Tuesday, May 4, 2010

TIPS TEMUDUGA UNTUK TERPILIH KE IPG

NAK JADI CIKGU???


Rasanya belum terlambat untuk aku buat entry ini khas untuk bagi tips kepada adik-adik lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan ke temuduga bagi menempatkan diri di Institut Pendidikan Guru (IPG).



Aku dapat idea ini masa dalam perjalanan ke Pusat Sumber IPG aku, IPG Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kelihatan adik-adik lepasan SPM ini bersama-sama ibu bapa masing-masing untuk tunggu giliran temuduga. Semua nampak cuak saja kann. Hehehe

Perhimpunan hari Isnin lepas, Pengarah IPG aku cakap, calon lepasan SPM yang apply untuk masuk ke IPG mencecah ratusan ribu! wow.. ramainya yang nak jadi cikgu kan? Alhamdulillah, aku dah lepas.. :)

Jadi, adik-adik lepasan SPM perlu menonjolkan diri anda untuk layak dan memenangi hati penemuduga agar anda terpilih untuk masuk ke IPG. Jom...........


TIPS TEMUDUGA YANG BAIK UNTUK TERPILIH KE INSTITUT PENDIDIKAN GURU

1. Sebelum datang, check fail, susun sijil ikut keutamaan. Ok macam ini, helaian pertama letak surat tawaran temuduga, seterusnya disusuli dengan sijil SPM, surat berhenti sekolah dan lepas itu baru letak sijil-sijil kokurikulum. Sijil-sijil ini perlu diletakkan mengikut ketinggian misalnya peringkat kebangsaan dahulu, then peringkat negeri, peringkat daerah dan akhir sekali peringkat sekolah. Hal ini akan memudahkan penemuduga untuk menilai anda. :)

2. Then, isi borang apa entah (maaf dah lupa) yang memerlukan kita buat karangan untuk menyatakan sebab kita minat dalam bidang profesion perguruan ini. Karang dan buat sehabis baik dan letak sebab-sebab yang relevan mengapa anda ingin menjadi guru kerana penemuduga membaca setiap patah yang anda tulis. Contoh; saya minat bidang perguruan ini kerana minat dari kecil lagi.. hehe.. ye ke?

3. Pakai pakaian yang kemas dan mesti ala-ala cikgu! Nak jadi cikgu kan? Kalau boleh pakai baju kemeja lengan panjang lengkap dengan tali leher (mesti match dengan warna baju), tali pinggang, stokin dan kasut hitam bertutup. Perempuan pula, cukup dengan baju kurung, tudung senada dengan warna baju dan KASUT BERTUTUP!!. Gosok pakaian anda. :) UPDATE: tadi ada pensyarah aku yang merupakan salah seorang penemuduga cakap, ada pelajar yang datang temuduga dengan memakai BAJU T-SHIRT!! Dia cakap confirm pelajar tu tak dapat!!

4. Minta restu ibu bapa dan keluarga sebelum temuduga agar memudahkan perjalanan temuduga anda nanti.

5. Sesi temuduga terbahagi kepada 3 bahagian. Ujian INSAK, Temuduga Individu dan Temuduga Berkumpulan.

6. Bagi ujian INSAK, anda perlu menjawab 100 soalan dalam masa 30 minit. Ujian ini berdasarkan personaliti anda sama ada sesuai atau tidak dengan profesion perguruan ini. Mudah saja soalan Ujian INSAK ini. Tak perlu risau sangat. Jawab dengan santai saja. Lebih kurang macam soalan ujian personaliti. So, cari jawapan yang baik-baik saja. Jangan fikir lama sangat nanti tak sempat jawab semua soalan.

7. Sesi Individu. Anda hanya akan ditanya mengenai latar belakang pendidikan, keluarga dan juga sebab mengapa anda minat bidang keguruan ini. Penemuduga juga akan tanya aktiviti yang anda minat, aktiviti yang telah anda sertai di sekolah dan juga mengenai sijil-sijil yang telah anda perolehi. Relax dan jawab dengan penuh yakin tanpa ragu-ragu walaupun anda berdebar sebenarnya. Kan? Bagi yang mengambil minor Bahasa Inggeris, anda akan turut ditanya soalan dalam bahasa Inggeris dan perlu menjawab dalam Bahasa Inggeris. So be ready!

8. Sesi berkumpulan. Seramai 6 orang (maksimum) akan turut serta dalam sesi ini. Anda akan diberi tajuk (beri perhatian kepada isu-isu semasa yang berlaku dalam negara dan global) Jadi, banyakkan baca surat khabar!! Anda akan diberi masa selama 1 minit untuk bersedia. Seterusnya anda perlu mengutarakan point/hujah anda. Tak kisah point anda itu baik atau tidak. Just cakap dengan berkeyakinan saja. Penemuramah hanya melihat cara anda berkomunikasi. Tidak ada markah isi. Yakin, yakin, dan yakin serta cakap banyak-banyak ok!! Pastikan anda paling menyerlah dalam kumpulan tersebut!! InsyaAllah, pasti anda berjaya!!



p/s: Good luck then!!! Selamat datang ke bidang perguruan. :))

p/s: penemuduga selalu juga tanya mengenai SEKOLAH WAWASAN, SEKOLAH PENYAYANG, PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN, JUMLAH IPG DI MALAYSIA!! Jumlah IPG sebanyak 27 buah kampus kesemuanya.

p/s: Elaun masa Asasi RM 430 dan elaun masa degree RM 700. Ini tidak termasuk dengan elaun buku, elaun praktikum dan lain-lain. Alhamdulillah. Chaiyokk!! (saja nak bagitau, bagi pembakar semangat untuk anda semua buat yang TERBAIK!!)

9 comments:

tornadoassasin said...

such a useful tip

serol said...

nice tips!

Cieut Nizar said...

to serol:

thanks again... :))

SitiAisyahMohdAzis said...

wah.., panduan yang sangat berguna. terima kasih. semoga kamu akan dapat mjd seorang guru yang cemerlang satu hari nanti.. doakan saya juga ya..? haha.. ^^,

sheikh khairul hifni said...

Assalammualaikum...
saya ni pelajar lepasan stam...
sy dalam proses permohonan ke ipta untuk ism...
sy dalam dilema,,,
sy x tahu nak pilih ape...
sy minat jd cikgu,,,
sy mhon ismp kat ipta...
tp org ckp ismp ipta xde jaminan untuk posting jd ckgu,,
sy pun ade berniat nk masuk ipgm,,,
tp kalau sy apply tahun ni 2011,,,sdgkan sy lepasan spm 2009...tidakkah sy sudh lambat setahun dr rakan sebaya sy yg sudh berada di ipgm sekarang...
sbb pd tahun 2010 sy ambik stam slma 11 bulan...
jd sy dh alang2 ambik stam,jd sy teruskan lah dan x nak apply dulu ipgm sebaik saja spm 2009 diumumkan pd 12 mac,khamis 2010 thun lepas,,,
sy buntu...
apa beza ismp ipgm dengan ismp ipta??..
n dapat tak graduan lulusan ismp ipgm sambung master or phd di ipta??...
please answer me....

AZRY93 said...

ASSALAMUALAIKUM....
NAMA SY AZRY DAN SY IALAH LEPASAN SPM 2010
SY AMAT BERHARAP DPT MEMASUKI BIDANG PERGURUAN INI....HARAP2 ADA PIHAK YG SUDI MEMBERI TUNJUK AJAR PADA SY YER...:)

Are Yed said...

thnx..useful tips even tips tahun lepas pnya....sya lepasan smp 2010 harap tips ni brguna utk sya mmbuat prsediaan...

Anonymous said...

nice tips..tp bley terangkan x de x die tnyer psal sej pndidikan??like ordinan pe lajaran, laporan rahman talib n others..

neko.wan said...

nice!! sgat berguna tips ni, sya harap, tips anda yang berikan ini dpat membantu sya menghadpi temuduga next week..!! and i really need ur pray! doakan kejaayaan sya..haha :) oh btw, untuk temuduga bg calon ppc, interviewers tanya calon 100% in english ke ?..*berdebar* terima kasih for the tips nway :))