Sunday, February 13, 2011

Taare Zameen Par

Tajuk yang tiada kaitan dengan Geng Par. Taare Zameen Par nih tajuk filem hindustan. Kalau tak salah semester lepas Puan Nagamah (my beloved lecturer) ada suruh aku download filem nih. Tapi tak berkesempatan dan akhirnya terlupa dah tajuk filem nih. Yang aku ingat hanya PAR ja sebab ada hubungkait dengan hidup aku. :)


But lucky me, tengah hari tadi aku mengadap tengok TV 2 dan rupa-rupanya filem nih yang ditayangkan. Terus layan filem nih sampai naik credit nama-nama pelakon pengarah penerbit segala means hingga tamat lah. Best. So inspiring terutama untuk bakal guru.

Part inspiringnya dalam filem nih sebab murid nih menghidapi disleksia (salah satu gangguan pembelajaran), dia susah nak fokus kat pengajaran cikgu, dia tak boleh membaca, mengira menyebabkan cikgu-cikgu selalu marah, keji, maki dan kawan-kawan pula selalu gelakkan dia sehingga pada satu tahap yang memberi tekanan kepada dia. Tekanan yang dahsyat sehingga dia ni macam malas nak mengikuti pembelajaran, nak keluar dari asrama and so on. (part nih aku sedih.. sensitif) Tapi dia ada bakat yang besar yang tidak diterokai oleh guru.

Nasib baik guru sandaran baru masuk ke sekolah tu (Aamir Khan). Aamir Khan yang banyak membantu murid nih dalam segenap aspek. Aamir nih kreatif. Dia ajar murid nih melalui seni. Tulis nombor, mengeja A B C semua melalui seni. Bermula dari situ, murid nih yang tak tahu apa-apa dah boleh baca, mengira dsb dan dari tak tau apa-apa shingga boleh dapat keputusan cemerlang. Murid nih juga berbakat dalam seni, lukisan dia cantik ya amats!

Aku berharap sangat dan berazam (lepas tengok filem nih) aku nak jadi cikgu macam Aamir Khan dalam filem nih. Kena kreatif dan bantu selagi termampu dan terdaya pada anak-anak murid yang memerlukan. Itulah, jadi cikgu nih bukan mudah. Kena lakukan banyak pengorbanan. DAN aku tak mau jadi cikgu-cikgu lain dalam filem nih yang selalu marah-marah dan senang jump into conclusion tanpa mngetahui masalah murid. InsyaAllah. Mudah-mudahan. :)

p/s: Bakal-bakal guru boleh la tengok filem ni naa. Cepat download or cari cd original. :)

im not a teacher, im an educator.

No comments: