Saturday, April 2, 2011

Penyeliaan Praktikum.

Pengalaman Praktikum Fasa 1

Minggu 2

Penyeliaan Pensyarah.

Pensyarah aku dah mai observe, menilai cara aku mengajar. Mula-mula memang nervous gila. Dalam 10 minit pertama tu macam nak tercabut jantung tambah-tambah tengok muka lecturer kat belakang tu. Muka serius. Tapi dalam 15 minit mengajar, murid-murid pun bagi respons yang baik, terus nervous tu HILANG! terus rasa enjoy ja nak mengajar.

Betul. Lepas ja 15 minit pertama tu, terus aku rasa yakin. Dah tak tengok muka lecturer kat belakang kelas tu. Mata aku just fokus kat murid-murid ja. Kononnya dalam hati, "this is my class, i can do whatever i want to do." Bila dah enjoy mengajar, aku rasa selesa ja sampai habis sesi pengajaran dan pembelajaran tu.

Lepas habis mengajar, terus tanya lecturer, macam mana pengajaran saya? Katanya, secara keseluruhannya baik tapi ada beberapa perkara lagi yang perlu diberi perhatian. Kawalan kelas perlu ditingkatkan lagi dan bla bla bla. Alhamdulillah dan insyaAllah kelemahan tu akan aku perbaiki lagi.


Penyeliaan Guru Pembimbing.

Awal pagi tadi, dalam 7.40 pagi cikgu pembimbing mai jumpa aku kat library. Dia cakap dia nak observe aku masa kelas aku pukul 11 pagi. Hari ini first time aku masuk kelas tu. Takut jugak sebab aku tak tau lagi perangai murid-murid tu macam mana. Tapi takkan la aku nak cakap "hmm cikgu tak payah observe lagi la".. So, just be profesional gituh! Hehehe.

Masuk kelas ja tadi aku terus berkenalan dulu at least aku tau or ingat la nama seorang dua. Senang nak panggil jawab soalan. Masa cikgu pembimbing observe kali ni aku tak nervous sangat, mungkin sebab pengalaman kena observe dari lecturer tu dah bagi keyakinan kat aku. Nasib baik murid-murid bagi respons dan kerjasama yang baik. Tapi kena tempik kuat-kuat jugak la bagi murid-murid tu takut sikit. Hehehe.

Keseluruhannya, baik juga. Alhamdulillah. Syukur. Syukur. Syukur.

So, cuti nih kena rancang aktiviti yang menarik lagi, bagi murid-murid enjoy dan bila lecturer or guru pembimbing nak menyelia pun tak ada masalah. You can observe me at anytime. **gitu matilaaa riak!! Hehehe.

 

3 comments:

Kak Mariah said...

Meletup dik...cntik baju mcm cowok dr bali dh(bley???)bkn cntk pngalaman kann..
lama akak x dtg mlawat blog diknun nih almaklum bz sggh n manjakan diri pn ssh...
mcm tu jgak la akak rs dik dolu2 gentar di jiwa smpi nek mroyan ahaks
dik strike & pose btol2 dpn lecturer die bkan nk tgk inti sgt pn yg dik ckp tp konfiden dan kelancaran dlm mngajar (yg x nyimpang la) je...
neway good luck to u diknun rs2 blog dinun kurang update tp ttap mnarik entry2 sblm nih...NAK LAGI NAK LAGI (mcm iklan pepsi siti 90an "ask for more" gtew) hahahahaaa
gud luck diknun.........

Cieut Nizar said...

kak mariah:

ya ampun rindunyaaaaa! thanks kak sudi singgah sini. luv u luv u luv u. gtuuuu.

aisyah ahmad said...

Alamak..tatotnye la bile dgr or tgk org kene observe..

AA akan di observe awl tahun depan..takutnye..dah rase sekarang..huhu