Wednesday, December 2, 2009

Seadanya Kasihku bahagian 1





Seadanya Kasihku bahagian 1











Aku bersolek seadanya, cukuplah dengan meletakkan bedak asas dan gincu bibir. Namun kecantikan yang aku miliki ini tetap terserlah walaupun dengan solekan nipis. Aku memakai kebaya labuh berwarna biru lengkap dengan selendang dan semestinya tudung di atas kepala aku. Semua ini diberi oleh ibu mertuaku kerana hari ini ada ‘majlis istimewa’.







‘Hmm, cantik juga aku ni,’ sambil berpusing-pusing di hadapan cermin.







Aku tergelak kecil. Perasan pula. Ketika ini aku masih mampu bergelak tawa sedangkan jika wanita lain yang hadapi situasi macam aku ini semestinya sudah menangis, dan mungkin juga meraung. Aku hanya mahu menghiburkan hatiku yang tidak keruan ini. Hanya ini yang mampu aku lakukan.





Saat aku melangkah keluar dari bilik, aku lihat ramai orang yang menantikan kepulangan teruna dan dara yang menjadi raja sehari pada hari ini. Rumah ini juga dihiasi begitu indah sekali. Situasi sekarang sangat meriah. Kebanyakan wajah di dalam rumah ini langsung tidak ku kenal. Aku tersedar dari lamunan setelah terdengar namaku dipanggil berulang kali. Rupa-rupanya Tok, ibu kepada bapa mertuaku memanggil aku duduk di sebelahnya.







‘Aishah macam mana? Sihat? Erm cantiknya Aishah hari ini,’ kata Tok setelah aku duduk di sebelahnya.







‘ Hari ini je ke Aishah cantik.. sebelum ni x cantik ek?. Aishah sihat, Alhamdulillah…,Tok sihat?’ kataku sambil tersenyum dengan gurauan Tok sebentar tadi.







Apa yang dapat aku rasakan, Tok seolah-olah ingin meneka apa yang tersirat di hatiku sekarang ini. Tok, selamanya Aishah akan simpan dalam hati. Biarlah Aishah yang tanggung sendiri semua ini. Biarlah rahsia. Aishah tidak berhak untuk semua ini terutama untuk memiliki cinta daripada insan yang bernama Zaharul Rafiq. Aishah sedar siapa diri Aishah ini…





Paluan kompang dari luar rumah sudah berbunyi menandakan raja sehari sudah tiba. Berdegup kencang jantungku seperti aku menamatkan larian 100 meter. Kalau boleh aku ingin lari, bukan 100 meter tapi beribu kilometer dari sini untuk jauh dari situasi yang menghukum hati aku ini.







‘Sabar ye, cu,’ kata Tok sambil mengurut belakang badanku.







Lidahku kelu namun aku hanya mampu untuk senyum. Ikhlaskah senyumku? Ikhlas tapi jauh. Tetamu-tetamu di dalam banglo ini menuju ke luar untuk melihat pasangan raja sehari. Tegarkah aku untuk keluar dan melihat suamiku, Zaharul Rafiq dan Erny Yusrina, merangkap madu aku? Kuatkah aku untuk hadapi situasi ini? "Ya Allah, kurniakanlah kekuatan dan ketabahan kepada hamba-Mu ini. Dugaan yang Kau berikan ini sungguh berat, sehingga kadang-kala aku tidak mampu menghadapinya. "





Aku gagahkan kaki untuk melangkah. Aku terdengar ramai orang memuji pengantin bagai pinang dibelah dua. Saat aku melihat sendiri, aku setuju. Suamiku begitu kacak dan segak dan maduku juga tersangat cantik. Sama cantik sama padan. Bagai langit dengan bumi jika dibandingkan Erny Yusrina dengan aku. Saat itu terlintas di hati aku, Erny seperti pelakon terkenal Hollywood, Keira Knigtley yang cantik, tinggi lampai, kurus, gebu dan seksi walhal aku hanya sekadar ala-ala pelakon yang baru melonjak naik namanya, Tiz Zaqyah Razak. Aku tersenyum nipis. Macam mana boleh terfikir sejauh itu. Nur Amina dalam drama Nur Kasih pula tu. Aku masih berusaha untuk memujuk hati aku ini.







Aku fokuskan kembali mata aku ke arah pelamin. Aku bertentangan mata dengan suamiku. Cepat-cepat aku alihkan pandangan mataku ke tempat lain. Aku tidak sanggup lagi untuk terus menyaksikan pasangan itu lagi dan terus meluru masuk ke dalam. Abang, Aishah doakan abang bahagia. Aku menangis dalam hati…





Aku cemburu. Walaupun aku kahwin dengan abang bukan kerana saling mencintai atau atas dasar suka sama suka tetapi aku mencintainya. Aku jatuh cinta padanya setelah lafaz akad terhadapku dilafazkan. Aku tahu abang tidak pernah mencintai aku dan aku juga tahu tiada secubit pun perasaan sayangnya terhadap aku. Sejak aku kahwin dengan abang, abang tidak pernah melayan aku dengan baik. Ada sahaja yang tidak kena di mata abang.











p/s: bersambung...





PERHATIAN: Cerpen ini adalah hak milik Nizar Latif di laman blognya INSIDE & OUTSIDE. Jangan salahgunakan atau mengaku cerpen ini adalah milik anda. Jika ingin letakkan cerpen ini di laman blog anda, sila nyatakan di ruangan komentar tetapi mesti mengatakan :

1. Kredit untuk laman blog ini http://acerio.blogspot.com

2. Nyatakan sumber cerpen ini dipetik dari laman blog ini.











3 comments:

Anonymous said...

awesome....keep up the good work...

Cieut Nizar said...

anon: thanks!!

cik ian@aH Lian~ said...

ala2, kenapa
boleh ade bermadu neh.
potong sungguh!

hahaha apapun, bagus la kalau
lelaki dapat menulis dan menyelami
hati perempuan.
salute sangat!