Tuesday, December 1, 2009

Tips: Cara-cara cipta serunai

Kadang kala, kita tidak perasan yang sumber alam semula jadi macam pokok, daun, dsb boleh dijadikan salah satu barang permainan selain dijadikan bahan-bahan untuk main masak-masak.. teringat zaman kanak-kanak ribena, daun yang panjang nih kiranya ikan laa, pasir pula dijadikan sebagai gula atau garam, daun-daun lain jadi perencah untuk sedapkan masakan...okay, tinggalkan di situ..!

Apa yang boleh dibuat dengan daun pokok kelapa ni??


Mari cikgu ajarkan...nak dengar ke tidak ni?? (cikgu melalut sorang-sorang, anak-anak murid tidur yeer..uhuhu)

sebenarnya, dari daun pokok nyok (kepala) nih, kita boleh buat macam-macam kalau kita ni ada kreativiti..sebagai permulaan, cikgu nak ajar buat serunai..boleh bunyi-bunyi macam hon kereta..dahsyat oo..ehehe

Ambil laa 2-4 helai

Mula-mula sekali, ambil 2-4 daun kelapa itu.. carikkan dengan berhati-hati untuk ambil daun saja..tak mau lidi di tengah-tengah tu..setelah dicarik daun tu, lidi tu jangan dibuang pula.. ada kegunaannya!

Maafkan cikgu yer..masa gulung-gulung tu cikgu tak sempat nak snap pic..

selepas tu, daun yang dicarik tadi digulung dengan rapat-rapat..gulung dari kecik ke besar.. tak faham? tengok gambar di atas..kalau nak lagi panjang, ambil banyak daun.. konsep dia, sambung-sambung saja..bila daun dah habis, ambil daun lain dan sambung di tempat terakhir tadi tu..INGAT..gulung rapat-rapat dan ketat-ketat!!

dah siap gulung mengulung tu, ambil kan lidi tadi dan cucukkan di daun supaya gulungan daun tadi tidak terbuka..jangan kasar sangat, nanti tercarik pula daun-daun tu..merasa!

DONE! jom tiup..

so, dah siap!! senang je kan?? gulung-gulung, cucukkan lidi dan siap!! boleh main.. tiupkan di bahagian paling kecil tu hasilkan bunyi macam hon kereta tu..ponnn..poooonnnn...pooooooonnnn! kalau tak bunyi, mesti ada kesilapan teknikal..tapi ok la, boleh dijadikan sebagai barang perhiasan..kan??


p/s: aku buat ni untuk anak-anak buah..

4 comments:

adaNiff said...

dulu mase kecik2 abah selalu watkan ni :)

miss those moments....

Cieut Nizar said...

adaniff: owh ye ke? meh nak tolong watkan..ehehe..

naz said...

hebat mu ni..ahaha..bestnya..rindu kat tok aku..org tua2 ni pandai wat benda2 alah ni..hu3..weh pasni jadi art blog la..seni juga hang ni..leh jd cikgu PSV jga ar..keh3

Cieut Nizar said...

naz: a'ah..org tua pndai wat benda2 mcm ni..aku nk belajar lagi laa.. ahaha.. blog aku smua ada.. seni, foto, makanan, cerpen, hiburan, agama (nantikan k)...ehehehe.. x mo! aku tetap CIKGU PENGAJIAN SOSIAL!