Tuesday, December 28, 2010

Mee Udang Pulau Sayak

Kan aku dah cakap, dalam setiap cuti sem, Pulau Sayak mesti akan jadi tempat untuk wajib pergi. Actually nama ja Pulau Sayak tapi bukannya berpulau pun. Hanya ada pantai saja. Tapi sebut saja Pulau Sayak mesti orang akan tahu akan mee udangnya! Famous kot.

Haish actually aku tengah goreng nasi nih sat lagi nak pi berkelah dengan Geng Par kat Sungai Sedim. Kebetulan hari ni pula Penang tak da air so tersangat sesuai lah aku pi Sedim tu. Tak payah guna air yang aku simpan siap-siap semalam. Hehehe. So jom layan gambar bercaption noo.

Agak-agak kalau mee udang lambat lagi nak siap, boleh la feeling jalan tepi pantai sambil buka kasut, bagi kaki rasa air masin laut sambil rambut yang panjang mengurai akan berserabut disebabkan angin yang sepoi-sepoi kuat jugak lah anginnya. dan bila dah nampak kak waiter dah hantar mee udang kat meja kita balik semula ke meja dan makan. simple!

meja makan pun mengadap sunset oh kalau kat bali nih kena bayar mahal kat restoren yang sediakan pakej untuk makan+sunset. buat apa nak bayar mahal-mahal kan konon macam romantik la. depa tak tau kat Pulau Sayak nih boleh ja makan sambil tengok sunset, tak kena bayaran tambahan pun. hehehe.

 Alhamdulillah, lepas makan kawan baik aku nih yang berkaca mata panggil kak waiter tu untuk kira semua sekali. oh dia open table. Amy kalau aku tau hang nak belanja aku amek mee udang yang 12 ringgit. hehehe. terima kasih banyak-banyak noo. murah rezeki hang nanti. amin. :)

Mee Udang yang udangnya sembunyi di sebalik mee. Sedapppp!


Sudah sudah. Sambung lain later. Nasiiiiii gorenggggg akuuuuuuuuuuuu. Hmm nasib baik tak hangit lagi. Hehehe. Ok. Jom berpiknik! :) :) :)

tak cukup entry nih? KLIK SINI pasal Pulau Sayak juga.

2 comments:

skieyn said...

ni yg suka blog nizar ni... bertambah lg tempat makan yg nak g.. haha

aleen aiden said...

wooo,lapar dbwatnye!hu3