Sunday, April 24, 2011

Rumah Sewa

Lagi satu kejutan lepas dari praktikum! Macam kejutan AF je kan. Haa sebelum tu, aku terbaca pasal AF 9 ni katanya macam-macam kejutan. Orang tu terkeluar, orang ini diserap masuk dan dengar cerita juga semua pelajar macam hado ja nyanyiannya. Betul ka? Aku tak amik port pasal AF ni, pasal Mentor pun tau lite-lite ja. :)

Abaikan pasal AF 9 yang langsung tidak memberi impak ke atas kehidupan aku. Kejutan yang aku terima tu actually pihak maktab minta semua sem 5 (batch aku) untuk keluar dari asrama tak kira lelaki ataupun perempuan. Semua kena keluar sebab hostel dah tak cukup untuk menampung student terutamanya bulan 6 nanti ada intake baru. Sob sob.

Terpaksa la aku dengan bestfriends aku mencari tempat untuk berteduh selama setahun setengah lagi. Kami cari rumah ni pun last minute ja sebab malas sangat nak stay luar, mesti duit cepat habis lagi nanti. Kononnya nak buat rayuan untuk stay hostel lagi, fikir punya fikir, tak pa lah better duk luar ja takut sem-sem seterusnya akan diminta keluar juga.

Cari punya cari jumpa lah sebuah rumah ni. Not bad jugak. 

Ruang Tamu

Bilik. Ada 2 bilik.

Ruang Dapur

Bilik Air

Dah setuju untuk menyewa rumah nih dengan bayaran RM 230 sebulan. Cuma permulaan nak masuk rumah sewa nih mesti guna banyak duit. Nak beli mesin basuh, tikar getah, peti ais, dapur. Huhu. Duit oh duit!! Kami bernasib baik juga la sebab even last minute cari rumah sewa tapi still dapat yang dekat dengan maktab. Alhamdulillah. Lepas dok rumah sewa nanti tak mau makan luar dah, nak masak tiap-tiap hari. Jimat sikit kan?

Thanks for reading.

1 comment:

Nur Syahida said...

xpela..cari pglman cewah..hii