Monday, September 6, 2010

Berakhirnya Pengalaman Berasaskan Sekolah

Sem ni, semester 4 adalah semester terakhir bagi aku menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang juga dikenali sebagai School Based Experience (SBE) dan juga Rancangan Orientasi Sekolah (ROS). Banyak benar namanya. Program PBS ni hanya selama seminggu saja dan mengikut sekolah yang kita pilih sendiri.

PBS ni dari semester 1 hingga semester 4. Untuk semester 5 hingga semester 7 nanti, sibuk dengan praktikum pula (mengajar). Ramai orang terutama guru-guru di sekolah keliru dengan PBS dan Praktikum. PBS tidak perlu mengajar apa lagi. Hanya datang ke sekolah untuk melakukan pemerhatian, tinjauan dsb. Tetapi ada tugasan juga yang perlu dilaksanakan. Bukan pergi buat pemerhatian/tinjauan gitu ja.

Sem 1: SK Penaga, Pulau Pinang
Sem 2: SK Tampin, Negeri Sembilan
Sem 3: SK Bagan Ajam, Pulau Pinang
Sem 4: SK Penaga Jaya, Pulau Pinang

SELESAI!!!

Tiap kali PBS ni, mesti ada saja ceritanya dan banyak kali aku terkena dengan murid-murid. Pakai dah segak bergaya macam cikgu, depa kata aku ni promoter la, abang bank la. Macam-macam. Antaranya:

"Abang mai nak jual buku ka???"

"Abang, saya nak daftar bank rakyat." 

"Awak ni dari agen insurans ke?"

Ya ampun, cheq lari dulu naaa. Sampai hati noo tanya soalan-soalan maut macam tuh. Harus aku ternganga sambil senyum sipu-sipu dan agak tergamam setelah soalan-soalan itu diajukan. HAHA. Selalunya dengan penuh profesional aku jawab, SAYA GURU PELATIH DARI MAKTAB. Hehehe. Sem ni juga tak boleh lupa masa first day masuk sekolah, kasut aku terkopak. Huhuhu.

 malu cheq habaq hang!! huhu

Budak sebelah Naz tu la YAKIN nak daftar Bank Rakyat kat aku. huhu

Abang bank/kedai buku sibuk promosi tak ingat. Eh eh. 
Cikgu dok main teka-teki dengan murid-murid. Hehe

Murid-murid prasekolah. :)

PBS dalam kenangan. Hehehe. Tutup fail PBS. Sem depan buka fail praktikum pula. Bertambah sibuk la jawabnya. RPH la, ABM la. Huhuhu. Haishh awai-awai dah dok merungut. :(


2 comments:

naz said...

comelnya dak prasekolah tu =)

Cieut Nizar said...

kannn... hehehe :)