Wednesday, January 26, 2011

Sekolah Praktikum

Heh. Mari dekat. Mari dekat.

Tadi ada macam-macam drama. LOL. 

Cerekarama, Sinetron, Lestary, Zehra, Lagenda dan macam-macam lah. Semua dah capai kata sepakat nak tonton drama mana dan mudahan semua happy. Tak gitu?

Tak pa. Abaikan saja drama tak perlu itu sebab ada benda lain yang lebih penting.

Makanya,


SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG TOK BEDUR, Tasek Gelugor
SEKOLAH KEBANGSAAN LAHAR YOOI
(yeay yeay huggy wiggy...hehehe)

telah menjadi pilihan aku untuk menjalani praktikum di sana selama sebulan.
Bermula 21 Mac 2011.

Will continue later.... nak sambung berdrama. sob sob. T_T

Wednesday, January 12, 2011

Pesta Bunga Pulau Pinang

Pokok Bonsai

Pokok Orkid

Tu diaa. Mat bunga sangat nih tak da keja punya pasal sampai sudah dewasa gini tetap nak melawat pesta bunga. Kalau ada pun dewasa/muda remaja bukanlah orang perseorangan sebaliknya datang dengan keluarga. Kalau ada pun muda remaja mesti minat fotografi untuk asah bakat tangkap gambar.

Sama lah macam aku. Haish kalau setakat nak pi betul-betul nak tengok bunga bukan aku lah gamaknya noh! Hehe. Ni aku teman kawan aku nak snap gambar-gambar bunga untuk penuhkan portfolio dia sebagai jurugambar amatur. 

Tapi gambar bunganya sikit, gambar aku dan kawan-kawan aku yang banyak. Lihatlah.... (ayat apa nihh)


terpaksa layan kerenah mereka yang ingin kembali ke zaman kanak-kanak dengan menaiki kereta api 5km/j. Hehehe. :)


Selesai di pesta bunga jom kita bergambar di Queensbay pula. Ada Sua Rasa Celcom Blue kat sini tapi bosan ya amat. Tak da apa pun. Huhuhu.





DALAM HATI ADA TAMAN DER!

Tuesday, January 11, 2011

Belajar untuk menghargai.

Sedar atau tidak kekadang kita nih lebih suka mengkritik dari menghargai. Mulut kita lebih mudah untuk mengeluarkan kata-kata berunsur negatif dengan mengkritik diibaratkan seperti kita yang lebih mahir, lebih pakar, lebih mengetahui sedangkan.... kita hanya pandai BERCAKAP dari melakukan.

Kita boleh mengkritik benda ini tak cantik, benda itu tak kena, dia tu tak pandai dan macam-macam lagi lah. Kita bercakap seolah-olah orang yang buat sesuatu yang kita kritik itu tidak mempunyai perasaan. Kekadang kita cakap main lepas saja tanpa fikir kesan dan akibatnya.

 Hargailah apa yang orang lain sudah lakukan terutama benda/perkara yang dibuat oleh orang itu untuk kegunaan kita kelak. Lebih-lebih lagi sekiranya orang yang buat benda/perkara itu secara percuma dan jelas terpancar keikhlasannya. 

Ringankanlah mulut untuk ucapkan kalimah terima kasih walaupun benda/perkara itu tidak seperti yang kita harapkan. Sekurang-kurangnya orang itu akan rasa pengorbanannya dalam melaksanakan benda/perkara itu berbaloi dan penat lelahnya selama ini terbayar walau dengan hanya ucapan terima kasih. 

Kalau pun nak mengkritik ada caranya. Gunalah pendekatan yang lebih bertimbang rasa dan bukannya  dengan cara mengutuk di belakang. Bersua/ bertemu empat mata dan bincanglah apa yang hendak dikritikkan.

p/s: your members are your organization and should not be taken for granted, and a little thank you will do a whole lot of good.

Monday, January 10, 2011

Berkelah dengan PARs di Sedim!

Inilah aktiviti penutup/terakhir bagi cuti semester lepas. Dari mula cuti hingga ke penghabisannya asyik berjalan sana sini saja. Untuk aktiviti yang terakhir mestilah lebih istimewa sebab dapat berkelah dengan Geng Par. Sapa Geng Par? InsyaAllah siblings aku dunia akhirat. ;)

Dah nak dekat penghabis cuti baru dapat berkumpul dengan depa nih. KBP ada survey camp dan Ngah pula ada pertandingan debat diraja di UTHM. Bila depa selesai, barulah depa balik rumah. Tapi sebelum depa sampai rumah aku dah rancang aktiviti perkelahan nih. Hehe. S.U cemerlang kan?

Kami pi Sedim nih masa seluruh negeri Pulau Pinang nih tak dapat bekalan air selama 12 jam. Tersangat sesuai lah, tak perlu nak habiskan air yang dah simpan siap-siap kat rumah tuh. Sebelum pi juga, agih tugas masing-masing seperti biasa.

KBP: Bihun Goreng.
Ngah: Air botol SAHAJA.
Dikwan: Cucur sayur.
Own: Telur hancur dan sosej goreng.
Aku: Nasi Goreng ISTIMEWA! (tu diaa)

 Orang mai berkelah, depa mai menicah. Ada ke patut?

Orang yang tak reti berenang terpaksa gunakan khidmat pelampung! Hehe.

Cabaran ekstrem! Deras gila arus. Suka. 

Pose untuk KP tersayang yang manis! :)

KP, tengok sejadah kat dashboard Saga Ngah tu! Hehe.

Paling best trip berkelah nih sebab first time naik kereta Proton Saga SE Ngah dan first time juga Ngah drive. Meletop! Hahaha. Cuma sedihnya pula sebab KP tak dapat join sebab kerja di RTM Angkasapuri itu. Huhu. Kalau KP ada mesti bertambah tambah meriah itu!

Lepas beberapa hari balik dari Sedim baru rasa takut, mana tau Sg.Sedim tu kena virus kencing tikus ka. Haha. Sebelum pi bukan nak risau dan masa kat Sedim tu pun langsung tak ingat pasal virus kencing tikus sebab mandi memang tak hengat walaupun airnya sejuk sekali. Hehe.

PARs, u rock!! *tiba!!