praktikum cemerlang ni. Tapi tak pa juga sebab baru rasa berbaloi dengan segala penat lelah, kerah keringat dan masa untuk praktikum ni. So, last week ni Encik Zahari suruh prepare sebab bila-bila masa saja Pensyarah Unit Praktikum or Ketua Jabatan akan datang buat pemantauan. (padahal memang tiap-tiap hari aku kena prepare sebab encik mai observe pun bukan nak bagitau awal-awal tup tup muncul kat kelas)

Encik Adnan tengah check buku RPH aku dan soal siasat Nor.


yang ni check Portfolio Praktikum lak. 

Tunggu punya tunggu akhirnya kelmarin (Khamis) Encik Adnan, Ketua Jabatan Sains Sosial datang laksana pemantauan. Time tu aku dok kalut gunting penanda buku tu. Terkejut juga la. Encik Adnan tengok buku RPH, Portfolio Praktikum, Jurnal Mingguan dan macam-macam soalan yang ditanya dan syukur Alhamdulillah, dia puas hati dengan semua yang kami buat. :)

p/s: sebab tu aku sayang sangat kat murid-murid SKSD ni. (3G, 4B, 4T, 5B, 5T)

p/s: hopefully boleh kekalkan untuk sem depan. insyaAllah. Amin.

Friday, August 26, 2011

5 Bestari SKSD 2011


Aku ajar KT untuk kelas ni. Walaupun depa banyak cakap tapi keja still jalan dan depa faham time aku bagi penerangan. Mula-mula masuk memang risau macam mana kalau lecturer mai observe aku time kelas nih. Mesti teruk. Tapi lama-lama mengajar, depa ni takda la susah sangat nak kawal, cuma mulut ja hingaq sikit.



Last mengajar nih, sebelum keluar aku cakap 'cikgu minta maaf kalau cikgu ada buat salah silap sepanjang mengajar kamu selama dua bulan nih'.

Depa balas 'takkk. ckgu tak salah, kami yang bermasalah.' Tersentuh hati aku bila dengar depa cakap macam tu. Better stop it sebelum cikgu mengalir air mata. Bukan tak tau, Cikgu Nizar ni memang ting tong sikit. Hehehe.



p/s: aku percaya bahawa setiap murid ada potensinya yang tersendiri cuma ada ketikanya depa malu, depa tak yakin dengan diri sendiri dan di situlah peranan guru untuk mengcungkil potensi setiap murid tu dan seteruk mana pun murid tu, masih ada cara untuk membentuk/mengubahnya cuma kena ada pendekatan yang betul. 

Tuesday, August 16, 2011

Teka Silang Kata


**UPDATE: Tak sangka ramai pula visitor untuk keyword TEKA SILANG KATA BULAN KEMERDEKAAN. Ok, mesti cari soalan silang kata kan? 

Kalau nak silang kata ni, boleh emailkan ke:

aceriolima at yahoo dot com
at: [@]
dot: [.]



Hari ini kelas ditangguhkan, best tak mengajar. Relax sikit tapi tak la relax goyang kaki sangat sebab aku kena handle Teka Silang Kata untuk Bulan Kemerdekaan.

Minggu lepas lagi aku dah siap buat soalan tu, cuma minggu ni baru laksanakan untuk Tahun 4 dan Tahun 5. Soalan light-light ja, tak susah sangat pun. Bagi kita orang dewasa ni, tengok soalan ja terus boleh jawab. Tapi untuk budak-budak, susah jugak rasanya. Penat la tadi nak bagi hint. Mula-mula depa minta perkataan yang paling awal then minta perkataan paling akhir thennnn minta lagi perkataan yang tengah-tengah. Ehhh ni nak CIKGU jawab semua ka? MANA BOLEH!!! (Acewah bunyi macam cikgu yang TEGAS sangat)

Mana boleh, mana boleh pun tetap bagitau jugak. Hehe. Tak boleh tengok depa tu dok buat muka kesian. So kelas 4 Bestari(kelas no 4/6) tu, sorang ja yang betul semua. At least ada juga sorang wakil kelas! :)

Ok, today nak buka puasa di Puncak Mutiara Cafe dengan cikgu-cikgu SKSD. Until then, selamat berbuka!!! :)


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, August 7, 2011

Buka Puasa with Tolu!

Farin dengan Nana ada mesej beberapa hari sebelum kami berbuka nih untuk ajak berbuka ramai-ramai. Aku cakap aku always ON, just inform bila, masanya dan di mana. Tapi dalam hati takut juga kalau depa nak berbuka hari weekend, macam mana nak balik rumah berbuka dengan family. Hehe.

Then petang Khamis tu, Farin call cakap nak berbuka bersama-sama hari nih dan minta aku cadangkan tempat. Dalam ke-blur-an baru bangun tido petang tu, aku terfikir berbuka di Kapitan Bandar Perda, boleh makan Beriyani Ayam Claypot. Inform kat tolu-tolu tu then semua setuju! ;)

Sesampai di Kapitan dalam pukul 7 petang kot then kami order dan reserve tempat. Lepas tu sempat nih nak pi jalan-jalan kat Bazar Ramadhan Bandar Perda. Pi la pusing-pusing habiskan duit lagi. So alang-alang ada di Masjid Perda tu, kami bercadang untuk solat maghrib dulu sebab nanti senang nak cerita panjang dekat Kapitan. Tak payah nak makan kalut-kalut.

Sedap sangat. Wajib makan ni ok. RM 8.60 sahaja.

Meja yang penuh dengan makanan. Nafsu nafsu. Hehehe.

Terubat rindu setelah jumpa tolu-tolu nih. Sebulan tak jumpa, macam-macam cerita yang keluar (ye la dalam kelas kerja gosip ja) dan masing-masing bercerita pasal sekolah + kerenah murid. Sambil makan tu juga, sempat juga bincang pasal aktiviti untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Kebetulan keesokan harinya aku, Norin, Fini dengan Farin akan diobserve. Gigih kan?. :)

p/s: tolu-tolu, cheq sayang hangpa naa. touching dak? :)