Sunday, February 20, 2011

Keluarga Besar Tolu.

Alhamdulillah, nak masuk 4 tahun bersama 'keluarga' nih. Macam-macam benda dah lalui, susah senang bersama, gurau senda, usik mengusik memang menjadi aktiviti sehari-hari. Even kalau dalam kelas, macam-macam merapunya. Kalau dapat tagline baru ja mesti akan kecoh dalam kelas. Latest asyik guna 'sabo je la' dan 'kita bako' selepas tolu-tolu nih tengok Hantu Kak Kimah. (opss matilaaaa)

Even lecturer yang masuk mengajar pun terikut-ikut kekadang tu. Nak tergelak pun ado. Yang penting tolu-tolu nih tak pernah nak hipokrit. Ada lecturer ka tak dak lecturer ka sama ja. Dok meriah macam tu lah! Hahaha. Tapi, bila kami perlu jadi serius dan profesional, kami juga mampu jadi sedemikian. Tak lah dok meriah macam tak dak hala tuju kan? **angkat bakul sendiri nih!!

Tak pa lah, apa pun yang jadi, hopefully kita meriah macam biasa. Kita gunakan sisa baki masa yang ada nih untuk mengeratkan ukhuwah dan persaudaraan kita nih. Tinggal lagi setahun setengah ja. Nanti bila dah posting nanti, mesti kita rindu merindu kan?? **tetiba over! Huhuhu. Sob sob. T_T





p/s: sebenarnya motif publish entry nih nak letak gambar-gambar tolu ja. tapi takkan nak letak gambar semata-mata kan? :)

Sunday, February 13, 2011

Taare Zameen Par

Tajuk yang tiada kaitan dengan Geng Par. Taare Zameen Par nih tajuk filem hindustan. Kalau tak salah semester lepas Puan Nagamah (my beloved lecturer) ada suruh aku download filem nih. Tapi tak berkesempatan dan akhirnya terlupa dah tajuk filem nih. Yang aku ingat hanya PAR ja sebab ada hubungkait dengan hidup aku. :)


But lucky me, tengah hari tadi aku mengadap tengok TV 2 dan rupa-rupanya filem nih yang ditayangkan. Terus layan filem nih sampai naik credit nama-nama pelakon pengarah penerbit segala means hingga tamat lah. Best. So inspiring terutama untuk bakal guru.

Part inspiringnya dalam filem nih sebab murid nih menghidapi disleksia (salah satu gangguan pembelajaran), dia susah nak fokus kat pengajaran cikgu, dia tak boleh membaca, mengira menyebabkan cikgu-cikgu selalu marah, keji, maki dan kawan-kawan pula selalu gelakkan dia sehingga pada satu tahap yang memberi tekanan kepada dia. Tekanan yang dahsyat sehingga dia ni macam malas nak mengikuti pembelajaran, nak keluar dari asrama and so on. (part nih aku sedih.. sensitif) Tapi dia ada bakat yang besar yang tidak diterokai oleh guru.

Nasib baik guru sandaran baru masuk ke sekolah tu (Aamir Khan). Aamir Khan yang banyak membantu murid nih dalam segenap aspek. Aamir nih kreatif. Dia ajar murid nih melalui seni. Tulis nombor, mengeja A B C semua melalui seni. Bermula dari situ, murid nih yang tak tahu apa-apa dah boleh baca, mengira dsb dan dari tak tau apa-apa shingga boleh dapat keputusan cemerlang. Murid nih juga berbakat dalam seni, lukisan dia cantik ya amats!

Aku berharap sangat dan berazam (lepas tengok filem nih) aku nak jadi cikgu macam Aamir Khan dalam filem nih. Kena kreatif dan bantu selagi termampu dan terdaya pada anak-anak murid yang memerlukan. Itulah, jadi cikgu nih bukan mudah. Kena lakukan banyak pengorbanan. DAN aku tak mau jadi cikgu-cikgu lain dalam filem nih yang selalu marah-marah dan senang jump into conclusion tanpa mngetahui masalah murid. InsyaAllah. Mudah-mudahan. :)

p/s: Bakal-bakal guru boleh la tengok filem ni naa. Cepat download or cari cd original. :)

im not a teacher, im an educator.