Tuesday, December 28, 2010

Mee Udang Pulau Sayak

Kan aku dah cakap, dalam setiap cuti sem, Pulau Sayak mesti akan jadi tempat untuk wajib pergi. Actually nama ja Pulau Sayak tapi bukannya berpulau pun. Hanya ada pantai saja. Tapi sebut saja Pulau Sayak mesti orang akan tahu akan mee udangnya! Famous kot.

Haish actually aku tengah goreng nasi nih sat lagi nak pi berkelah dengan Geng Par kat Sungai Sedim. Kebetulan hari ni pula Penang tak da air so tersangat sesuai lah aku pi Sedim tu. Tak payah guna air yang aku simpan siap-siap semalam. Hehehe. So jom layan gambar bercaption noo.

Agak-agak kalau mee udang lambat lagi nak siap, boleh la feeling jalan tepi pantai sambil buka kasut, bagi kaki rasa air masin laut sambil rambut yang panjang mengurai akan berserabut disebabkan angin yang sepoi-sepoi kuat jugak lah anginnya. dan bila dah nampak kak waiter dah hantar mee udang kat meja kita balik semula ke meja dan makan. simple!

meja makan pun mengadap sunset oh kalau kat bali nih kena bayar mahal kat restoren yang sediakan pakej untuk makan+sunset. buat apa nak bayar mahal-mahal kan konon macam romantik la. depa tak tau kat Pulau Sayak nih boleh ja makan sambil tengok sunset, tak kena bayaran tambahan pun. hehehe.

 Alhamdulillah, lepas makan kawan baik aku nih yang berkaca mata panggil kak waiter tu untuk kira semua sekali. oh dia open table. Amy kalau aku tau hang nak belanja aku amek mee udang yang 12 ringgit. hehehe. terima kasih banyak-banyak noo. murah rezeki hang nanti. amin. :)

Mee Udang yang udangnya sembunyi di sebalik mee. Sedapppp!


Sudah sudah. Sambung lain later. Nasiiiiii gorenggggg akuuuuuuuuuuuu. Hmm nasib baik tak hangit lagi. Hehehe. Ok. Jom berpiknik! :) :) :)

tak cukup entry nih? KLIK SINI pasal Pulau Sayak juga.

Friday, December 17, 2010

Kembara Siswa 2010, Pengkalan Hulu

Kembara Siswa 2010
Pengkalan Hulu, Perak Darul Ridzuan
Majlis Perundingan Mahasiswa Pulau Pinang

DAY 1

Seawal jam 8.30 pagi dah bergerak dari rumah untuk ke Masjid Seberang Jaya. Sebabnya kena berkumpul dan bergerak naik bas di sana. Bas mula bergerak setelah bilangan orang mencukupi. Dalam perjalanan, kesemua mahasiswa menonton Jangan Pandang Belakang Congkak 2 yang CDnya telah dicetak rompak. **matilaa aku! Sambil bergelak tawa tak ingat, mahasiswa juga turut menjerit sekali sekala kerana pemandu bas memandu bas secara tak ingat juga mungkin kerana faktor terleka mendengar lawak jenaka dari filem JPBC 2.


 Setibanya di sana terus mendaftar ke Rumah Penginapan yang dianggap chalet. Tidak terlalu mengambil masa yang lama mahasiswa terus ke bilik masing-masing untuk menyimpan barang masing-masing. Saat pintu bilik terbuka, kedengaran "oh not bad juga rumah penginapan nih. memang macam chalet pun" kerana bilik yang disediakan cukup luas, cukup selesa dan mempunyai televisyen. :)

Aktiviti bermula dengan briefing dari Encik Saidin. Hanya penerangan ringkas mengenai kesemua program yang akan dijalankan dan pada masa yang sama mahasiswa memperkenalkan diri masing-masing sebagai tanda sesi taaruf sedang dijalankan. Mahasiswa diuji untuk mengingati nama-nama kawan-kawan lain yang baru memperkenalkan diri tadi. (Pulun la dok tulis kesemua nama atas kertas. Hiks!) Usai sesi penerangan ringkas ini, sesi berkenalan dengan fasilitator pula diadakan. 


Lewat petang, mahasiswa hanya berehat di bilik masing-masing kerana keletihan perjalanan tadi masih bersisa. Pada sebelah malam pula, mahasiswa dibawa ke Chalet Ayer Panas yang ejaan air tu salah (hehe) untuk upacara perasmian serentak dengan koperasi apa entah (maaf lupa sebab tak take note. boleh?) Dalam perjalanan, mahasiswa sangat seronok kerana mereka menaiki bas sekolah yang old tapi power. Betullah cakap orang, makin tua makin bernilai. Selesai sesi perasmian, pulang ke rumah penginapan dan makan-makan di restoren sambil chit chat. Orang muda suka melepak kan.

DAY 2

Mula bangun jam 6.00 pagi untuk solat subuh dan juga sedikit tazkirah yang juga kuliah subuh. Awal-awal pagi sudah keras perut dengan lawak jenaka oleh Encik Sukiman selingan dari tazkirah yang disampaikan. Dalam lawak ada nasihatnya. Dalam jenaka ada iktibarnya. Kalau berupaya menilai yang tersirat dan tersurat, pasti individu itu tidak berlenggang kosong selepas keluar dari surau tersebut. Semuanya bermula dari hati.


Seterusnya sarapan pagi dan senaman pagi diadakan. Membuat regangan dan berlari-lari anak mengelilingi rumah penginapan berjaya membuatkan mahasiswa hampir semput mencari nafas lebih. Selepas itu, bermula aktivit berkumpulan. Yeay best best best! **tetiba. penat lah nak tulis dalam bahasa surat yang tak berapa nak surat sangat nih. Motif tetiba nak berformal bagai. Ok back to normal.

Lepas tuh main Sayang Si Buta. Bayangkan syok tak ingat sangat dok main sampai lupa nak snap pic even camera ada ja dalam poket seluar aku. Ya, itulah namanya main tak ingat! Kena cari kasut yang telah diperdajalkan oleh orang lain dengan meletakkan kasut di merata-rata tempat. Jenuh nak cari. Then, dalam mata yang bertutup kena balik ke bilik masing-masing. Ni lagi la lawak, ada yang terlanggar tiang, langgar kereta, tangga. Tak da cahaya hati kah? **matilahh. Hahaha. Komunikasi itu penting!!


Sebelah petang pula aktiviti berkumpulan. Semuanya menjadi 5 buah kumpulan. Dalam kumpulan masing-masing, kena susun kayu yang diberi membentuk huruf I, L dan T. Ilmu, latihan dan tanggungjawab, am i right? Pulun. Terutamanya huruf T. Susah gila. Ada contoh tapi jauh benor kena berlari segala. Kena berusaha dan gigih! Lewat petang, masa santai. Aku dan geng-geng aku jalan-jalan ke tasik dan sesi photoshoot diadakan serta merta. **tu diaa!!



Sebelah malam pula, aktiviti berkumpulan lagi. Kena buat logo kumpulan, bentangkan dan jawab seberapa banyak berdasarkan soalan dari fasi yang suka letak markah ikut suka hati dia ja, Encik Sharom ya!! Rupanya ada motif mengapa beliau berbuat sedemikian. Saja nak bagi kami bergaduh sesama kami. Dah la masing-masing TAK NAK KALAH!! Tapi tak pa, kumpulan aku jadi juara 2 minit sebelum dicaras oleh kumpulan 3 yang kononnya salah kira markah keseluruhan. Kuikuikui. Lepas tu mula lah kumpulan lain pun nakkk jugak menang. itu ini itu ini. Haish. Akhir sekali, temanya mudah BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH!! Gituu.


DAY 3

Fuhhhh tarik nafas. Penat nak bercerita, menulis, mengingat tapi demi blog yang aku akan baca kembali 10 tahun, 20 tahun akan datang (kalau aku panjang umur) dan menjadi tatapan kawan-kawan aku tatkala aku meninggal dunia kelak, akan aku gagahi juga.

Hari ketiga baru lah mula kembara. Kembara ke mana? Ke Gua Itik dan Gua Gendang!! Walaupun nama tempat tidak segah, seglamour mana, namun pengalaman yang diperolehi mengatasi nama itik dan gendang yang tidak komersial itu. Bukan semua orang boleh meredah hutan. mendaki bukit, meredah arus air sungai, meniarap merangkak dalam gua yang gelap gelita ibarat hang buta melainkan orang itu adalah orang yang mempunyai ketahanan diri yang kuat. Ini tidak, mengaku jantan lebih tapi lembik. Choy! **maaf, emo pulak!

terkilan yer. aku tiada dalam gambar!

Selesai hiking, makan tengah hari buat kali terakhir, balik bilik mandi manda packing barang dan balik. Sob sob. Sedih pula. Sebelum balik, ada penyampaian sijil terlebih dahulu. Masa program di Pulau Jerejak lagi aku suka fail cover sijil tuh. Chantek!! Sempattt. Hehehe. Thennnnnnnnnnnnn balik lah laha nak tunggu apa lagi! Eh sebelum balik sempat singgah di sempadan Thai. kan Pengkalan Hulu nih dekat dengan Betong. So singgah shopping buah dulu then balikkkkkkkk!


Check list:

1. Tempat penginapan. Bestt!!
2. Program, aktiviti dan fasilitator. Tersangat best!!

3.Makanan. Banyak, sedappppp dan pedassss. 5 *****!

4. Kawan-kawan. Awesome!!!

KESELURUHANNYA, MAKA RUGILAH ORANG YANG BERKESEMPATAN UNTUK MENYERTAI PROGRAM KEMBARA SISWA INI TETAPI SENGAJA UNTUK TIDAK MENYERTAINYA DENGAN ALASAN-ALASAN YANG TIDAK KUKUH KERANA bacalah apa yang telah aku tulis kat atas tuh. Penat aku tulis hangpa baca sedikit pun tidak. Setelah baca jangan ambil yang tersurat saja, cuba cari yang tersirat juga. Banyakkan berfikir baru otak tuh tak dungu sangat. Terima kasih!!!

p/s: sepatutnya buat Part 1, Part 2 and Part 3. :))

Thursday, December 16, 2010

Thai Tom Yum

Kalau ikutkan list favourite makanan aku, tomyam mesti antara top five. Uih kira hebat jugak lah kan tomyam nih. Aku suka gila meroyan kat tomyam nih terutama tomyam thai. Cukup rasa pedas, masam. Bayangkan makan masa tomyam nih panas-panas lagi, terangkat dengan pedasnya, boleh berpeluh macam main sukan.

Teringat tomyam kat Songkla dulu. Mabeles dan meleleh! Masa aku pi Songkla dulu, aku tersilap langkah dengan tidak membeli pes tomyam kat sana. Rasa menyesal pulak. Huhu. Classmates aku terutama yang gegurl angkut sampai 4-5 botol. Masa nih aku tak yakin yang pes tomyam tu sedap. Bila depa balik m'sia dan masak, ternyata memang sedapppp! Maka bertambahlah penyesalan aku! Hik


Isnin lepas, bila berkesempatan ke sempadan Thai (dekat dengan Betong) aku tak ragu-ragu untuk membeli pes tomyam nih. Actually still ragu-ragu sebab tu aku beli botol kecil je. Siap cakap kat akak kedai tu, "akak kalau tak sedap nih saya mai hantar balik walaupun saya dok kat Penang". Kikikikiki.

Semalam/kelmarin, aku masak tomyam guna pes yang aku beli tu (rujuk gambar di atas) dannnnnnnnnnnnn memang sedappppppppppppppppppppppp cuma kalau nak pedassssssssssss lagi tambah cabai melaka naa!! Memang puas meratah tomyam satu periuk besar. Hehehe.

"cukupppp rasa (Khadijah Ibrahim 2010)" Hehehe.


p/s: sesapa yang suka tomyam dan berkesampatan ke sempadan or thai, boleh lah beli pes tu yer. :))

Friday, December 10, 2010

Reunion Geng Hostel SMKDOB 02-06

Alhamdulillah jadi juga reunion yang telah diadakan di Long Beach, Batu Feringgi pada Sabtu lepas. Sebelum itu, rancang bagai nak rak, pembahagian makanan, pengangkutan dan tugas masing-masing. Semua orang kena ada komitmen baru boleh berjalan dengan lancar. Kan?

Seawalnya jam 10.30 pagi (tak la awal sangat kan.. hahaha) kami mula berkumpul di rumah Mira Liyana dan bertolak ke Long Beach. Nama tempat nih pun satu, aku main letak ja. Sebelum reunion nih, aku dan kawan-kawan aku ni pi la cari tempat dulu, kena survey tempat mana yang sesuai kat Batu Feringgi tuh. Then kawan aku cadangkan kat satu tempat, pantai yang panjang tu. Balik rumah dan update kat yang lain-lain, OK tempat reunion kita di LONG BEACH. takkan nak tulis ,OK tempat reunion kita ni  kat pantai yang panjang tu. Euww. So secara rasminya pantai tu dapat nama. :))

Kami bergerak 4 buah kereta dan alhamdulillah sampai sana dengan selamat. Sesudah sampai angkut barang dan setup semua lah, tempat BBQ, hampaq tikar, pasang khemah. Selesai, mula bakar ayam, makan-makan dan mandi manda. Hehehe. As usual, jom layan gambar naa. 

baru nak setup arang. aku kat belakang dok tenyeh sardin, buat sandwich.

ayam. (motif nak tulis macam lah hangpa tak tau kan.hiks)

si pembakar ayam. aku feeling-feeling bagi arahan ja. boleh? hehe

oh sila abaikan iklan ubat gigi di depan, tengok yang belakang ok.

owh yummylicious. sedap gila kek cheese che nab diterbangkan dari Australia.

sukan aneka sukaneka. lawan pijak belon. gigih depa nak pijak belon aku kann.

boh air dalam botol secara berkumpulan. kumpulan aku no 2. kuikuikui

lawan tiup belon sampai pecah. kurengg betoi ada tepung dalam belon tuh!

konon-konon pemenang sukaneka. siap ada trofi, medal semua ok! hahaha

inilah kami semua yang janji kawansampaimati. InsyaAllah.

Banyak lagi gambar tapi tak sempat lagi nak pi amek kat jurukamera. Kamera compact Kodak aku tuh buang dalam laut, sangat-sangat tercampak sebab time reunion nih ada 3 kamera DSLR. Hehehe. I wish i can get one. Amin.

Ada souvenir jugak untuk kenang-kenangan.

 Koala comel tu Che Nab bagi from Aussie. :))


p/s: tahun depan boleh buat lagi. this is just a beginning...

p/s: credit to Awan Haikal Photoart & Syafiq Suin Photography for all the photos.

Wednesday, December 8, 2010

Dinner MPMPP



Jumaat lepas aku ada bagitau pasal Majlis Himpunan Mahasiswa Pulau Pinang kan. Dinner kat Dewan Millenium Kepala Batas tu. Mestilah aku pi takkan la promosi bagai nak rak kan kat blog nih tapi pi nya yang ado? Kena cepat sikit nih. Kena kejar masa nih sebab sat lagi nak keluar date tengok wayang dengan bestie. Rapunzel 3D ke Narnia 3D?

Tengok gambar je lah. 

Mai lewat 30 minit ada hati nak bergambar lagi. Hehehe.
 Banyak lagi kerusi dan meja kosong. Huhuhu.

YB Dato Mansor beramah mesra dengan semua mahasiswa.


Dalam gambar: Ikan siakap, udang galah katanya, ayam masak merah, kuah dalca, acar nanas, nasi hujan panas, air sirap.
Tiada dalam gambar: Bebola ayam, pasembor, satay, nasi himpit kuah kacang dan ais krim cornetto seringgit yer bukan dua ringgit setengah.

Walaupun sedang makan tak ingat, tetap berhenti dulu untuk menghormati orang yang snap gambar. 


Overall, awesome. Makan free je kan bukan kena bayar apa pun. Thanks a lot to MPMPP. ;))

Saturday, December 4, 2010

Mini Reunion Hostel DOB 0206

Rabu lepas (hari nih dah Sabtu kan), ya hampun selalu bersiaran lambat ja kan. Ok sambung balik, Rabu lepas ada mini reunion dengan bestie aku, budak-budak hostel SMKDOB 02-06. Mini reunion sebab this one ala ala pre-reunion, kononnya nak jumpa bincang-bincang je dulu. Esok baru reunion yang betul-betul bukan olok-olok lagi di somewhere in Batu Feringgi.

Even yang nih hanya lah mini tapi kecoh dan meriahnya macam yang ni lah reunion yang betul. Hehehe. Aktivitinya makan-makan dulu, tengok wayang Ngangkung, main boling dan sesi photoshoot di rawat dan rehat Bagan Ajam yang juga dikenali sebagai BOR.

makan-makan time!!

 tu diaahhh. 'ustazah' berposing sakan. hehehe

perosak gambaq. caitt!! hehehe


masing-masing dengan pose tak nak kalah

Actually ni sikit ja sebab yang lain-lain ada yang tengah bekerja, praktikal, sedang menjawab exam. Huhu. Kalau ramai mesti lagi meriah. Nasib baik esok meriahhhhsssss....!! InsyaAllah. Lama tak jumpa dan kumpul macam nih. Masing-masing sibuk. Di kesempatan cuti yang ada nih, jom kita berjumpa dan gosip macam kita dok gosip masa prep dulu-dulu. Masa prep dulu tak boleh rancak gosip sangat, sat lagi ada la warden mai ronda. Huhuhu.

p/s: Batu Feringgi, wait for us......!!!

Friday, December 3, 2010

Majlis Himpunan Mahasiswa Pulau Pinang 2010

Sekali lagi Majlis Perundingan Mahasiswa Pulau Pinang menganjurkan satu aktiviti yang sangat menarik dan berfaedah untuk semua mahasiswa, anak jati Pulau Pinang.

klik untuk tumbesaran


Time: Saturday, December 4 · 7:00 pm - 11:00 pm

Location: Dewan Millenium (Kepala Batas)

More Info: Penyertaan PERCUMA !!!!

Pakaian: Batik / Formal

Pengangkutan: Bas Percuma setiap daerah.

Utk keterangan lanjut sila hubungi: 04-6505342


Harap Hebahkan pada semua rakan-rakan Mahasiswa @ Bekas Mahasiswa P.Pinang di IPTA/IPTS walau di mana jua mereka berada.