Tuesday, June 8, 2010

Trauma Kemalangan part 2

Haish trauma kemalangan pun nak ada part jugak! Jangan la... minta-minta sampai sini saja kot. Jangan ada PART 3. Takut kalau cerita pasal kemalangan nih. 

 bukan aku yang drive Kancil itu

Siapa yang nak kan bencana macam ni berlaku? Kita sebagai hamba/insan biasa, banyakkan lah berdoa mudahan segala urusan kita dipermudahkan dan dijauhi dari sebarang kecelakaan.

Kalau berlaku juga, anggaplah ianya sebagai satu cubaan atau ujian untuk Allah S.W.T menguji kita sebagai hambanya nih. Redha. InsyaAllah itu yang terbaik.

Baru intro tuh. Bukan apa, lama tak menulis kat sini. Terasa rindu pula. Kan? 


Actually, kemalangan Part 2 nih berlaku seminggu selepas Trauma Kemalangan part 1. Ini yang membuatkan aku lagi trauma nihhh... Cuma kali ni aku bernasib baik sebab aku dalam Bas Rapid dan kenderaan yang langgar Bas Rapid ni pula hanyalah kereta Kancil sahaja. 

Kaedahnya, aku dalam bas tu tak rasa macam kemalangan pun. Hehe. Trauma je yang lebih. Biasalah orang kuat DRAMA!!


Pak cik baju biru tu yang drive Kancil nih. Kami yang dalam bas rapid memang tak rasa apa pun, cuma terkejut je kenapa driver bas tu berhenti dan turun. Motif dok bawa bas tetiba nak turun pula? Driver ni kenapa? Hehehe..Tengok-tengok, berlaku kemalangan rupanya.

Aku pun terus keluar juga nak tengok keadaan. Kepoh + kecoh sangat nih! Dengan beg laptop, kamera lagi. Entah-entah, orang ingat aku ni wartawan nuh! Hahaha.. nasib tak pi buat-buat interview macam mana boleh berlaku kemalangan nih.

Dalam kalut-kalut tuh, pi tanya:


"Pakcik, macam mana boleh langgar bas nih? Bas bukan main besar ni takkan tak nampak kot? Siang-siang hari pula tur"

Harus aku kena maki hamun, silap hari bulan kena sepak terajang. Bukan main laser lagi. Hehehe.. Pakcik, saya larikkk dulu naa!!


Sebenarnya, Kancil ni kena langgar dengan Kontena dulu lepas tu mungkin kereta tuh begerak ke hadapan dan terlanggar pula Bas Rapid nih. Hmmm kalau aku jadi pakcik tu la kan, buka je pintu kereta, terus pura-pura pitam + pengsan nihh!! Ohh, breathe please... mesti lagi drama kan??  Hehehe.. Mesti orang ramai berhenti nak tengok sebab depa ingat ada scene telenovela pula kat tengah jalan nih.. eh ke sinetron!

Hmm kau tak ke pitam tengok dua-dua bukan main besar lagi. Kontena dengan Bas Rapid. Kalau kena apit la, lenyek la Kancil tuh! Huhuhu. Nasib baik la pakcik tu tak jadi apa-apa. Alhamdulillah. Tapi, nampak juga la dia terketar-ketar, shaking gitu.


Terpaksa la aku dan penumpang Bas Rapid kena tahan Rapid lain sebab driver tu kena pi buat report segala. ***Rapiddddd please!!!!!!

Sampai maktab, buka FB, ternampak lak gambar nih, Senior aku upload. Menurutnya, kemalangan ni berlaku di Mengkuang Titi, berdekatan dengan maktab aku nih. Huhuhuhuhu sobs..

TENGOK ELOK-ELOK!! KALAU TAK BERANI, JANGAN TENGOK!!




p/s: berhati-hati semua!! Take care...