Friday, December 17, 2010

Kembara Siswa 2010, Pengkalan Hulu

Kembara Siswa 2010
Pengkalan Hulu, Perak Darul Ridzuan
Majlis Perundingan Mahasiswa Pulau Pinang

DAY 1

Seawal jam 8.30 pagi dah bergerak dari rumah untuk ke Masjid Seberang Jaya. Sebabnya kena berkumpul dan bergerak naik bas di sana. Bas mula bergerak setelah bilangan orang mencukupi. Dalam perjalanan, kesemua mahasiswa menonton Jangan Pandang Belakang Congkak 2 yang CDnya telah dicetak rompak. **matilaa aku! Sambil bergelak tawa tak ingat, mahasiswa juga turut menjerit sekali sekala kerana pemandu bas memandu bas secara tak ingat juga mungkin kerana faktor terleka mendengar lawak jenaka dari filem JPBC 2.


 Setibanya di sana terus mendaftar ke Rumah Penginapan yang dianggap chalet. Tidak terlalu mengambil masa yang lama mahasiswa terus ke bilik masing-masing untuk menyimpan barang masing-masing. Saat pintu bilik terbuka, kedengaran "oh not bad juga rumah penginapan nih. memang macam chalet pun" kerana bilik yang disediakan cukup luas, cukup selesa dan mempunyai televisyen. :)

Aktiviti bermula dengan briefing dari Encik Saidin. Hanya penerangan ringkas mengenai kesemua program yang akan dijalankan dan pada masa yang sama mahasiswa memperkenalkan diri masing-masing sebagai tanda sesi taaruf sedang dijalankan. Mahasiswa diuji untuk mengingati nama-nama kawan-kawan lain yang baru memperkenalkan diri tadi. (Pulun la dok tulis kesemua nama atas kertas. Hiks!) Usai sesi penerangan ringkas ini, sesi berkenalan dengan fasilitator pula diadakan. 


Lewat petang, mahasiswa hanya berehat di bilik masing-masing kerana keletihan perjalanan tadi masih bersisa. Pada sebelah malam pula, mahasiswa dibawa ke Chalet Ayer Panas yang ejaan air tu salah (hehe) untuk upacara perasmian serentak dengan koperasi apa entah (maaf lupa sebab tak take note. boleh?) Dalam perjalanan, mahasiswa sangat seronok kerana mereka menaiki bas sekolah yang old tapi power. Betullah cakap orang, makin tua makin bernilai. Selesai sesi perasmian, pulang ke rumah penginapan dan makan-makan di restoren sambil chit chat. Orang muda suka melepak kan.

DAY 2

Mula bangun jam 6.00 pagi untuk solat subuh dan juga sedikit tazkirah yang juga kuliah subuh. Awal-awal pagi sudah keras perut dengan lawak jenaka oleh Encik Sukiman selingan dari tazkirah yang disampaikan. Dalam lawak ada nasihatnya. Dalam jenaka ada iktibarnya. Kalau berupaya menilai yang tersirat dan tersurat, pasti individu itu tidak berlenggang kosong selepas keluar dari surau tersebut. Semuanya bermula dari hati.


Seterusnya sarapan pagi dan senaman pagi diadakan. Membuat regangan dan berlari-lari anak mengelilingi rumah penginapan berjaya membuatkan mahasiswa hampir semput mencari nafas lebih. Selepas itu, bermula aktivit berkumpulan. Yeay best best best! **tetiba. penat lah nak tulis dalam bahasa surat yang tak berapa nak surat sangat nih. Motif tetiba nak berformal bagai. Ok back to normal.

Lepas tuh main Sayang Si Buta. Bayangkan syok tak ingat sangat dok main sampai lupa nak snap pic even camera ada ja dalam poket seluar aku. Ya, itulah namanya main tak ingat! Kena cari kasut yang telah diperdajalkan oleh orang lain dengan meletakkan kasut di merata-rata tempat. Jenuh nak cari. Then, dalam mata yang bertutup kena balik ke bilik masing-masing. Ni lagi la lawak, ada yang terlanggar tiang, langgar kereta, tangga. Tak da cahaya hati kah? **matilahh. Hahaha. Komunikasi itu penting!!


Sebelah petang pula aktiviti berkumpulan. Semuanya menjadi 5 buah kumpulan. Dalam kumpulan masing-masing, kena susun kayu yang diberi membentuk huruf I, L dan T. Ilmu, latihan dan tanggungjawab, am i right? Pulun. Terutamanya huruf T. Susah gila. Ada contoh tapi jauh benor kena berlari segala. Kena berusaha dan gigih! Lewat petang, masa santai. Aku dan geng-geng aku jalan-jalan ke tasik dan sesi photoshoot diadakan serta merta. **tu diaa!!



Sebelah malam pula, aktiviti berkumpulan lagi. Kena buat logo kumpulan, bentangkan dan jawab seberapa banyak berdasarkan soalan dari fasi yang suka letak markah ikut suka hati dia ja, Encik Sharom ya!! Rupanya ada motif mengapa beliau berbuat sedemikian. Saja nak bagi kami bergaduh sesama kami. Dah la masing-masing TAK NAK KALAH!! Tapi tak pa, kumpulan aku jadi juara 2 minit sebelum dicaras oleh kumpulan 3 yang kononnya salah kira markah keseluruhan. Kuikuikui. Lepas tu mula lah kumpulan lain pun nakkk jugak menang. itu ini itu ini. Haish. Akhir sekali, temanya mudah BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH!! Gituu.


DAY 3

Fuhhhh tarik nafas. Penat nak bercerita, menulis, mengingat tapi demi blog yang aku akan baca kembali 10 tahun, 20 tahun akan datang (kalau aku panjang umur) dan menjadi tatapan kawan-kawan aku tatkala aku meninggal dunia kelak, akan aku gagahi juga.

Hari ketiga baru lah mula kembara. Kembara ke mana? Ke Gua Itik dan Gua Gendang!! Walaupun nama tempat tidak segah, seglamour mana, namun pengalaman yang diperolehi mengatasi nama itik dan gendang yang tidak komersial itu. Bukan semua orang boleh meredah hutan. mendaki bukit, meredah arus air sungai, meniarap merangkak dalam gua yang gelap gelita ibarat hang buta melainkan orang itu adalah orang yang mempunyai ketahanan diri yang kuat. Ini tidak, mengaku jantan lebih tapi lembik. Choy! **maaf, emo pulak!

terkilan yer. aku tiada dalam gambar!

Selesai hiking, makan tengah hari buat kali terakhir, balik bilik mandi manda packing barang dan balik. Sob sob. Sedih pula. Sebelum balik, ada penyampaian sijil terlebih dahulu. Masa program di Pulau Jerejak lagi aku suka fail cover sijil tuh. Chantek!! Sempattt. Hehehe. Thennnnnnnnnnnnn balik lah laha nak tunggu apa lagi! Eh sebelum balik sempat singgah di sempadan Thai. kan Pengkalan Hulu nih dekat dengan Betong. So singgah shopping buah dulu then balikkkkkkkk!


Check list:

1. Tempat penginapan. Bestt!!
2. Program, aktiviti dan fasilitator. Tersangat best!!

3.Makanan. Banyak, sedappppp dan pedassss. 5 *****!

4. Kawan-kawan. Awesome!!!

KESELURUHANNYA, MAKA RUGILAH ORANG YANG BERKESEMPATAN UNTUK MENYERTAI PROGRAM KEMBARA SISWA INI TETAPI SENGAJA UNTUK TIDAK MENYERTAINYA DENGAN ALASAN-ALASAN YANG TIDAK KUKUH KERANA bacalah apa yang telah aku tulis kat atas tuh. Penat aku tulis hangpa baca sedikit pun tidak. Setelah baca jangan ambil yang tersurat saja, cuba cari yang tersirat juga. Banyakkan berfikir baru otak tuh tak dungu sangat. Terima kasih!!!

p/s: sepatutnya buat Part 1, Part 2 and Part 3. :))

8 comments:

Anonymous said...

luv it.Go0od job dear..x sia2 u tulis panjang2 mcm nie..i suka jgk bila gmbr ade skali dlm post nie..hehe~
::CiK_BaM::

MiSzy DiaN said...

baca laa semuanya..
hehehe...
bestnya ada aktiviti mcm ni..
tetiba rndu kt kolej..

p/s : skrg tgh praktikal jd 6 bulan tk jejak kaki kt kolej..
huhuhu..

Cieut Nizar said...

to cik bam:

hehehe. thanks darling.

Cieut Nizar said...

to miszy dian:

aha. tetiba rindukan kampus. hehe. owh tgah L.I ek? kat mana ja?

nana said...

best la holiday terisi dgn bnda2 mcm ni..
tp hang ingat ensem la pki bj big dgn global peace tu?huhu

nana said...

best la holiday terisi dgn bnda2 mcm ni..
tp hang ingat ensem la pki bj big dgn global peace tu?huhu

♥cutebabygirl♥ said...

wahhhhhh..
there is my kucai..!!hikhik (^^,)

lolitasinta said...

beast holiday amaiamai ! ;DD hee