Saturday, July 16, 2011

Seronoknya Mengajar!

Alhamdulillah, dah masuk minggu kedua aku berpraktikum di SK Sungai Dua. So far semuanya masih berjalan dengan lancar. RPH buat tiap-tiap hari, ABM dan lembaran kerja juga. Thats why blog ni sunyi sepi ja. Kat rumah sewa dah pasang Streamyx, tapi tak pernah update blog guna internet kat rumah sewa tuh.

Memang tak sempat. Rutin weekdays sekarang, balik sekolah dalam 3.00 petang sampai rumah, itu pun kalau tak singgah mana-mana, kalau hari Rabu confirm sampai rumah dalam pukul 5 petang gitu sebab ada ko-kurikulum. Balik sekolah ja kena tidur petang dulu, sebab kalau tak tidur, malam tu pukul 10 lebih dah mengantuk sangat-sangat. So, bangun tidur petang tu dalam pukul 6 petang, solat semua then dah mula buka buku teks, buku rujukan sebab nak rancang esok nak mengajar apa then nak rancang objektif pembelajaran, aktiviti dan lembaran kerja segala.

Malam pula, lepas dinner terus mula buka buku rekod mengajar dan tulis RPH. Lepas tulis RPH buat pula lembaran kerja. Pastu baru zzzz. Nampak macam mudah tapi tidur pukul 2 pagi jugak la. Bangun semula pukul 6.15 pagi.Sesampai di sekolah, cari koperasi untuk photostat lembaran kerja. Lepas tu mula buat alat bantu mengajar dan sebelum masuk kelas, kena prepare atur ABM, lembaran kerja semua takut sat lagi kelam kabut.

Memang rasa penat sangattttt tapi bila masuk saja kelas, tengok muka student dan mula saja sesi p&p dan mendapat respons murid, terus hilang rasa penat lelah gigih pulun semua tu. Bertambah seronok kalau tengok murid macam seronok+enjoy buat aktiviti yang kita sediakan tuh. Rasa berbaloi dengan penat lelah kita berjaga sampai pukul 2-3 pagi tu.

Tapi kalau murid pun bagi respons yang hadoooo then aktiviti pun nak tak nak buat ja, WAJIB MELAHA murid-murid tu! 'Hangpa tau dak aku bersengkang mata 2 3 pagi dok buat ABM, aktiviti kat hangpa, hangpa buat macam ni kat aku? Hangpa ingat hangpa sapa???'. Tudiaaaa cikgu mula ting tong. Hahaha. Sebenarnya murid tak salah, mungkin pendekatan yang kita gunakan tu yang salah. TAPI kan nasib baik murid-murid yang aku ajar semua baik-baik belaka. :) :) :)

Bawah ni aku upload video murid-murid aku buat lakonan adab perbualan telefon. Aku dengan gigih sekali bawa telefon rumah then bagi handfon Nokia Chokia kat murid-murid agar lakonan depa tu nampak lebih real. Ada yang request nak guna BB, hello jatuh BB aku sapa nak ganti???? **matilaa cikgu berlagak diva! LOL.

Take a look.




No comments: