Sunday, May 16, 2010

Terima Kasih Cikgu!!


Terima kasih kepada cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya dari:

1. Tadika Kemas Penaga.

Bahagia saya di sini mula bersekolah, mula kenal kawan-kawan dan mula kenal huruf A,B,C dan 1,2,3. Terima kasih Cikgu Fatimah kerana mula mengajar saya huruf-huruf dan nombor-nombor dan juga memberikan satu kenangan terindah ketika saya berada di tadika ini. Mudahan cikgu berada dalam kalangan orang yang beriman di sana. Al-Fatihah saya sedekahkan untuk cikgu sebagai tanda terima kasih.

2. Sekolah Kebangsaan Penaga.

Jangan cari aku kat mana.. hehe



Terima kasih juga kepada cikgu-cikgu di sini. Melatih saya dari kenal A,B,C sehingga boleh membaca walapun dengan hanya sebaris ayat. Pelbagai kenangan yang tak dapat dilupakan di sini. Semua cikgu-cikgu di sini adalah cikgu terhebat! Cikgu-cikgu juga mencurahkan ilmu-ilmu yang amat berguna sehingga saya mampu masuk ke salah sebuah sekolah menengah yang terbaik di Pulau Pinang.

3. Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Onn, Butterworth.

Di sini saya mula matang dan mula untuk kenal erti kehidupan. Cikgu-cikgu di sini memang TERBAIK. Cikgu-cikgu di sini mahukan anak-anak muridnya menjadi murid yang cemerlang sekaligus menjadi orang yang berguna. Terima kasih cikgu kerana memberikan kejayaan demi kejayaan dalam peperiksaan PMR dan SPM.

Terima kasih kerana mengcungkil bakat saya dalam membalas pantun dan perbahasan. Terima kasih kerana memberikan saya satu memori yang sukar dilupakan. Terima kasih buat warden-warden, Cikgu Md Ali, Cikgu Salmah, Cikgu Md Yusof, Ustazah Sofiah, Cikgu Johari kerana penat lelah menjaga saya dan rakan-rakan di asrama selama 5 tahun. Terima kasih cikgu!!

Terima kasih juga kerana menggalakkan saya untuk turut serta dalam bidang PENDIDIKAN!

4. Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun.

Yang duduk itu, Puan Nagamah dan lain-lain itu bakal cikgu seperti puan.. hehehe

Tiada lagi yang indah kerana cita-cita saya untuk menjadi guru hampir menjadi kenyataan. Terima kasih cikgu! Kesemua pensyarah di sini sangat-sangat menitikberatkan guru-guru pelatih seperti saya, agar kami menjadi guru yang BERKUALITI. Pensyarah-pensyarah di sini melatih kami dengan baik dengan menceritakan pengalaman mereka bergelar guru, susah payah penat lelah menjadi guru dan lain-lain lagi.

Namun, guru yang tidak dapat saya lupakan di sini mungkin PUAN NAGAMAH a/p MARIMUTHU. Belum pernah lagi saya menangis di hadapan guru sepanjang 20 tahun ini, tapi di sini buat pertama kalinya saya menitiskan air mata. Hanya kerana Puan. Terima kasih puan kerana sangat memahami. Pizza? Tunggu..... Hehehe


TERIMA KASIH CIKGU ATAS SEGALA ILMU, JASA DAN PENGORBANAN CIKGU YANG TIADA BANDINGANNYA.

SELAMAT HARI GURU, cikgu!

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA





Kelak aku pun akan menjadi seorang guru. Mudahan aku menjadi seorang guru yang berkualiti, baik dan sangat memahami murid-murid. Tidak dilupakan, kepada semua guru pelatih terutamanya guru-guru pelatih 3 PISMP KS 2, SELAMAT HARI GURU!!!!

Monday, May 10, 2010

Trauma Kemalangan


Ahad lepas, aku terbabit dalam kemalangan jalan raya! *fuh ayattt* Rasanya kemalangan nih jadi dalam sekelip mata saja.

Aku naik kereta dengan kak aku dan anak-anak buah aku. Kak aku yang drive kereta nih. Baru je dalam 15 minit, entah macam mana, *malas nak detailkan..boleh?*

Kejadian tersebut berlaku menyebabkan kak aku tak dapat kawal stereng kereta tu! Dah la kereta tu Power Stereng. Kereta tuh bergerak ke kiri dan kanan jalan.

Agak kelam kabut masa nih. Masa nih kak aku jerit,

JATTTTTT, nak buat macam mana nih??
(baca dalam nada cemas)



Tapi entah macam mana, aku boleh relax. Tenang sangat walaupun masa tuh dalam kelam kelibut macam ribut yang melanda. Aku dari seat belakang, just cakap..

Relax kak relax. Brek dulu!!
(tenang tapi cakap laju-laju)

Dua tiga kali jugak aku ulang dan kak aku memang tak mampu nak kawal kereta, mungkin dia gelabah nak cari brek pun tak jumpa or dia tekan minyak lagi dan akhirnya kereta terbabas ke bahu kiri jalan langgar tiang elektrik. Masa aku cakap kat kak aku tuh, aku dah agak dah, apa pun mesti akan berlaku kemalangan jugak!

Entah la macam mana aku boleh tenang macam tu. Bukan bajet cool naa. Sory sikit! Hehehe.


Sesudah langgar tiang tu, aku agak terkesima. Anak-anak buah aku merengek-rengek. Terkejut barangkali. Aku tengok keadaan kak dan anak buah aku di seat depan, alhamdulillah tak jadi apa-apa sebab depa pakai seat belt! *Pakai seat belt sebaik saja melangkahkan kaki ke dalam kereta*

Aku tengok pula anak buah aku kat seat belakang dengan aku ni, mulut dia berdarah. Rasa cuak jugak la. Suruh dia luah darah-darah dia tu, gigi dia patah sebab terlanggar kerusi seat depan. Alhamdulillah tak dak apa yang serius.

Senget tiang elektrik tu...

Lepas tu, baru orang ramai mai tolong. Depa agak terkejut jugak sebab kami tak jadi apa pun, sebab tengok kan keadaan kereta tu memang teruk. Huhuhu.

Keluar dari kereta, kami dibawa ke kedai komputer yang dekat-dekat situ. Check semua kat situ la. Takut la mana yang tak perasan/nampak kan. Check semua, alhamdulillah tak ada apa-apa jugak cuma anak buah aku yang patah gigi tu. Berdarah banyak jugak. Masa nih jugak aku call ayah, abang n abang ipar aku untuk bagitau yang kami kemalangan. Then, Rescue 911 kot tetap mai dan bawa kami ke Hospital Kepala Batas untuk pemeriksaan lanjut.

Aku just luka sikit kat kaki. Ambil rawatan jugak. Kena jugak inject ubat penenang. Lama tak kena cucuk jarum nih. Berdebar jugak laa. Hehehe. Then, ayah dan siblings aku yang lain mai ambil kami kat hospital dan terus ke balai polis buat laporan.


ALHAMDULILLAH
, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana masih panjangkan umur kami untuk terus bernafas di muka bumi ini dan masih bagi peluang kepada kami untuk terus mencari bekalan untuk hari yang kekal abadi selamanya. Terima kasih, Ya Allah.

Ada hikmah di sebalik kejadian.



p/s: masih dalam trauma.....
p/s: lupa nak mention, KEMALANGAN NIH BUKAN SALAH KAK AKU.




Tuesday, May 4, 2010

TIPS TEMUDUGA UNTUK TERPILIH KE IPG

NAK JADI CIKGU???


Rasanya belum terlambat untuk aku buat entry ini khas untuk bagi tips kepada adik-adik lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan ke temuduga bagi menempatkan diri di Institut Pendidikan Guru (IPG).



Aku dapat idea ini masa dalam perjalanan ke Pusat Sumber IPG aku, IPG Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kelihatan adik-adik lepasan SPM ini bersama-sama ibu bapa masing-masing untuk tunggu giliran temuduga. Semua nampak cuak saja kann. Hehehe

Perhimpunan hari Isnin lepas, Pengarah IPG aku cakap, calon lepasan SPM yang apply untuk masuk ke IPG mencecah ratusan ribu! wow.. ramainya yang nak jadi cikgu kan? Alhamdulillah, aku dah lepas.. :)

Jadi, adik-adik lepasan SPM perlu menonjolkan diri anda untuk layak dan memenangi hati penemuduga agar anda terpilih untuk masuk ke IPG. Jom...........


TIPS TEMUDUGA YANG BAIK UNTUK TERPILIH KE INSTITUT PENDIDIKAN GURU

1. Sebelum datang, check fail, susun sijil ikut keutamaan. Ok macam ini, helaian pertama letak surat tawaran temuduga, seterusnya disusuli dengan sijil SPM, surat berhenti sekolah dan lepas itu baru letak sijil-sijil kokurikulum. Sijil-sijil ini perlu diletakkan mengikut ketinggian misalnya peringkat kebangsaan dahulu, then peringkat negeri, peringkat daerah dan akhir sekali peringkat sekolah. Hal ini akan memudahkan penemuduga untuk menilai anda. :)

2. Then, isi borang apa entah (maaf dah lupa) yang memerlukan kita buat karangan untuk menyatakan sebab kita minat dalam bidang profesion perguruan ini. Karang dan buat sehabis baik dan letak sebab-sebab yang relevan mengapa anda ingin menjadi guru kerana penemuduga membaca setiap patah yang anda tulis. Contoh; saya minat bidang perguruan ini kerana minat dari kecil lagi.. hehe.. ye ke?

3. Pakai pakaian yang kemas dan mesti ala-ala cikgu! Nak jadi cikgu kan? Kalau boleh pakai baju kemeja lengan panjang lengkap dengan tali leher (mesti match dengan warna baju), tali pinggang, stokin dan kasut hitam bertutup. Perempuan pula, cukup dengan baju kurung, tudung senada dengan warna baju dan KASUT BERTUTUP!!. Gosok pakaian anda. :) UPDATE: tadi ada pensyarah aku yang merupakan salah seorang penemuduga cakap, ada pelajar yang datang temuduga dengan memakai BAJU T-SHIRT!! Dia cakap confirm pelajar tu tak dapat!!

4. Minta restu ibu bapa dan keluarga sebelum temuduga agar memudahkan perjalanan temuduga anda nanti.

5. Sesi temuduga terbahagi kepada 3 bahagian. Ujian INSAK, Temuduga Individu dan Temuduga Berkumpulan.

6. Bagi ujian INSAK, anda perlu menjawab 100 soalan dalam masa 30 minit. Ujian ini berdasarkan personaliti anda sama ada sesuai atau tidak dengan profesion perguruan ini. Mudah saja soalan Ujian INSAK ini. Tak perlu risau sangat. Jawab dengan santai saja. Lebih kurang macam soalan ujian personaliti. So, cari jawapan yang baik-baik saja. Jangan fikir lama sangat nanti tak sempat jawab semua soalan.

7. Sesi Individu. Anda hanya akan ditanya mengenai latar belakang pendidikan, keluarga dan juga sebab mengapa anda minat bidang keguruan ini. Penemuduga juga akan tanya aktiviti yang anda minat, aktiviti yang telah anda sertai di sekolah dan juga mengenai sijil-sijil yang telah anda perolehi. Relax dan jawab dengan penuh yakin tanpa ragu-ragu walaupun anda berdebar sebenarnya. Kan? Bagi yang mengambil minor Bahasa Inggeris, anda akan turut ditanya soalan dalam bahasa Inggeris dan perlu menjawab dalam Bahasa Inggeris. So be ready!

8. Sesi berkumpulan. Seramai 6 orang (maksimum) akan turut serta dalam sesi ini. Anda akan diberi tajuk (beri perhatian kepada isu-isu semasa yang berlaku dalam negara dan global) Jadi, banyakkan baca surat khabar!! Anda akan diberi masa selama 1 minit untuk bersedia. Seterusnya anda perlu mengutarakan point/hujah anda. Tak kisah point anda itu baik atau tidak. Just cakap dengan berkeyakinan saja. Penemuramah hanya melihat cara anda berkomunikasi. Tidak ada markah isi. Yakin, yakin, dan yakin serta cakap banyak-banyak ok!! Pastikan anda paling menyerlah dalam kumpulan tersebut!! InsyaAllah, pasti anda berjaya!!



p/s: Good luck then!!! Selamat datang ke bidang perguruan. :))

p/s: penemuduga selalu juga tanya mengenai SEKOLAH WAWASAN, SEKOLAH PENYAYANG, PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN, JUMLAH IPG DI MALAYSIA!! Jumlah IPG sebanyak 27 buah kampus kesemuanya.

p/s: Elaun masa Asasi RM 430 dan elaun masa degree RM 700. Ini tidak termasuk dengan elaun buku, elaun praktikum dan lain-lain. Alhamdulillah. Chaiyokk!! (saja nak bagitau, bagi pembakar semangat untuk anda semua buat yang TERBAIK!!)