Tuesday, January 11, 2011

Belajar untuk menghargai.

Sedar atau tidak kekadang kita nih lebih suka mengkritik dari menghargai. Mulut kita lebih mudah untuk mengeluarkan kata-kata berunsur negatif dengan mengkritik diibaratkan seperti kita yang lebih mahir, lebih pakar, lebih mengetahui sedangkan.... kita hanya pandai BERCAKAP dari melakukan.

Kita boleh mengkritik benda ini tak cantik, benda itu tak kena, dia tu tak pandai dan macam-macam lagi lah. Kita bercakap seolah-olah orang yang buat sesuatu yang kita kritik itu tidak mempunyai perasaan. Kekadang kita cakap main lepas saja tanpa fikir kesan dan akibatnya.

 Hargailah apa yang orang lain sudah lakukan terutama benda/perkara yang dibuat oleh orang itu untuk kegunaan kita kelak. Lebih-lebih lagi sekiranya orang yang buat benda/perkara itu secara percuma dan jelas terpancar keikhlasannya. 

Ringankanlah mulut untuk ucapkan kalimah terima kasih walaupun benda/perkara itu tidak seperti yang kita harapkan. Sekurang-kurangnya orang itu akan rasa pengorbanannya dalam melaksanakan benda/perkara itu berbaloi dan penat lelahnya selama ini terbayar walau dengan hanya ucapan terima kasih. 

Kalau pun nak mengkritik ada caranya. Gunalah pendekatan yang lebih bertimbang rasa dan bukannya  dengan cara mengutuk di belakang. Bersua/ bertemu empat mata dan bincanglah apa yang hendak dikritikkan.

p/s: your members are your organization and should not be taken for granted, and a little thank you will do a whole lot of good.

No comments: