Friday, December 10, 2010

Reunion Geng Hostel SMKDOB 02-06

Alhamdulillah jadi juga reunion yang telah diadakan di Long Beach, Batu Feringgi pada Sabtu lepas. Sebelum itu, rancang bagai nak rak, pembahagian makanan, pengangkutan dan tugas masing-masing. Semua orang kena ada komitmen baru boleh berjalan dengan lancar. Kan?

Seawalnya jam 10.30 pagi (tak la awal sangat kan.. hahaha) kami mula berkumpul di rumah Mira Liyana dan bertolak ke Long Beach. Nama tempat nih pun satu, aku main letak ja. Sebelum reunion nih, aku dan kawan-kawan aku ni pi la cari tempat dulu, kena survey tempat mana yang sesuai kat Batu Feringgi tuh. Then kawan aku cadangkan kat satu tempat, pantai yang panjang tu. Balik rumah dan update kat yang lain-lain, OK tempat reunion kita di LONG BEACH. takkan nak tulis ,OK tempat reunion kita ni  kat pantai yang panjang tu. Euww. So secara rasminya pantai tu dapat nama. :))

Kami bergerak 4 buah kereta dan alhamdulillah sampai sana dengan selamat. Sesudah sampai angkut barang dan setup semua lah, tempat BBQ, hampaq tikar, pasang khemah. Selesai, mula bakar ayam, makan-makan dan mandi manda. Hehehe. As usual, jom layan gambar naa. 

baru nak setup arang. aku kat belakang dok tenyeh sardin, buat sandwich.

ayam. (motif nak tulis macam lah hangpa tak tau kan.hiks)

si pembakar ayam. aku feeling-feeling bagi arahan ja. boleh? hehe

oh sila abaikan iklan ubat gigi di depan, tengok yang belakang ok.

owh yummylicious. sedap gila kek cheese che nab diterbangkan dari Australia.

sukan aneka sukaneka. lawan pijak belon. gigih depa nak pijak belon aku kann.

boh air dalam botol secara berkumpulan. kumpulan aku no 2. kuikuikui

lawan tiup belon sampai pecah. kurengg betoi ada tepung dalam belon tuh!

konon-konon pemenang sukaneka. siap ada trofi, medal semua ok! hahaha

inilah kami semua yang janji kawansampaimati. InsyaAllah.

Banyak lagi gambar tapi tak sempat lagi nak pi amek kat jurukamera. Kamera compact Kodak aku tuh buang dalam laut, sangat-sangat tercampak sebab time reunion nih ada 3 kamera DSLR. Hehehe. I wish i can get one. Amin.

Ada souvenir jugak untuk kenang-kenangan.

 Koala comel tu Che Nab bagi from Aussie. :))


p/s: tahun depan boleh buat lagi. this is just a beginning...

p/s: credit to Awan Haikal Photoart & Syafiq Suin Photography for all the photos.

4 comments:

azwa_amani said...

wahhhh..bestnyer...amani punyr reunion besok dna lusa...huhuhu nantikan cerita di dalam entry yg akan dtg huhuhu :)

Cieut Nizar said...

to azwa amani:

hehehe. oraite! :)

M y M y said...

wahhh bestnya ada reunion..tak sabar nak tggu reunion batch 1991 skola rendah dlu hjung bulan nie..harap menjadi la..hehehe..dah brapa tahun tak jumpa..hehe

Cik Gallus Gallus said...

bestnye reunion..
bila la saya nak buat pulak