Friday, December 4, 2009

Seadanya Kasihku bahagian 3





Kesinambungan Seadanya Kasihku bahagian 1



Kesinambungan Seadanya Kasihku bahagian 2







Seadanya Kasihku bahagian 3











Semua itu berlaku setahun yang lalu namun masih segar dalam ingatanku.





Kini, aku terlantar di wad hospital. Aku terlantar di hospital bukan seperti wanita yang dinikahi yang lain. Bukan kerana mengandung, melahirkan anak ataupun keguguran. Aku dimasukkan di hospital ini kerana dipukul oleh suamiku sendiri. Aku kehilangan banyak darah dan luka-luka di belakang badanku terasa amat pedih akibat dipukul dengan tali pinggang. Sampai hati Erny menuduh aku mencuri rantai emas putihnya. Aku sendiri tidak tahu bagaimana rantai itu boleh berada di dalam almari aku. Abang pula memukul aku sebelum sempat aku memberi penjelasan. Sakitnya tidak dapat diungkapkan. Pilu hatiku mengingatkan kejadian itu. Namun, aku tetap bersyukur kerana pada saat ini aku masih tidak ‘dilepaskan’. Inilah yang paling aku takuti kerana aku sebatang kara di dunia ini. Tiada sesiapa. Syukurku juga kerana mama, papa, Nazirah mempercayai aku tidak mencuri rantai itu.







Selepas doktor memeriksa luka di belakang badanku, Nazirah datang melawat aku. Dia datang dengan satu berita. Berita yang mengejutkan. Setelah aku mendengarnya, aku sendiri tidak pasti sama ada berita itu berita baik atau buruk. Namun, aku tidak dapat menipu perasaan aku. Air mataku mengalir perlahan…





Petang itu, abang datang melawat aku. Berdebar-debar jantungku. Hatiku resah. Mungkin abang akan ungkapkan sendiri di hadapanku untuk lebih sah dan sahih. Bergenang air di kelopak mata aku. Jika itu takdirnya, aku pasrah...





‘Erm …aaa..bangg’, tersangkut bicaraku.







‘Maafkan abang’, bahagiaku bukan kepalang mendengar abang membahasakan dirinya abang kepada aku. Mungkin ini kali pertama dan kali terakhir. aku semakin takut untuk berhadapan dengan realiti.







‘Tak ape abang, bukan salah abang, Aishah redha mungkin…’.





‘Shhhh, jangan sebutkan lagi. Abang akan rasa semakin bersalah’, katanya memotong bicaraku. Muka abang yang aku lihat sekarang sangat serius. Semakin serius semakin kacak suami aku ini.





‘Nur Aishah Illyani, berikan abang kesempatan untuk merasai ketulusan, kejujuran dan keikhlasan kasih mu?’, tiap patah yang keluar dari mulut abang mengejutkan aku. Tanpa ku sedari, air mataku mengalir. Aku terawang-awang. Mimpikah aku?





Terimbas aku dengan perbualan dengan Nazirah sebentar tadi. Nazirah memberitahu aku, sepanjang ketiadaanku di rumah, abang berasa sangat sukar. Sebelum ini, semua pakaian pejabatnya, makanannya, aku yang sediakan. Malah aku juga yang kejutkan abang dari tidur untuk bersiap ke pejabat. Sedangkan Erny hanya goyang kaki sahaja kerana semua kerja sebagai seorang isteri, aku yang lakukan. Abang mula fikirkan kepentingan aku dalam hidupnya dan tanpa sedar, dia sudah ‘jatuh sayang’ terhadap aku. Semakin dia cuba menidakkan, semakin dia dekat dengan aku.





‘Aishah, abang sedar selama ini abang tidak pernah menghargai Aishah malah abang layan Aishah dengan teruk sekali. Tapi sebenarnya, sudah lama abang mencintai Aishah tapi abang cuba menidakkan. Makin abang menidakkan, makin tebal cinta abang pada sayang. Abang tidak sanggup lagi menipu perasaan abang dan abang tidak sanggup untuk kehilangan Aishah. Ampunkan segala dosa abang pada Aishah..’, panjang bicaranya setelah melihat aku hanya diam, sepi seribu bahasa.







‘Aishah… Aishah sudi, abang…tapi dengan syarat..’, kataku lancar.







‘Syarat? Apa?’…suamiku dalam kebingungan.





‘Abang maafkan segala dosa Erny, abang. Biarlah dia pergi dengan aman.’ Aku merayu. Mudahan abang tidak berdendam dengan Erny.





‘Ya, ya.. abang maafkan segala dosa dia. Alhamdulillah, isteri abang ni cantik luar dan dalam’, puji nya sambil memicit kedua-dua belah pipiku.







‘Terima kasih, abang…’.







‘Kenapa, sayang?’, soal abang.





‘Terima kasih kerana darah abang yang mengalir dalam tubuh Aishah’, kataku yang mengingati cerita Nazirah bahawa abang menderma darahnya pada aku.







Nazirah juga menceritakan abang telah menceraikan Erny kerana Erny berlaku curang dengan meniduri bosnya sendiri. Erny menemui ajal setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya selepas sahaja abang menceraikannya.







‘Ya Allah, hamba mohon pada-Mu agar cinta kami kukuh seperti cinta Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha dan Muhamad dan Khadijah, ‘ doaku dalam hati sambil memegang erat jari-jemari suamiku.





Abang…terimalah seadanya kasih Aishah untuk abang.









Tamat.

3/09/2008





PERHATIAN: Cerpen ini adalah hak milik Nizar Latif di laman blognya : INSIDE & OUTSIDE. Jangan salahgunakan atau mengaku cerpen ini adalah milik anda. Jika ingin letakkan cerpen ini di laman blog anda, sila nyatakan di ruangan komentar tetapi mesti mengatakan :

1. Kredit untuk laman blog ini http://acerio.blogspot.com

2. Nyatakan sumber cerpen ini dipetik dari laman blog ini.















3 comments:

cik ian@aH Lian~ said...

cara you bercerita senang,
tak berbelit dan rumit.
dan nak bacapun senang,
mula2 tak faham,
nasib ada penjelasan di perenggan2 seterusnya.

heh, pandai saiko eh?

tkah. said...

seyes sempoi gila cerita neh,
sy dah bca beratus novel.
and rely love dis story.
ringkas je.

tulis la byk2 lagi.
:))

Cieut Nizar said...

cik ian:

thanks