Tuesday, December 1, 2009

Permulaan Kehidupan di Asrama

"Berjumpa di SMKDOB..kelas 1 Berkat..lepas itu pengaruh dia masuk asrama"
(Rozaimi Sabri, 2009)

Kata-kata ini dipetik dari laman sosial Facebook setelah dia menjawab soalan 'How did you meet Nizar Latif?'..entah kenapa aku rasa tetarik untuk buat entry..apa yang istimewa sangat? Mungkin mengingatkan aku nostalgia atau kenangan lalu..

SELAMAT DATANG KE ASRAMA
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO' ONN

Ya..aku masuk atau tinggal di asrama dalam bulan 6 kot.. memang betul cakap Amy tu.. sebab dia dan beberapa orang lagi laa yang mempengaruhi aku untuk tinggal di asrama.. Masa mula-mula masuk sekolah, aku berulang alik naik bas dengan Ana dan Noraini.. semua perempuan kan?? Depa semua ni budak-budak kampung aku..

Ingat lagi, kalau nak ke sekolah, kami sepakat dulu nak pergi pukul berapa.. lepas tu, kayuh basikal laa kami 3 orang dalam keadaan panas terik mentari.. sesi petang la katakan.. sampai di Penaga, simpan basikal dan tunggu bas.. bas awam bukan bas sekolah ok! hmm memang leceh dan memenatkan..

Masa tu pula, aku ni kecik saja..beg yang aku galas lagi besar kot! serius tak tipu.. sekarang ni aku terlebih sihat..uhuhu.. penat sangat kayuh basikal, tunggu dan naik bas.. berpeluh laa baru sampai sekolah..cair mekap laa bagi perempuan..

Bila lama-lama macam ni, dengan dihasut lagi dengan budak-budak asrama 1 Berkat macam Rozaimi (amy), Hafizi (mat rongkai), Rusydi (syidi), Naqib, aku tekad untuk tinggal di asrama.. Apa nak jadi, jadi laa..penat laa nak berulang alik..kalau tinggal kat asrama, jalan beberapa tapak, dah sampai kelas..cemburu aku tengok budak-budak asrama..

Mula-mula tinggal kat asrama, memang susah..semua kena buat sendiri..yang tu satu hal..lepas tu makanan tak sedap, teringat kat mak ayah, kena prep, solat jemaah kat surau... hmm semua ni lecehnyaaaa... tapi, bila semakin lama, makin seronok pulak! sebab ada ramai kawan kot.. kawan-kawan yang sekepala pula tu..

tempat lepak (port) budak-budak asrama

Nak buat apa, semua boleh ajak kawan-kawan or geng-geng.. tido lewat pasal bersembang sampai tengah malam..lepas tu masuk kelas, ngantuk dan zzzzzzz tidur.. cikgu pun dah tak tau nak cakap apa.. perangai budak asrama memang macam nih.. kalau malam minggu, memang seronok..sebab tiada prep dan akiviti bebas..apa lagi, bersembang sampai subuh laa...lagi satu, sebab boleh tengok TV!!

Masa jadi junior, macam-macam kena..denda, burung hantu (letak kat tempat sunyi sorang-sorang masa tengah malam), kira kesemua cermin yang ada kat makmal biologi yang berhantu, sepak bata kuat-kuat (sakit kaki..uhuhuhu), denda itu, denda ini, maki hamun.. hmm biasa la kan.. lumrah kehidupan di asrama.. Masa aku jadi senior lak, aku suruh junior amek itu, amek ini, bagi arahan sana, arahan sini..marah sikit-skit... penumbuk? haish aku tak pernah buat lagi..aku baik..ohoho.. aku berlakon macam kena rasuk hantu untuk takutkan junior..ahaha.. macam pontianak dah..

Asrama juga menemukan aku dengan Geng Par!! ahahahaha.. Geng ni terdiri seramai lebih kurang 11 orang.. memang meriah, syok, hangat dan semua laa.. macam-macam aktiviti yang kami buat bersama..gosip, menicah buah pelam, main randes dalam hujan, fly (curi-curi keluar dari sekolah), kejar (lingan) musang, buka posa kat kelas (orang lain kt dewan makan).. teguh berdiri dengan kentalnya walaupun kena marah dengan warden!! hingga kini, kami masih bersatu..bersatu teguh, bercerai roboh!! kan??


Aku rasa kat asrama laa aku bertatih untuk belajar menjadi manusia.. aku dapat tengok pelbagai sikap, perangai dan tingkah laku..dilatih untuk berdikari, membuat keputusan sendiri, pandai pilih kawan dsb.. asrama memberi aku makna ERTI HIDUP yang sebenar...!


p/s: terima kasih kepada orang-orang yang mempengaruhi aku untuk tinggal di asrama.

p/s: thanks for being my friend and friend forever!

9 comments:

Anonymous said...

Cantek ciut blog ko.....nnti leh la ajar ak ek!-azraf-

XxfyzlxX said...

ha3..
kalo ko xmsok asrama msti kau jd st12... ha3..

Cieut Nizar said...

fyzl: ayyoo..laha..ahaha..ok lah..dok asrama la yg best nye..ehehe..

naz said...

haha..niza.leh tahan nakal juga ko ni.

Cieut Nizar said...

naz: ahaha..taw x pa..

++***hana zaty**++ said...

smkdob ni ktne ek?

Cieut Nizar said...

hana: butterworth, penang..tahu??

tirah watif said...

hoh?
ana?
ana mardhiah?
hahahaha
mcmmn agaknya ana kayoh basikal gi sekolah
hahaha
confirm comel!
xD xD

Cieut Nizar said...

tirah:
ahaha..nak taw ana kayuh mcm mn? kaki x smpi ke tanah...ahaha.. ana, jgn marah!!