Tuesday, December 29, 2009

Keinsafanku di Penghujung 2009, Pembuka 2010





KEINSAFANKU DI PENGHUJUNG 2009, PEMBUKA 2010











30 Disember 2009 ( Dua hari sebelum tahun baru)

Seperti biasa, aku bangun lewat. Matahari sudah terpacak, baru aku mula mencelikkan mata aku! Malam sebelumnya, rutin aku menonton video lucah. Aku puas melihat aksi-aksi kegemaranku. Ya, sangat teruja terutama ketika melihat wanita di dalam video itu meronta-ronta kesakitan.

Mandiku juga seperti biasa, mandi wajib. Walaupun semalam bukan mimpi basah, aku tetap wajib untuk bersihkan diri aku ini dengan mandi wajib. Faham-faham saja lah, takkan aku duduk diam saja ketika melayan video-video erotic itu.

Solat? Aku tidak pernah hiraukan. Zohot ke Asar ke Maghrib ke Isyak ke apatah lagi Subuh? Kalau aku berasa hendak jadi ustaz sikit untuk hari itu, baru aku tunaikan kewajipan itu. Itupun, kalau aku ada mood. Kalau ibu aku Tanya sudah solat belum, aku jawab tidak!



Lagi 5 minit aku buat. Seterusnya, aku bergegas ke tandas untuk ambil wuduk. Hanya lakonan semata-mata. Di dalam tandas itu, aku percikkan bunyi air. Aku bentangkan sejadah mengikut kiblat dan terus duduk seperti takhiyat awal. Sekali lagi, berpura-pura walaupun ketika itu aku berhadapan dengan penciptaku, Allah S.W.T.

Aku sangat menjaga hati ibu aku. Aku tak mahu ibuku kecewa mempunyai anak seperti aku ini. Biarlah ibuku senang melihat aku sentiasa menunaikan solat, mengikut perintah agama. Sedangkan aku ini? Tidak ubah seperti perangai hantu!! Tegarkan aku sehingga sanggup menipu sebegini, di hadapan Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui?

Namun, aku sudah lali dengan semua ini. Aku ingin melakukan perubahan. Perubahan yang tidak pernah aku berjaya lakukan. Kenapa susah sangat untuk aku melakukan perubahan ini? Arghhhh.. aku sudah bosan!! Video lucah? Asyik-asyik aksi yang sama, jeritan itu… ahhhhh… sehinggakan aku sudah dapat menghafal juga dapat agak apakah aksi yang seterusnya!



Perempuan? Aku sudah rasa apa yang lelaki dambakan dari seorang perempuan. Clubbing? Beritahu saja di mana? Kuala Lumpur? Malah tempat Awal, Scha ditangkap baru-baru ini juga sudah aku jejakkan kaki di situ. Air Syaitan? Ini saja yang belum aku cuba!! Dan takkan untuk aku cuba. Sejahat-jahat aku, aku takkan sentuh air ini walaupun pernah dihasut berkali-kali. Apa lagi yang aku mahukan dalam hidup?

Aku mahu untuk hidup dalam keberkatan. Aku nak berubah. Cukuplah dengan apa yang sudah aku lakukan. Siapa cakap aku tidak pernah berubah? Acapkali aku terdengar seruan azan, aku teringin mahu tunaikan solat, tetapi tidak berjaya. Aku tergoda dengan hasutan syaitan dan dorongan nafsu.



Tiapkali aku mendengar khutbah Jumaat, dalam hati aku ini terdetik, selepas ini aku mahu jauh dari kehidupan lamaku. Gagal. Sekali lagi. Aku juga insaf melihat rakan sebaya aku yang mampu memberi tazkirah dan juga mengimamkan solat! Kalau aku, tazkirah? Pasal bola, game, artis, hiburan aku tahu laa. Imam? Baca Al-Fatihah pun belum tentu sempurna tajwidnya!

Aku mahu berubah.. aku hendak berubah.. aku mesti berubah!!

Alhamdulillah, hari ini aku mengambil wuduk dengan sempurna dan bukan berpura-pura. Aku berjaya menunaikan solat Maghrib dan solat Isyak. Walaupun baru Maghrib dan Isyak, gembira ku bukan kepalang. Bukan senang untuk aku tunaikan kewajipan itu. Aku ikhlas. Bukannya lakonan lagi. Cukuplah lakonan aku sepanjang 2 hingga 3 tahun sebelum ini. Aku pun sudah terlupa bilakah kali terakhir aku menunaikan solat fardhu. Solat kali ini, panjang doanya. Harap segala dosa aku diampunkan. Nafsu aku yang liar ini berjaya ditundukkan. Nafsu aku kalah buat malam ini. Bagaimana dengan hari esok?

31 Disember 2009 (sehari sebelum Tahun Baru)

Aku bangun awal hari ini. Menunaikan solat subuh. Suasana yang sejuk dan hening sekali menimbulkan rasa yang amat berlainan dengan sebelum ini. Hati aku tersentuh. Nikmatnya bangun di pagi hari. Usai solat subuh, aku berdoa dan menangis teresak-esak! Aku capai Al Quran di atas meja. Mula dengan Ummul Kitab, Al Fatihah. Aku mahu jadikan ini sebagai tabiat aku selepas ini.



Usai solat, aku mesti baca Al-Quran walau sepotong ayat. Hari ini juga, aku melihat matahari terbit! Sinarnya berjaya memberi cahaya di hati aku yang selama ini berada dalam kegelapan. Suluhlah matahari…berilah cahayamu cerahkan hati aku ini. Berikanlah tenagamu untuk aku melawan setiap godaan dan dorongan hawa nafsu aku yang senantiasa membuak-buak ini. Kurniakan aku kekuatan….!!

Sabda nabi s.a.w yang juga riwayat at-Tabrani yang memperkatakan perihal solat, yang bermaksud:

“Awal-awal perkara yang dihisab atas hamba pada hari Kiamat ialah solat. Maka sekiranya solat itu elok nescaya eloklah lain-lain amalannya (diterima Allah), dan sekiranya solat itu rosak nescaya rosaklah lain-lain amalannya (ditolak oleh Allah).”

Enam daripada seksaan itu diterima di dunia, tiga ketika hampir ajalnya, tiga ketika berada di dalam kubur dan tiga lagi ketika berjumpa Allah pada hari kiamat!!! Sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, apakah seksaan ketika di dunia?"





Jawab Baginda:

Hilang berkat umurnya (hidup percuma dengan kekosongan, jika hidup mewah, kemewahan itu hanya istidraj belaka). Hilang keberkatan rezekinya (rezekinya terbuang sia-sia, walaupun kaya, tetapi kekayaan itu menjadi laknat ke atasnya). Dihilangkan Allah tanda salih pada mukanya. Tidak diakui masuk golongan Islam (zahirnya saja Islam tetapi batinnya munafik, malah dia termasuk golongan munafik). Segala amal baiknya (sedekah dan sebagainya) tidak diberi ganjaran. Doanya ditolak Allah.

Kemudian bertanya lagi sahabat: "Ya Rasullullah SAW, apa pula seksaan yang akan diterimanya ketika hampir ajalnya?"





Jawab Baginda:





Adalah matinya dalam kehinaan iaitu, rohnya dicabut dengan kasar dan tidak ada belas kasihan. Matinya juga dalam kelaparan, bukan kerana tiada makanan, tetapi nafsunya tiada lagi, perut lapar tetapi tidak dapat makan sesuatu kerana sakit ketika roh akan keluar. Matinya juga dalam kehausan, malah jika diberi minum air dari semua lautan di dunia ini tidaklah memberi apa-apa kesan pada dahaganya ketika sakaratul maut.

Sahabat bertanya lagi: "Ya Rasulullah SAW, apa pula seksaan di dalam kuburnya?"





Rasulullah SAW bersabda: "Disempitkan Allah kuburnya, digelapkan Allah kuburnya, dan akan diperintahkan Allah beberapa malaikat menyeksanya hingga hari kiamat tanpa henti."

Banyak lagi yang aku baca. Ya Allah.. aku menggigil ketakutan. Tangis dalam hiba. Ini baru balasan meninggalkan solat. Bagaimana pula dengan balasan zina, menonton video lucah, menipu, berbohong, main-mainkan suruhan agama? Juga balasan kepada orang yang tidak tahu batas pergaulan lelaki dan perempuan? Aku akui, sebelum ini ringan saja tangan aku untuk pegang segala apa yang ada pada perempuan. Apa istilahnya? Ringan-ringan?

Aku menyesal kerna aku mengambil masa untuk berubah. Kenapa begitu lama? Kenapa tatkala aku berusia 21 tahun pada esok hari, baru aku ada kesedaran untuk berubah? Bagaimana dengan amalan aku sepanjang 20 tahun aku ini? Namun, aku juga selitkan rasa kesyukuran kerana aku tidak hanyut lagi untuk terus berada dalam kejahilan dan terus melakukan kekhilafan.

Bagaimana lah nasib aku sekiranya aku menjadi mangsa korban dalam nahas kemalangan bas ekspress Sani Enterprise baru-baru ini. Meninggal sebelum aku sempat bertaubat, meninggal sebelum aku berjaya menunaikan solat, meninggal dalam kekufuran, meninggal dalam rutin harianku tidak ubah seperti orang tidak beragama? Ya Allah, panjangkan umurku untuk kebajikan dan kebaikan. Alhamdulillah, kini aku sedar. Mudahan kesedaran ini berpanjangan.

Aku terima banyak SMS dari kawan-kawan. Semuanya ingin mengajak aku untuk sambut Tahun Baru. Ada yang ajak clubbing, di tepi pantai bersama perempuan, ada yang ajak midnight. Ya Allah, kurniakan aku kekuatan untuk menepis segala dugaan ini. Beginikah caranya untuk menyambut tahun baru? Bukankah ini cara orang Barat menyambut tahun baru? Di mana prinsip dan cara kita sebagai orang timur atau orang Islam dalam erti kata lain?

Salah siapa? Kerajaan kita kah yang menggalakkan untuk sambut tahun baru dengan mengadakan kosert bersama artis? Atau masyarakat yang tidak tahu atau tidak ambil peduli tentang batas-batas pergaulan. Dahulu, aku pun begini. Tahun baru disambut dengan kawan-kawan aku dikelilingi perempuan, arak dan kondom. Tatkala melihat bunga api, kami berpelukan girang. Untuk memberi kenangan di tahun baru itu, masing-masing membawa ‘cewek’ ke bilik hotel. Kononnya kenangan yang tidak dapat dilupakan tahun baru itu tetapi kini mebuatkan aku menangis kerana menyesal dengan tindakan aku itu. Kotornya, hinanya aku, Ya Allah….

Aku membalas semua SMS. Bohongku, aku tidak sihat. Sudahlah, aku sudah lali dengan semua ini. Aku mahu 2010 tahun keberkatan buat aku!

Dua puluh minit sebelum 2010

Aku mengambil wuduk. Hati aku tenang. Setenang-tenangnya. Sangat berlainan dengan sebelum ini. Ketenangan yang tidak pernah aku kecapi. Alhamdulillah, mungkin kesedaran aku ini memberi aku ketenangan ini. Aku membentangkan sejadah. Aku mahu menunaikan solat hajat dan solat sunat taubat.

00:00 1 Januari 2010

Setelah memberi salam terakhir untuk solat sunat taubat, aku nampak pancaran bunga api di luar tingkap. Poomm pooomm poomm… Orang ramai di luar sana mungkin bergembira, aku di sini hiba mengenangkan dosa-dosa aku. Aku menangis. Biarlah berjuta kali pun, sesalku tidak sudah!

Surah Yasin dibuka. Perlahan-lahan aku membacanya. Mudahan tahun 2010 ini tahun yang penuh dengan keberkatan untuk aku. Biarlah pancaran bunga api 2010 tadi memberi sinar untuk menerangi hati aku, memberi harapan untuk aku menjadi insan yang lebih bertakwa, memberi kekuatan untuk melawan hawa nafsu yang tiada batasan, juga menghalang aku dari mencapai kepuasan yang tidak pernah puas.

Ya Allah, azam aku tahun ini, aku mahu menjadi hambaMu yang bertakwa, menjadi anak yang soleh, menjadi kawan yang baik. Berikan aku peluang ya Allah untuk mencapai azam aku ini dan berikan aku kesempatan nanti untuk menikmati syurgaMu. Izinkan aku untuk menatap wajahMu di syurga kelak.

Alhamdulillah, sekurang-kurangnya aku berubah dari manusia menjadi insan walapun keinsafanku ini di penghujung 2009, pembuka 2010. Mudahan hidayahMu ini sentiasa berpanjangan dan bukan hanya sementara. Terima kasih ya Allah atas segala-galanya.





Tamat 2.00 pm 29/12/2009. Cieut Nizar.

PERHATIAN: Cerpen ini adalah hak milik Nizar Latif di laman blognya INSIDE & OUTSIDE. Jangan salahgunakan atau mengaku cerpen ini adalah milik anda. Jika ingin letakkan cerpen ini di laman blog anda, sila nyatakan di ruangan komentar tetapi mesti mengatakan :







1. Kredit untuk laman blog ini http://acerio.blogspot.com

2. Nyatakan sumber cerpen ini dipetik dari laman blog ini.























17 comments:

cik ian@aH Lian~ said...

oit pakcik!
terkejut baca yang awal2 tau!
bisa buat jantung aku tercopot!
cett!

tapi bila masuk hari seterusnya,
nah! ini adalah 'ceritas' dan
bukan kisah benar kamu.

fuhh! (sambil mengelap peluh)

jgn buat jantung org tercopot deh!

Cieut Nizar said...

cik ian:

awalnya sampai!!! fresh nih.. iyo lah hanya rekaan semata-mata!! ehehe

cik ian@aH Lian~ said...

hahaha
mane der awal.

ternampak blog update,
terus baca.
hahaha

Cieut Nizar said...

cik ian:

ahaha..thanks ya!! tp mana boleh lawan cerpen dia...

Anonymous said...

bgusnya klu kta sma2 brubah pd taun br ni....

tkah. said...

err

:)

Naz said...

salam..pergh pakcik ni..aku egat kisah hang entry mulo2 tu..ha3..setahu aku hg xpernah layan video2 *&#@$ ni..ha3..tersirap jugak darah aku..ha3..seb baik hnyalah rekaan mu shj..

Cieut Nizar said...

anon:

insyaAllah

Cieut Nizar said...

naz:

ahahaha..gempak x? hua3

Cieut Nizar said...

eyka:

kenapa errr?? ehehe

Anonymous said...

I just discovered [url=http://bit.ly/bMGrYw]SatelliteTV[/url] on my PC! Ultra cheap at only $50 once off to get the software and an account on the Internet. I get more channels(in HD I might ad) than I get on cable so tomorrow I reckon I'm going to cancel my cable subscription. Thought I'd share this with you guys, worth to check out.

Anonymous said...

You must have seen Ranbir Kapoor’s wonderful chemistry with Katrina Kaif in Ajab Prem Ki Ghajab Kahani.

Katrina is really exited to romance Ranbir, obviously in reel life. Katrina is really eager to be a part of Ashtvinayak’s next film that casts Ranbir.

However she is well known to this fact that her looks as well as accent can not relate

[url=http://www.wallpaperhungama.in/blog/2010/03/kats-can%E2%80%99t-hold-anymore-to-romance-ranbir-kapoor/]Kats can’t hold anymore to romance Ranbir Kapoor[/url]

[url=http://www.wallpaperhungama.in/blog/]Bollywood News[/url]

Anonymous said...

The French gourmet cheese Bleu d'Auvergne has a wonderful aroma, a rich taste; the saltiness increases with the incidence of veining. The overall flavor is piquant but not overly sharp. Bleu d'Auvergne started life as an imitation of Roquefort, using cow's milk in place of sheep's milk. Legend has it that a peasant, around 1845, decided to inject his cheese with a blue mold that he found growing on his left-over bread (the motto being, waste not, want not). And thus, the gourmet cheese Bleu d'Auvergne was born. This French gourmet blue cheese comes from the region of Auvergne and the cheese is made from milk of Salers and Aubrac cows. The rind is very thin and so the cheese is usually wrapped in foil. The cheese is rich and creamy with a pale yellow color and scattered holes and well-defined greenish-blue veining. We cut and wrap this cheese in wedge of 8 ounces and 1 pound.

buy fresh blue cheese

[url=http://riderx.info/members/buy_5F00_fresh_5F00_blue_5F00_cheese.aspx]buy fresh blue cheese[/url]

http://riderx.info/members/buy_5F00_fresh_5F00_blue_5F00_cheese.aspx

Anonymous said...

[URL=http://www.wallpaperhungama.in/details.php?image_id=14724][IMG]http://www.wallpaperhungama.in/data/thumbnails/2/Amrita Rao-486.jpg[/IMG][/URL]

[URL=http://www.wallpaperhungama.in/details.php?image_id=14723][IMG]http://www.wallpaperhungama.in/data/thumbnails/2/Amrita Rao-485.jpg[/IMG][/URL]

[URL=http://www.wallpaperhungama.in/details.php?image_id=14722][IMG]http://www.wallpaperhungama.in/data/thumbnails/2/Amrita Rao-484.jpg[/IMG][/URL]

[url=http://www.wallpaperhungama.in/cat-Amrita-Rao-2.htm]Amrita Rao[/url]

Anonymous said...

Using an escort service providing agency's website, you can now book your girl after you choose her. Also, you can make the payment against her using the web itself.
They are the proud owners of the best physical features and they know what their clients want from them during a session.
All you have to do is to open the website of an escort agency, browse through the various escort categories and make your choice after going through the listed profiles.
The services provided by Bijou escorts are top notch. New York escort service are also offered to various clients.Bijou available are top class escorts, and you will soon forget about normal things in life and enter the world of love and fantasy. You must remember that using personal escort service is not like using normal intimate service and these are not just simple girls that you are dealing with. These are highly trained and qualified escort personnel's that are there to rejuvenate you dull and boring life. You will be surprised to find out that some of these girls are very well educated.
[url=http://bijouescorts.com]CT Escort[/url] The growing popularity of a New York escort agency has been the outcome of a number of factors. First, a New York based escort agency believes in offering only the most exciting range of escort fun. Secondly, the rates that such an escort agency charges always comes under one's budget. Thirdly, instant access of girls in and around New York has been another major contributing factor in its success.

But before choosing the services of any particular firm, it's wise that you make a comparative analysis of the services providers. It's beneficial because New York itself has so many escort agencies which offer the same services at different rates.
http://bijouescorts.com To enjoy the mesmerizing intimacy with these New York ladies, all you need to do is to browse over the net and find out suitable sites offering New York escort service. You can make a call or book online for New York escorts and the most consistent, top-notch and enjoyable services will be offered to you. Men will always be men and they would never compromise on the fun quotient if they have the will and the cash. If you are a man and for you fun has the highest value among all, then you can never miss out on the opportunity of spending some quality time with any of the Elite escorts New York girls. These girls are very beautiful and their services are conceived exclusively to meet your individual preferences. Based on your budget, you can now select an escort girl in any place surrounding New York.

Anonymous said...

Hello everyone!

This forum rocks.. I really liked it...

Cheerio

[URL=http://www.vpnmaster.com][IMG]http://openvpn.net/archive/openvpn-users/2005-05/pngd55nFojmJX.png[/IMG][/URL]

Anonymous said...

[url=http://www.bollywood-latest.com/]Bollywood Blog[/url]

[url=http://www.bollywood-latest.com/]Bollywood News[/url]

[url=http://www.bollywood-latest.com/]Bollywood Gossip[/url]

[url=http://www.bollywood-latest.com/]Bollywood Actress[/url]