Monday, July 12, 2010

Mee Udang Pulau Sayak

Lama benar tak update blog. Blog terabai seketika kerana sibuk dengan kuliah selain daripada menyesuaikan diri dengan persekitaran dan masa di kampus. Alasan macam baru semalam aku di kampus ni padahal sudah nak masuk 3 tahun di sini.Malam ini ada waktu senggang, curi masa kejap untuk update nih.

udang gred B saja yang aku mampu. tu pun dah besar!

Aku pergi makan mee udang di Pulau Sayak, Kedah Darul Aman ni semasa cuti semester yang lepas. Cuti sem katakan. Memang jalan-jalan cari makan. Kalau boleh semua benda nak buat. Kan? Aku pergi bersama-sama best friends aku, Nazrul dan Shukor. Merempit naik moto saja.

 jangan sesat udah ler...

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit dari rumah aku. Ya ampun, lenguh, kebas punggung cheq atas moto tu. Hehehe. Memandangkan tempat di situ yang best dan mee udang yang udangnya sangat fresh, aku gagahi jua. Jalan ke sini mudah, ikut ja signboard ke Pantai Merdeka.

sebelum sampai sana dah jumpa banyak tempat-tempat yang menarik perhatian

Setibanya di sana, bukan terus ke kedai mee udang tapi kami penuhi portfolio dengan mengambil gambar sebanyak mungkin. Posing tak ingat. Jom layan pic. Penat nak cerita. ;)

ini baru permulaan.

ya, kami bertiga berlatarbelakangkan sunset di Pulau Sayak

insyaAllah, kami kawan sampai mati

hanya aku yang lompat??? hangpa tak lompat sebab hangpa gemok, berat!
aku ja yang kurusss. HAHA

cantik pic nih. Credit to Van Shukor. search kat FB. hiks!

Macam mana? Banyak lagi sebenarnya tapi takkan nak upload semua kat sini kan. Gambar kami melompat pun dah berpuluh. Tu tak kira posing lain lagi. Nasib baik digital camera, kalau la camera macam dulu-dulu, jenuh nak beli kodak dan jenuh nak pi cuci. Hehehe. ;)


Mee udang sini memang terbaik. Udang sangat segar. Sangat worth it sehingga lupa lenguh/kebas-kebas tadi. Pi la cuba. Best best! :)


p/s: amek kau. gian lama tak menulis.