Sunday, May 16, 2010

Terima Kasih Cikgu!!


Terima kasih kepada cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya dari:

1. Tadika Kemas Penaga.

Bahagia saya di sini mula bersekolah, mula kenal kawan-kawan dan mula kenal huruf A,B,C dan 1,2,3. Terima kasih Cikgu Fatimah kerana mula mengajar saya huruf-huruf dan nombor-nombor dan juga memberikan satu kenangan terindah ketika saya berada di tadika ini. Mudahan cikgu berada dalam kalangan orang yang beriman di sana. Al-Fatihah saya sedekahkan untuk cikgu sebagai tanda terima kasih.

2. Sekolah Kebangsaan Penaga.

Jangan cari aku kat mana.. hehe



Terima kasih juga kepada cikgu-cikgu di sini. Melatih saya dari kenal A,B,C sehingga boleh membaca walapun dengan hanya sebaris ayat. Pelbagai kenangan yang tak dapat dilupakan di sini. Semua cikgu-cikgu di sini adalah cikgu terhebat! Cikgu-cikgu juga mencurahkan ilmu-ilmu yang amat berguna sehingga saya mampu masuk ke salah sebuah sekolah menengah yang terbaik di Pulau Pinang.

3. Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Onn, Butterworth.

Di sini saya mula matang dan mula untuk kenal erti kehidupan. Cikgu-cikgu di sini memang TERBAIK. Cikgu-cikgu di sini mahukan anak-anak muridnya menjadi murid yang cemerlang sekaligus menjadi orang yang berguna. Terima kasih cikgu kerana memberikan kejayaan demi kejayaan dalam peperiksaan PMR dan SPM.

Terima kasih kerana mengcungkil bakat saya dalam membalas pantun dan perbahasan. Terima kasih kerana memberikan saya satu memori yang sukar dilupakan. Terima kasih buat warden-warden, Cikgu Md Ali, Cikgu Salmah, Cikgu Md Yusof, Ustazah Sofiah, Cikgu Johari kerana penat lelah menjaga saya dan rakan-rakan di asrama selama 5 tahun. Terima kasih cikgu!!

Terima kasih juga kerana menggalakkan saya untuk turut serta dalam bidang PENDIDIKAN!

4. Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun.

Yang duduk itu, Puan Nagamah dan lain-lain itu bakal cikgu seperti puan.. hehehe

Tiada lagi yang indah kerana cita-cita saya untuk menjadi guru hampir menjadi kenyataan. Terima kasih cikgu! Kesemua pensyarah di sini sangat-sangat menitikberatkan guru-guru pelatih seperti saya, agar kami menjadi guru yang BERKUALITI. Pensyarah-pensyarah di sini melatih kami dengan baik dengan menceritakan pengalaman mereka bergelar guru, susah payah penat lelah menjadi guru dan lain-lain lagi.

Namun, guru yang tidak dapat saya lupakan di sini mungkin PUAN NAGAMAH a/p MARIMUTHU. Belum pernah lagi saya menangis di hadapan guru sepanjang 20 tahun ini, tapi di sini buat pertama kalinya saya menitiskan air mata. Hanya kerana Puan. Terima kasih puan kerana sangat memahami. Pizza? Tunggu..... Hehehe


TERIMA KASIH CIKGU ATAS SEGALA ILMU, JASA DAN PENGORBANAN CIKGU YANG TIADA BANDINGANNYA.

SELAMAT HARI GURU, cikgu!

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA





Kelak aku pun akan menjadi seorang guru. Mudahan aku menjadi seorang guru yang berkualiti, baik dan sangat memahami murid-murid. Tidak dilupakan, kepada semua guru pelatih terutamanya guru-guru pelatih 3 PISMP KS 2, SELAMAT HARI GURU!!!!

4 comments:

Anonymous said...

opssss...menangis krn puan or kerna assignmnet....think about it twice..haha

naz said...

sentap anonymous ni..menangis2 dahulu ketawa2 kemudia..boleh macam 2?haha

Cieut Nizar said...

to anon:

hahaha... sebab dua-dua lah... :))

Cieut Nizar said...

to naz:

hehe betul2...!! agreed!