Wednesday, October 20, 2010

Kisah dari hati.

Kekadang kalau diturutkan rasa hati, macam-macam benda nak buat. Kekadang juga kalau diikutkan rasa hati, rasa nak putar balik masa. Pelbagai perkara yang ingin aku luahkan di sini tetapi memikirkan di sini terlalu terbuka membuatkan keinginan untuk meluahkan segalanya itu mati. 

 bercakap dengan laut

Kekadang rasa nak tulis dari hati ke hati. Macam selalu aku luahkan segalanya kat sahabat karib/siblings. Tapi bila tulis di sini, nanti orang benci, nanti orang meluat, nanti orang tak suka. Sekali lagi, terbantut. Habis? Apa yang perlu aku buat? Hanya pendamkan segala rasa? Atau luahkan hanya pada mereka yang benar-benar mengenali aku luar dan dalam.

Ya. Aku rasa aku perlu luahkan hanya pada mereka yang benar-benar kenal aku. Maaf blog. Aku tak boleh kongsi di sini walaupun keinginan untuk berkongsi segala sangat tinggi namun.... Aku tak boleh. Biarlah ada batasnya, biarlah ada hadnya.


p/s: kekadang aku tidak menjadi diri sendiri.....

2 comments:

Naz said...

ada cerita ni..anythg wrong?

[z@ck] said...

ala..baru nak tahu luahan isi hati hang.