Monday, July 4, 2011

Hiking Bukit Bendera.

Aku hiking Bukit Bendera nih sebenarnya untuk teman Dik Wan Begau training. Dia nak hiking Gunung Kinabalu kaedahnya. Dia selamat pun hiking Gunung Kinabalu tu, baru la aku nak buat entry nih. Haha. Mood blogging ke laut. Tiba-tiba semangat balik sebab Nuffnang!! Rupanya aku dapat campaign untuk Buffered Earning and Metered Earning. Cerita panjang pun hang tau ka? *sambil angkat kening*


Nak bagi 20 sen kat aku tak? OK klik sini naaaa!!! Plzzzzz. ;)

Matilaa mata duitan sangat kan. Nak dapat duit barulah gigih nak update. By the way, thanks a lot kat hangpa yang selalu singgah sini walaupun entry blog ni entah apa-apa ja kan. Huhu. Like I care? This is my blog, suka hati lah aku nak tulis apa. Hang tak mau baca sila klik [X] kat atas tu. Aku tak pernah nak paksa.Terima kasih!!! **tudiaa tetiba emo. Dasar blogger propa betoi. Suka hati ja kan mula-mula ucap terima kasih tetiba nak emo lak marah orang suruh klik pangkah tu!!! *matilaaa matilaa matilaaa. Hahahahaha.

Back to our main topic. *fuhh lega rasanya boleh laha orang*

tudiaa nak naik tu pun dah tak mampu nihhh.

Yaaaa ampunnn penat gila hiking Bukit Bendera ni. Cukup la hiking sekali saja untuk seumur hidup ni. Disebabkan ada kawan-kawan yang supportive ja aku teruskan jua untuk sampai ke puncak, kalau tidak, memang aku bergolek sorang-sorang turun bawah balik.

Letih sebab Bukit Bendera ni tak dak jalan yang rata, semua macam bukit ja. So kita kena panjat panjat dan panjat non stop!!! Kalau ada tanah landai sikit ok la, at least kita boleh jalan kan. Tak da penat sangat. Memang hari tu aku surrender sangat, nasib baik Own, Dik Wan dengan Hasman dok pujuk. Hehehe.

masa rehat nih boleh pula sembang rancak! hehe

Bayangkan, mendaki 10 minit rehat 20 minit. Depa dok melaha aku, pukul berapa nak sampai puncak. Hahaha. Hangpa naik la puncak, aku nak patah balik *muka confident*. Baru setengah perjalanan, air 100 plus dah habis satu botol. 

hujan oh hujan

muka ceria ja lepas main hujan :)

Tapi nasib kami baik sangat-sangat, sampai ja kat puncak tu, hujan mula turun. Semua basah kuyup. Pengalaman yang indah sangat! Bayangkan sejuk kat atas bukit tu, tetiba hujan pula maka bertambah-tambah sejuk. Ahhhhh *feeling ya amats nihhh* Dan bila hujan, hilang rasa letih. Rasaaa macam boleh turun naik turun naik Bukit Bendera berulang kali. *perumpamaan tak ingat*. Besttttttttttt!!!!!

bersemangat ja nak turun balik. tak sabar nak sampai bawah.

So, bila bersemangat macam tu, masa turun Bukit Bendera tu tak dengar sangat sumpah seranah aku sebab dah tak letih dahhhh. Masa nak naik tu tok sah cakap la, macam-macam aku dok meroyan. Keh keh keh. Own, Dikwan dengan Hasman mesti naik meluat punyalah. Hahaha. 

yeayyyy! selamat sampai bawah juga akhirnya ;) :) :)

buka ja kasut terus pi cari makanan. lapaqqqqq!!!

So kalau nak hiking, aku prefer hiking kat Teluk Bahang lagi sebab kat sana banyak kawasan landai, so just fun and relax ja berbanding dengan hiking Bukit Bendera nih. Tapi sapa-sapa yang memang kental, tegar dan kekar, boleh ja hiking Bukit Bendera ni. Alaaa, aku boleh, hangpa pun mesti lagi boleh kannnn. Chillll.... :)

p/s: Hey Churpchurp Race is back. CLICK HERE for more info. HERE HERE HERE!!!

2 comments:

Haniff said...

meriah diva naik gunung..

Lini Aziz said...

boleh tanya...
kalau nak hiking sini..
ikut trek dr mn ni...
thanks