Sunday, August 8, 2010

Kajian di Kuala Sepetang

Semalam/kelmarin rasa letih sangat sebab seharian berjalan. Mula-mula aku ke Kuala Sepetang, ada pralawatan ke sana sebelum aku dan rakan-rakan sekelas buat kajian di sana. Pralawatan ni hanya melibatkan AJK Projek Luar Kajian Sosial ni terdiri dari Fadhil selaku Ketua Projek, Farin sebagai Penolong Ketua Projek, Shakila selaku Setiausaha, Nana sebagai Bendahari dan aku sendiri sebagai AJK Aktiviti.

Kami ke sana untuk tetapkan tarikh, bincang mengenai tempat penginapan, kawasan kajian, dan makanan. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan kajian kami ini akan dipermudahkan lagi dengan bantuan dari jabatan ini sendiri. Selepas ini, kami hanya perlu siapkan kertas kerja untuk mendapat kelulusan Pengarah kampus aku nih. 

Selepas sesi perbincangan tu, kami pergi melawat tempat-tempat kajian seperti Kilang Pembuatan Arang, Kota Ngah Ibrahim dan Mee Udang Banjir Mak Teh dan Zoo Taiping. Ok. Mee udang dan Zoo Taiping tu bukan tempat kajian tapi kami yang saja nak pergi jalan-jalan. Seronok tengok gajah! Hehehehe.

Layan gambar dulu nooo...

Ketika berbincang dengan Encik Nazaruddin, salah seorang pegawai hutan di Jabatan Perhutanan Kuala Sepetang dan Mak Su, pemilik tender kantin di sana. Berbincang mengenai ketetapan harga chalet, harga makanan, tempat kajian dan skop kajian kami nanti.

Chalet yang bakal kami tidur. Harga RM 30 untuk semalam. Boleh muat dalam 10-13 orang. Tak ada katil, tilam dsb. Ok la sebab unik tengah-tengah hutan paya bakau. Back to nature kononnya.

Berbincang sesama kami mengenai tarikh kajian, bayaran yang akan dikenakan dan agihan skop kajian.

Tetiba ada Tugu Eko Pelajaran, Kuala Sepetang. Macam mana tu?
Teruja sambil tergamam kot depa nih dok tengok sampai langut macam tu. HAHA

Bincang dan bincang lagi. Belum capai kata sepakat. Bukan apa, kena tanya pendapat rakan-rakan sekelas juga. So, balik kampus then baru decide macam mana. Hiks!

 Habis di Eko Pelajaran tu, kami ke Kilang Pembuatan Arang. Best. Pengalaman baru. :)

Muka masing-masing teruja masuk dalam SAUNA. hehehe

Selesai di Kilang Arang, lapar la pulak. Jom makam mee udang banjir. Udang dia memang banjir sungguh! Heaven!!!! Hehehe

Tengok Nana sayang nak makan udang tuh!!

Kenyang perut suka hati terus kami ke Kota Ngah Ibrahim. Salah satu tempat kajian juga nanti.

Cantik. Macam rumah agam.

Baca dulu sejarah pembinaannya. Hmm cikgu Sejarah la katakan. Huhuhu

Ya ampun, sempat pula main kahwin-kahwin dalam muzium nih. HAHA. Tak kerja cikgu-cikgu nih!

Tugu Eko Pelajaran berubah menjadi Tugu Kota Ngah Ibrahim. Hehehe.

Selesai kesemuanya kami decide untuk pergi ke Night Safari Zoo Taiping. Best!! Tengok binatang malam-malam. Paling seronok sekali tengok gajah la. Entah kenapa la budak-budak kelas aku nih teruja sangat dengan gajah. Hmmm silap hari bulan, gajah nih boleh jadi maskot untuk kelas aku. Ya ampunnnnnn. Hihihi


Secara keseluruhannya, perjalanan ke Kuala Sepetang ni memang best in fact aku pun tak pernah sampai ke sana lagi. Sesiapa lepas nih yang pergi ke Kuala Sepetang jangan lupa untuk singgah makan mee udang. Memang heaven gila kot. Udang besar, segar dan harga pun murah saja. Nanti aku buat special entry pasal mee udang tuh.

Letih aku pun masih bersisa lagi. Ok. Nak tidoq dah. Until then, daaaa. Hehehe