Thursday, December 3, 2009

Seadanya Kasihku bahagian 2









Kesinambungan Seadanya Kasihku bahagian 1







Seadanya Kasihku bahagian 2











‘Aishah Illyani... apa kau buat tu?’ Tinggi nada suara abang mengejutkan ketika aku sedang leka melihat foto-foto di dalam albumnya.





Dengan terketar-ketar, aku menjawab.. ‘hmm aaa… Aiss… Aishahhh hurmm’





‘Aishah apa?!! Nak jawab tu pun lembab.. memang layak laa kau jadi pelacur’ katanya yang membuat mataku bergenang. Hampir menitis. Bertahan ya Aishah.





‘Aishah.. Aishah kemas barang-barang ni..’ masih tersekat-sekat.





‘Apa yang aku pesan pada kau?!’







‘Hmm jangan sentuh barang-barang dalam bilik ni terutamanya barang abang..’ aku masih segala pesanannya pada malam pertama kami. Aku tidak boleh mengganggu privasinya, menyentuh barang-barangnya, tidak boleh campur segala urusannya, dia tidak akan sesekali meyentuh aku dan aku tidak dibenarkan menyentuhnya. Jijik katanya dengan tangan aku ini. Tangan pelacur... Tetapi, kenapa dia yang datang untuk cuba mencabul kehormatan aku... di sini..??







‘Habis tu? Apa yang kau buat tadi? Pesanan aku yang mudah macam tu pun, kau tak faham? Dungu sangat ke kau ni? Padan laa kau ambil jalan mudah hendak kaya…jadi GRO’ Marahnya lagi sambil merenung tajam ke arah aku.





‘Mana ada.. Aishah cuma kemas barang-barang ni je laa.. Aishah tengah bersihkan album-album abang daripada habuk..itu je..’ lancar. Entah mana datangnya keberanian untuk melawan kata-kata tadi.







‘Berani kau melawan ya..’ Pangggggg… sekali lagi tamparan kuat tenaga jantan abang hinggap di pipi aku. Aku terjelopok jatuh ke lantai. Darah mengalir di tepi bibirku. Pedih. Air di kelopak mata yang aku tahan tadi, tertumpah juga.





Siapa yang mahu menerima pelacur dalam hidupnya? Tapi itu bukan kehendak aku. Aku diculik untuk dijadikan sebagai pelayan di kelab malam ketika aku sedang berjalan kaki ke pejabat pos untuk menghantar borang permohonan ke universiti. Aku sendiri tidak rela untuk memberi layanan kepada jantan-jantan yang ‘kehausan’ dan bernafsu binatang. Aku sentiasa mengelak semasa bekerja di situ. Aku menyembunyikan diri di dalam tandas dan di dalam bilik. Aku dimaki dan dipukul oleh pemilik kelab malam itu sendiri. Aku rela dipukul dengan teruk daripada memakai pakaian yang mendedahkan auratku dan melayan lelaki-lelaki durjana di kelab itu. Beberapa kali aku cuba untuk melarikan diri dari kelab malam itu. Kali pertama dan kali kedua gagal menyebabkan aku hampir menemui ajal kerana dipukul oleh belasan orang.







Namun, umur aku masih panjang. Aku melarikan diri sekali lagi dan kali ini aku berjaya. Syukur, kesucian dan 'mahkotaku' masih terpelihara. Ketika inilah, bapa mertuaku menyelamatkan aku dengan membawa aku ke rumah banglo ini. Aku ceritakan segala-galanya pada mama, papa, Nazirah, adik iparku dan juga Mak Jah, pembantu rumah di rumah ini. Alhamdulillah semua boleh menerima aku seadanya kecuali abang. Sebelum aku dihantar pulang ke Rumah Bakti, sesuatu telah berlaku dan mengubah segalanya.







Tidak pernah aku terfikir untuk berkahwin dalam usia 19 tahun ini. Pada usia sebegini, aku sepatutnya berada di institut pengajian tinggi untuk terus menuntut ilmu dan bukannya berada di dalam rumah sambil menunggu kepulangan suami. Abang dipaksa berkahwin dengan aku setelah abang cuba mencabul kehormatan aku di dalam rumah banglo ini. Aku tersepit, hanya redha dengan ketentuan. Perkahwinan ini menyebabkan abang bertambah benci dengan aku. Setelah hampir 2 bulan mengahwini aku, abang membuat keputusan untuk berkahwin lagi dengan pilihannya sendiri Erny, graduan University of Nottingham merangkap model terkenal sekarang ini. Aku memberi keizinan. Dalam rela, aku terpaksa.





Malam menjelma. Tetamu yang ramai tadi telah beransur-ansur pulang. Aku kurungkan diri dalam bilik Mak Jah. Malam ini abang akan menikmati malam pertamanya sedangkan aku berendam air mata di bilik ini. Aku tidak sanggup berlakon lagi. Berlakon kononnya aku sangat professional untuk menyaksikan persandingan suami sendiri. Sedangkan jika diselami hati aku ini, hanya Allah saja yang tahu. Lakonan aku pun tidaklah sehebat dan semantap lakonan Vanida Imran, pemenang Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia 2007.







Aku mula memikirkan perjalanan hidupku selepas ini. Adakah aku akan diceraikan? Kalau aku diceraikan, ke mana hendak aku pergi? Rumah Bakti? Umi, pemilik rumah anak yatim ini sudah haramkan aku untuk jejakkan kaki di rumah yang aku tinggal dari kecil lagi. Semuanya kerana fitnah. Fitnah yang mengatakan aku bekerja sebagai pelayan di kelab malam adalah dengan kehendak diriku sendiri. Aku tidak mampu untuk membela nasibku sendiri di hadapan Umi.







Aku sedih. Aku anggap umi seperti ibu kandungku sendiri. Umi yang tahu sikap dan tingkahlaku aku sebelum ini, sanggup mempercayai kata-kata orang lain. Pada siapa hendak aku bergantung harap? Pada suamiku ini? Jauh sekali. Aku mula terkenangkan pada arwah emak dan ayahku yang telah tinggalkan aku sejak aku berumur 9 tahun. Kalau mak dan ayah masih ada di dunia ini, mesti nasibku tidak seburuk ini. Aku boleh melanjutkan pelajaranku ke menara gading dan mak, ayah juga yang menetapkan jodoh aku. Mak ….ayah…..air mataku mengalir laju.







Aku tidak dapat menahan lagi. Tekanan yang aku terima sudah memuncak dan aku tidak tahu untuk luahkan pada siapa. Hanya Allah tempat aku mengadu nasib. ‘Ya Allah, hamba redha dengan ketentuan-Mu, jauhilah hamba dari berasa tidak bersyukur ini, cuma hamba mohon pada-Mu ya Allah, berilah hamba kekuatan untuk hamba harungi hari-hari yang mendatang yang penuh dengan dugaan-Mu dan penuhkanlah hati hamba dengan kesabaran yang tidak pernah putus,’ doa aku dalam hati. La Tahzan, Nur Aishah Illyani...





p/s: bersambung...





PERHATIAN: Cerpen ini adalah hak milik Nizar Latif di laman blognya INSIDE & OUTSIDE. Jangan salahgunakan atau mengaku cerpen ini adalah milik anda. Jika ingin letakkan cerpen ini di laman blog anda, sila nyatakan di ruangan komentar tetapi mesti mengatakan :

1. Kredit untuk laman blog ini http://acerio.blogspot.com

2. Nyatakan sumber cerpen ini dipetik dari laman blog ini.



















1 comment:

cik ian@aH Lian~ said...

urgghhhh rasa macam nak
sepak2 jer si rafiq tuh!
eh...